Anda Penggemar Jeruk? Ketahui 11 Kebaikannya Ini! Tapi Jangan Lupa Hadkan Juga Pengambilannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 6 minit bacaan
Share now

Siapa yang tidak pernah makan jeruk? Rasanya yang masam, masin dan manis itu membuatkan jeruk mempunyai peminatnya tersendiri. Tetapi apakah kebaikan jeruk dari aspek kesihatan?

Apa itu Jeruk?

Anda pasti pernah memakan jeruk, bukan? Terdapat pelbagai jenis jeruk di pasaran tidak kiralah sama ada jeruk buah, seperti jeruk mangga, jeruk betik atau jeruk yang diperbuat daripada sayuran seperti jeruk timun, mahupun jeruk cili.

Tetapi, dari segi aspek kesihatan, apakah kebaikan jeruk – makanan yang melalui proses penapaian? Atau mungkin ia akan mendatangkan kesan kepada tahap kesihatan seseorang individu? 

Jeruk merupakan satu teknik pengawetan makanan kuno yang telah dilakukan sejak dahulu lagi. Penghasilan makanan jeruk ini boleh dilakukan dengan pelbagai jenis pilihan makanan, seperti sayur-sayuran atau buah-buahan.

Tetapi antara jenis makanan yang sinonim dengan jeruk adalah seperti lobak, timun mahupun cili yang sering diambil ketika hidangan makanan.

Proses penghasilan makanan ini adalah dengan menyimpan dan merendamnya ke dalam air garam yang mengandungi bakteria berfaedah. Ini bermaksud ia boleh menjadi sebagai tambahan yang baik kepada sesuatu makanan yang dijadikan sebagai jeruk. 

Ya, sememangnya betul, dari satu sudut, jeruk bukanlah satu makanan yang baik dalam aspek kesihatan kerana ia mengandungi kandungan natrium atau garam yang tinggi.

Ini bermakna ia adalah tidak bagus untuk kesihatan anda jika diambil dalam jumlah yang terlalu banyak dan besar. 

Tetapi dalam masa yang sama,  jeruk timun yang dimakan bersama burger, atau jeruk cili yang diletakkan bersama kuetiau goreng anda mahupun jeruk lobak yang dimakan bersama bubur, tetap menawarkan beberapa kebaikan jeruk.

Malah, bagaimana kalau ia mungkin sebenarnya mendatangkan lebih banyak manfaat kesihatan daripada apa yang anda fikirkan, adakah anda percaya?

Sayur-sayuran atau buah-buahan seperti jeruk ini dibuat melalui pembuatan makanan denganproses penapaian dan dihasilkan dengan cuka atau air garam.

Sebagai tambahan untuk menjaga makanan daripada mengalami kerosakan, proses penapaian ini juga menghasilkan bakteria probiotik sebagai hasil sampingan daripada proses yang dijalankan.

Ia sangat bermanfaat untuk fungsi usus dan meningkatkan tahap kesihatan anda dengan pelbagai cara. 

Pada dasarnya, proses penapaian ini menghasilkan bakteria yang baik dan dalam masa yang sama menyingkirkan bakteria yang tidak baik.

Oleh sebab itu, secara lazimnya, banyak teknik penghasilan dan penyediaan makanan tradisi pada zaman dahulu boleh bertahan lama walaupun tanpa disimpan di dalam peti sejuk atau sebarang kaedah penyejukan. 

Apakah Kebaikan Jeruk?

Jeruk adalah sejenis makanan yang bebas lemak dan rendah kalori, kedengaran baik untuk kesihatan bukan? Malangnya, ia juga adalah rendah dalam kebanyakan kandungan nutrien lain, kecuali natrium, iaitu garam. 

Satu hidangan makanan bagi 100 gram roti bersamanya mengandungi 457 miligram (mg) natrum, atau hampir 20% daripada pengambilan had harian yang disyorkan.

Malah kebanyakannya mempunyai kandungan natrium yang sangat tinggi, jadi adalah amat penting untuk mengehadkan pengambilannya dalam sehari.

Namun, bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi atau masalah kesihatan kardiovaskular, anda mungkin disarankan untuk menghindari langsung pengambilan makanan ini.

Bergantung kepada jenis yang anda ambil, ia biasanya mengandungi beberapa jenis bakteria bermanfaat sebagai kebaikan jeruk. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, penghasilan makanan ini menggunakan air garam.

Air garam ini adalah air yang dicampur dengan garam atau asid seperti cuka. Air garam yang melalui proses difermentasi mengandungi bakteria baik yang boleh meningkatkan tahap kesihatan. Tetapi ia hanyalah untuk air garam yang melalui proses penapaian.

Jeruk yang melalui proses penapaian atau fermentasi ini akan bertindak seperti probiotik, iaitu melindungi mikrobioma badan dan menyokong pertumbuhan bakteria yang baik dan sihat pada usus. 

Umumnya, perut anda mengandungi berjuta-juta bakteria yang boleh membantu badan untuk proses pencernaan dan menyerap makanan.

Bakteria ini boleh menghalang jangkitan yis, membantu masalah cirit-birit dan sembelit serta berpotensi untuk membantu merawat masalah kesihatan berkaitan perut yang kronik, seperti penyakit Crohn

Terdapat kajian yang mengatakan bahawa, makanan yang menjalani proses difermentasi atau penapaian ini seperti jeruk, kimchi, sejenis jeruk sayuran popular di Korea, mengandungi probiotik yang menggalakkan kesihatan usus – maka itu juga 1 kebaikan jeruk, bukan?

Selain bermanfaat untuk membantu memperbaiki pencernaan dan mencegah masalah kecil berkaitan kesihatan perut, terdapat beberapa kajian terhad yang mencadangkan probiotik di dalam jeruk ini turut bermanfaat untuk membantu masalah kesihatan lain, seperti:

kebaikan-jeruk-untuk-kesihatan

  1. Mengurangkan gejala kemurungan dan kegelisahan
  2. Merawat kaviti dan gingivitis
  3. Menguruskan diabetes
  4. Mencegah atau merawat alahan
  5. Mengurangkan jangkitan saluran kencing
  6. Menurunkan risiko beberapa jenis kanser, seperti kanser kolon

Ada penyelidikan lain yang dijalankan juga menunjukkan bahawa probiotik dapat berfungsi untuk meningkatkan kesihatan kulit, fungsi imun badan, meningkatkan kesihatan gastrousus yang lebih baik. 

Walaupun pada hakikatnya masih banyak penyelidikan yang perlu dilakukan untuk mengesahkan kenyataan berikut, namun sekurang-kurangnya buat masa ini kita percaya terdapat kebaikan dengan pengambilan makanan ini dalam jumlah yang terkawal.

Apa itu Jus Jeruk?

Jeruk dikatakan mula diperkenalkan pada abad 2030 Sebelum Masihi. Ia dipercayai ditapai oleh pengembara dari India yang ingin ke Lembah Tigris. 

Proses penapaian ini hanya memerlukan tiga ramuan utama, iaitu timun, garam dan air. Timun yang melalui proses ini akan difermentasi oleh bakteria Lactobacillus, meliputi keseluruhan timun termasuk kulitnya. 

Walau bagaimanapun, bakteria probiotik yang bermanfaat ini biasanya disingkirkan ketika proses pemprosesan secara komersial dan kemudian, ditambah dengan cuka.

Setelah beberapa minggu, timun tersebut akan bertukar menjadi jeruk dan sedia untuk dimakan. Jus yang tertinggal apabila jeruk diambil adalah dipanggil jus jeruk.

Kebaikan Jeruk Dan Jusnya untuk Aspek Kesihatan

Seperti yang disebut berulang-ulang kali, manfaat makanan ini adalah terletak pada kandungan probiotiknya. Adakah itu sahaja manfaat jeruk?

Bagi peminat makanan ini, jangan khuatir. Selain manfaat probiotik, jeruk dipercayai dapat menawarkan manfaat aspek kesihatan lain, seperti:

  1. Memulihkan keseimbangan elektrolit

Elektrolit adalah garam yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan sihat. Apabila seseorang individu mengalami masalah dehidrasi, mereka juga berkemungkinan kehilangan elektrolit. 

Jeruk seperti yang diketahui adalah tinggi dengan kandungan natrium, dan oleh sebab itu, mereka juga tinggi elektrolit.

Secara teorinya, ini menunjukkan jus jeruk mungkin menjadi pilihan untuk memulihkan elektrolit kepada individu yang mengalami demam, muntah atau dehidrasi.

Sesetengah atlet memilih mengambil jus ini untuk membantu memulihkan elektrolit mereka selepas melakukan senaman. Namun, tiada bukti untuk mengesahkan bahawa jus ini adalah pilihan yang lebih baik berbanding air atau minuman elektrolit lain.

Walau bagaimanapun, bagi individu yang menggemari jus jeruk ini, pengambilan dalam jumlah yang kecil mungkin boleh dianggap sebagai alternatif yang menyelerakan dan bagus untuk aspek kesihatan.

  1. Merawat kekejangan otot

aspek kesihatan

Satu penyelidikan lama yang dijalankan pada 2010 menunjukkan bahawa makanan yang melalui proses penapaian ini boleh membantu merawat masalah kekejangan otot

Dalam kajian tersebut, seorang atlet lelaki yang mengalami kekejangan otot serta masalah terhidrat diberikan minum air jus jeruk. Seminggu selepas itu, atlet tersebut dapat pulih dengan kadar yang lebih pantas daripada masalah kekejangan yang dihadapi.

Air berkhasiat (deionized water) tidak menawarkan faedah yang sama, yang membawa maksud bahawa elektrolit dan status penghidratan sahaja tidak dapat menjelaskan hasilnya.

Ini bermakna terdapat sesuatu di dalam makanan ini yang dipercayai dapat membantu merawat kekejangan otot selain kandungan air atau elektrolit.

  1. Mengawal gula dalam darah

Penghasilan makanan ini yang menggunakan air garam berasaskan cuka dikatakan boleh membantu mengawal glukosa dalam darah. Tahap glukosa dalam darah yang stabil boleh membantu mengatasi dan mencegah rasa lapar yang keterlaluan.

Mencegah peningkatan gula dalam darah juga adalah amat penting untuk kesihatan mereka yang menghidapi diabetes.

Bagi individu yang berminat dengan cara yang mudah untuk membantu mengawal gula dalam darah, mungkin boleh mempertimbangkan untuk makan jeruk atau makanan yang kaya dengan cuka. Tapi apa yang penting, pastikan ia dalam jumlah yang terkawal!

  1. Memberikan antioksidan

Sama seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, makanan yang melalui proses penapaian ini turut mengandungi fungsi antioksidan. Kajian di makmal menunjukkan bahawa antioksidan dapat mengatasi kesan radikal bebas.

Radikal bebas adalah bahan kimia dalam badan yang boleh memainkan peranan dalam perkembangan pelbagai masalah kesihatan. Ia adalah termasuk seperti kanser, keradangan, penyakit jantung dan pelbagai masalah penyakit kronik lain. Radikal bebas juga dipercayai boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan isu penuaan. 

  1. Kehamilan

Keinginan ingin memakan sesuatu yang masam adalah perkara biasa ketika kehamilan. Ini terutamanya ketika sedang dalam tempoh kehamilan trimester pertama yang sering kali berdepan dengan masalah morning sickness.

Walaupun pengambilannya dapat membantu mengatasi rasa loya dan mual, tetapi pastikan anda tidak menngambilnya secara berlebihan.

Anda juga boleh menggantikan keinginan untuk memakan makanan jeruk dengan buah-buahan yang mempunyai rasa masam seperti kiwi hijau, mangga muda (bukan jeruk), dan buah oren. 

Jeruk Adakah ia Baik untuk Kesihatan - berminyak

Hadkan Pengambilan

Hakikatnya, tiada sebarang makanan tunggal boleh menyembuhkan penyakit atau memperbaiki pelbagai masalah kesihatan. Makanan ini bukanlah sejenis makanan keajaiban atau istimewa.

Tetapi bagi individu yang gemarkan rasanya, mungkin boleh menjadikan ia sebagai makanan tambahan yang baik untuk pengambilan diet makanan yang berkhasiat. Tetapi hadkan pengambilannya dalam sehari. Bahaya jika berlebihan!

Manakala, bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, gangguan metabolik, atau ketidakseimbangan nutrisi, sebaiknya sebelum anda melakukan sebarang perubahan dalam diet pemakanan harian anda, dapatkan nasihat dan berbincanglah dengan doktor mahupun pakar pemakanan anda terlebih dahulu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    kebaikan terung

    Dengan Makan Terung Juga Boleh Menurunkan Berat Badan & Baik Untuk OTAK!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/07/2019 . 4 minit bacaan