backup og meta

Anda Penggemar Jeruk? Ketahui 11 Kebaikannya Ini! Tapi Jangan Lupa Hadkan Juga Pengambilannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/01/2023

Anda Penggemar Jeruk? Ketahui 11 Kebaikannya Ini! Tapi Jangan Lupa Hadkan Juga Pengambilannya!

Siapa yang tidak pernah makan jeruk? Rasanya yang masam, masin dan manis itu membuatkan jeruk mempunyai peminatnya tersendiri. Tetapi apakah kebaikan dan keburukan penjerukan dari aspek kesihatan? Ini kebaikan jeruk.

Kebaikan Jeruk Dan Jusnya untuk Aspek Kesihatan

Seperti yang disebut berulang-ulang kali, manfaat makanan ini adalah terletak pada kandungan probiotiknya. Adakah itu sahaja manfaat jeruk?

Bagi peminat makanan ini, jangan khuatir. Selain manfaat probiotik, jeruk dipercayai dapat menawarkan manfaat aspek kesihatan lain, seperti:

  1. Memulihkan keseimbangan elektrolit

Elektrolit adalah garam yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan sihat. Apabila seseorang individu mengalami masalah dehidrasi, mereka juga berkemungkinan kehilangan elektrolit. 

Jeruk seperti yang diketahui adalah tinggi dengan kandungan natrium, dan oleh sebab itu, mereka juga tinggi elektrolit.

Secara teorinya, ini menunjukkan jus jeruk mungkin menjadi pilihan untuk memulihkan elektrolit kepada individu yang mengalami demam, muntah atau dehidrasi.

Sesetengah atlet memilih mengambil jus ini untuk membantu memulihkan elektrolit mereka selepas melakukan senaman. Namun, tiada bukti untuk mengesahkan bahawa jus ini adalah pilihan yang lebih baik berbanding air atau minuman elektrolit lain.

Walau bagaimanapun, bagi individu yang menggemari jus jeruk ini, pengambilan dalam jumlah yang kecil mungkin boleh dianggap sebagai alternatif yang menyelerakan dan bagus untuk aspek kesihatan.

  1. Kebaikan jeruk: merawat kekejangan otot

kebaikan jeruk

Satu penyelidikan lama yang dijalankan pada 2010 menunjukkan bahawa makanan yang melalui proses penapaian ini boleh membantu merawat masalah kekejangan otot

Dalam kajian tersebut, seorang atlet lelaki yang mengalami kekejangan otot serta masalah terhidrat diberikan minum air jus jeruk. Seminggu selepas itu, atlet tersebut dapat pulih dengan kadar yang lebih pantas daripada masalah kekejangan yang dihadapi.

Air berkhasiat (deionized water) tidak menawarkan faedah yang sama, yang membawa maksud bahawa elektrolit dan status penghidratan sahaja tidak dapat menjelaskan hasilnya.

Ini bermakna terdapat sesuatu di dalam makanan ini yang dipercayai dapat membantu merawat kekejangan otot selain kandungan air atau elektrolit.

  1. Mengawal gula dalam darah

Penghasilan makanan ini yang menggunakan air garam berasaskan cuka dikatakan boleh membantu mengawal glukosa dalam darah. Tahap glukosa dalam darah yang stabil boleh membantu mengatasi dan mencegah rasa lapar yang keterlaluan.

Mencegah peningkatan gula dalam darah juga adalah amat penting untuk kesihatan mereka yang menghidapi diabetes.

Bagi individu yang berminat dengan cara yang mudah untuk membantu mengawal gula dalam darah, mungkin boleh mempertimbangkan untuk makan jeruk atau makanan yang kaya dengan cuka. Tapi apa yang penting, pastikan ia dalam jumlah yang terkawal!

  1. Memberikan antioksidan

Sama seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, antara kebaikan jeruk ialah ia turut mengandungi fungsi antioksidan. Kajian di makmal menunjukkan bahawa antioksidan dapat mengatasi kesan radikal bebas.

Radikal bebas adalah bahan kimia dalam badan yang boleh memainkan peranan dalam perkembangan pelbagai masalah kesihatan. Ia adalah termasuk seperti kanser, keradangan, penyakit jantung dan pelbagai masalah penyakit kronik lain. Radikal bebas juga dipercayai boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan isu penuaan. 

  1. Kehamilan

Keinginan ingin memakan sesuatu yang masam adalah perkara biasa ketika kehamilan. Ini terutamanya ketika sedang dalam tempoh kehamilan trimester pertama yang sering kali berdepan dengan masalah morning sickness.

Walaupun pengambilannya dapat membantu mengatasi rasa loya dan mual, tetapi pastikan anda tidak menngambilnya secara berlebihan.

Anda juga boleh menggantikan keinginan untuk memakan makanan jeruk dengan buah-buahan yang mempunyai rasa masam seperti kiwi hijau, mangga muda (bukan jeruk), dan buah oren

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/01/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan