Makan Sihat Bukan Sahaja Untuk Fizikal, Tetapi Juga Untuk Mental Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kajian melaporkan, hampir dua pertiga individu yang mengikuti pemakanan sihat dalam diet pengambilan makanan tidak mempunyai masalah dengan kesihatan mental. Manakala individu yang mengambil diet pemakanan berkualiti rendah berdepan dua kali ganda risiko masalah kesihatan mental. Ini bermakna apa yang anda makan boleh menjejaskan kesihatan mental. Anda perlu memahami makna pemakanan sihat.

Penyelidikan mengenai kaitan antara diet dan kesihatan mental semakin berkembang. Wujud bukti yang mengatakan pemakanan yang baik adalah penting untuk kesihatan mental. Selain mendatangkan impak kesan jangka pendek dan jangka panjang, bukti tersebut juga mengatakan makanan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan, pengendalian dan pencegahan masalah kesihatan mental tertentu seperti kemurungan skizofrenia, gangguan hiperaktif dan penyakit Alzheimer. Terdapat kemungkinan faktor pemakanan boleh mempengaruhi beberapa kesihatan mental.

Pemakanan sihat 1: sarapan pagi secara tetap

pemakanan sihat

Melangkau sarapan pagi akan menjejaskan kesihatan mental. Mengambil sarapan secara tetap akan membantu menjana otak dan badan. Selepas waktu tidur yang lama, makanan boleh menjana metabolisme untuk hari tersebut. Melangkau sarapan boleh menyebabkan keletihan dan perasaan malas.

Oleh kerana itu, anda harus mengambil sarapan pagi sebagai hidangan penting dalam rutin harian. Jika anda terlalu sibuk pada waktu pagi, pertimbangkan pilihan seperti bar granola bijirin, yogurt dan buah-buahan untuk satu permulaan yang baik.

Pemakanan sihat 2: minum air kosong

Minuman manis dan kafein yang berlebihan adalah apa yang perlu anda elakkan. Minuman manis mengandungi banyak kalori dan boleh menjejaskan enamel gigi, manakala mengambil terlalu banyak kafein cenderung menyebabkan serangan panik kepada individu yang mempunyai gangguan kegelisahan.

Sebaiknya, elakkan dehidrasi dengan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari (lebih kurang 2 liter). Walaupun dehidrasi ringan, tetapi ia boleh menyebabkan masalah seperti keletihan, kesukaran untuk fokus, perubahan emosi serta efek fizikal seperti kehausan, pengurangan air kencing atau air kencing menjadi lebih gelap, kulit kering, sakit kepala, pening kepala dan sembelit. Jika anda memerlukan kafein, teh adalah pilihan alternatif yang baik kerana ia mengandungi kurang kafein berbanding kopi. Tambahan pula teh mengandungi banyak kimia antioksidan yang dapat membantu melindungi tisu badan dan menghalang kerosakan sel.

Pemakanan sihat 3: pengambilan folat (asid folik, vitamin B9)

Tahukah anda bahawa vitamin boleh mengurangkan risiko kemurungan? Folat, yang juga dirujuk sebagai asid folik atau vitamin B9, adalah nutrien penting untuk badan. Wanita hamil disyorkan untuk mengambil asid folik, tetapi sebenarnya, setiap individu memerlukan asid folik untuk penghasilan sel. Selain merawat anemia dan beberapa masalah kesihatan lain, folat juga membantu merawat kemurungan. Kekurangan folat mungkin menyebabkan berlakunya perkembangan masalah gangguan kemurungan utama (MDD). Anda boleh mendapatkan folat dalam sayuran berdaun hijau seperti bayam, buah-buahan, kekacang, dan bijirin.

Pemakanan sihat 4: jangan lupa vitamin D

pemakanan sihat

Individu yang mengalami kekurangan vitamin D dilaporkan dengan kadar kemurungan yang tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai tahap vitamin D yang mencukupi. Vitamin D berperanan untuk membantu tubuh menyerap kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat, menyokong kesihatan otot dan sistem imun. Jika anda mempunyai kekurangan vitamin D, anda berisiko untuk menghadapi penyakit jantung seperti serangan jantung.

Salah satu cara badan untuk mendapatkan vitamin D adalah dari makanan dan berada di bawah sinaran matahari. 5-30 minit pendedahan kepada cahaya matahari, 2 kali seminggu, umumnya memberikan vitamin D yang mencukupi. Individu berkulit gelap mungkin memerlukan lebih banyak masa di bawah sinaran matahari berbanding individu yang berkulit lebih cerah. Cara selamat untuk mendapatkan vitamin D adalah dengan menambah makanan yang tinggi kandungan vitamin D seperti susu, jus oren, bijirin sarapan pagi, ikan berlemak seperti salmon. Jika anda bimbang kekurangan vitamin D, anda boleh memilih untuk menggunakan suplemen vitamin D selepas mendapatkan rundingan dengan doktor.

“Anda adalah apa yang anda makan”. Makanan daripada sumber pemakanan sihat yang anda ambil akan menjana badan anda untuk berfungsi dan memberi impak bagaimana kepada badan dan fikiran. Jika anda ingin menghindari masalah kesihatan mental, anda perlu mengubah diet pemakanan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

Sering rasa lapar walaupun baru sahaja makan nasi sepinggan? Mungkin anda sebenarnya mengalami lapar palsu atau false hunger.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

Berdiet adalah pilihan kebanyakan individu yang mahu menurunkan berat. Tapi banyak yang terhenti di tengah jalan. Jom cuba 7 cara menguruskan badan ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 23/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

Pemakanan seimbang penting buat pesakit diabetes. Tapi itu tidak bermakna setiap makanan harus hambar rasanya. Ini ada bahan masakan yang boleh digunakan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diabetes, Pusat Kesihatan 22/10/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Biarkan Jika Alami Stres Pasca Trauma PTSD, Penghidap Berisiko Kena Penyakit Kronik!

Stres pasca trauma merupakan salah satu jenis gangguan emosi yang dideritai oleh individu yang kerap teringat akan tragedi masa lampau.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 21/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesihatan emosi

Hari Toleransi Sedunia: Sejauh Manakah Anda Harus Bersabar Dengan Perilaku Toksik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
kecergasan fizikal

Ini Cara Atlet Jaga Prestasi, Kekalkan Kecergasan Fizikal, Awasi Pengambilan 13 Makanan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
wabak koronavirus dan PTSD

Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
cara diet eat clean

5 Perkara Mengenai Diet Eat Clean Ini Hanyalah Mitos? Point No. 4 Pasti Buat Anda Terkejut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan