Perempuan Kampung Lebih Sihat Daripada Wanita Bandar? Tak Percaya? Ada Kajian Yang Buktikannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 14/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Benarkah wanita pedalaman atau perempuan kampung lebih sihat daripada kumpulan wanita yang tinggal di bandar?

Kalau hendak tahu, ada beberapa ciri perbezaan dari sudut kesihatan antara mereka yang tinggal di bandar dan juga yang tinggal di kawasan pedalaman.

Sempena Hari Wanita Desa Antarabangsa tanggal 15 Oktober ini, kami bawakan topik mengenai perbezaan dari sudut kesihatan antara wanita bandar dan kampung. Teruskan pembacaan anda.

Kesihatan wanita pedalaman mungkin lebih baik berbanding wanita di bandar

wanita pedalaman

Terdapat satu kajian yang dijalankan di Indonesia yang melibatkan seramai 4,208 individu wanita.

Kajian tersebut dijalankan di 4 buah bandar utama iaitu Jakarta, Surabaya, Medan dan juga Bandung, dibandingkan dengan bandar-bandar kecil yang lain.

Kajian tersebut ingin melihat perkaitan antara faktor menetap di kawasan bandar dengan peningkatan faktor risiko penyakit kronik.

Hasil kajian mendapati, kekerapan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, berat badan yang berlebihan serta penggunaan tembakau seperti merokok jelas lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tinggal di bandar-bandar besar berbanding di kawasan pedalaman lain.

Malah kajian turut mendapati, kesemua faktor risiko penyakit kronik ini berlaku sejak mereka berada pada usia remaja.

Ini jelas menunjukkan bahawa wanita yang tinggal di kawasan bandar tidak mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tinggal di luar bandar.

Namun, disebabkan kemudahan dan fasiliti kesihatan yang lebih baik, penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit ini masih lagi boleh dikawal.

Cuma, ada beberapa perkara yang mungkin dibimbangi boleh berlaku pada masa hadapan.

Disebabkan kemungkinan lebih ramai wanita bandar akan mengalami tekanan darah tinggi, obesiti dan juga perokok tegar sejak mereka masih remaja, kos rawatan kesihatan yang perlu ditanggung oleh kerajaan pada masa hadapan akan menjadi lebih tinggi dan terbeban. 

Wanita pedalaman kurang mendapat akses terhadap rawatan pakar

Terdapat satu kajian yang mengkaji berkenaan perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman dan juga bandar, ia melibatkan kumpulan lelaki dan juga perempuan dijalankan di negara Suriname.

Kajian ini telah melihat kepada akses perkhidmatan kesihatan primari (pesakit luar) dan juga perkhidmatan kesihatan sekunder (pakar).

Bagi perkhidmatan kesihatan pesakit luar, kedua-dua kelompok yang tinggal sama ada di bandar atau kawasan pedalaman mendapat akses yang sama.

Namun, akses terhadap perkhidmatan pakar perubatan adalah rendah bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Antara perkara yang menyebabkan perbezaan ini adalah kerana faktor sosio-ekonomi.

Selain itu, pada kebiasaannya, mereka yang tinggal di kawasan pedalaman mungkin agak sukar untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang sewajarnya.

Mungkin ada sesetengah kawasan yang langsung tidak mempunyai klinik kesihatan sehingga para doktor terpaksa pergi ke kawasan tersebut bagi memberikan servis kesihatan secara berkala.

Ada juga keadaan di mana faktor geografi yang menyukarkan mereka untuk pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan sehingga terpaksa menempuh perjalanan selama berjam-jam lamanya.

Ini belum lagi melibatkan kes-kes kronik yang memerlukan rawatan segera seperti kemalangan, kelahiran bayi, kanser dan pelbagai keadaan kesihatan serius yang lain. 

Kadar kematian lebih rendah bagi mereka yang tinggal di pedalaman

kawasan pedalaman

Berdasarkan satu laporan kajian khusus di Australia yang bertajuk Rural, remote and regional differences in women’s health: Findings from the Australian Longitudinal Study on Women’s Health, didapati wanita yang tinggal di pedalaman mencatatkan peratusan kematian yang agak rendah berbanding mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Sebagai contoh, peratusan wanita pedalaman yang mati akibat kanser payudara adalah sebanyak 1% berbanding 4% bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Begitu juga dengan penyakit strok, sebanyak 10% kematian direkodkan oleh wanita yang tinggal di kawasan pedalaman berbanding 12% bagi wanita di kawasan bandar.

Namun, ada juga beberapa keadaan kesihatan lain yang menunjukkan kadar kematian di kawasan pedalaman lebih tinggi berbanding wanita di kawasan bandar.

Ini termasuklah kanser sistem pencernaan, dan kematian oleh lain-lain sebab.

Ada perbezaan antara wanita pedalaman dan wanita bandar

Jelas sekali terdapat perbezaan yang ketara antara wanita yang tinggal di kawasan pedalaman dengan mereka yang tinggal di bandar.

Secara umumnya, wanita di bandar mendapat akses terhadap kemudahan pakar dan fasiliti kesihatan yang lebih mudah dan lebih baik berbanding wanita di pedalaman.

Namun, faktor risiko yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan juga adalah lebih tinggi di bandar berbanding di kawasan pedalaman. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Setiap Kali Datang Bulan Saja Mesti Darah Keluar Sedikit? Selain Hampir Menopaus, Ini Puncanya!

Pengalaman haid wanita setiap kali 'datang bulan' boleh jadi berbeza-beza, antaranya ada wanita yang mengalami darah haid sedikit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 27/10/2020 . 3 minit bacaan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Datang bulan bukanlah momen yang ditunggu segelintir wanita kerana masalah PMS dan kembung perut. Tapi bagaimana jika anda didatangi haid dua kali sebulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

Dalam sistem pembiakan seseorang wanita, tiub fallopio adalah tempat berlakunya persenyawaan di mana sperma akan cuba memasuki sel telur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Para Wanita, Awas Kalau Selalu Sakit Perut Jika Ada Fibroid, Ini Mungkin Petanda Ia Pecah!

Bagi para wanita, mempunyai masalah fibroid bukan lagi perkara asing. Pun begitu, pernah tak terlintas di fikiran apa yang bakal  terjadi sekiranya ia pecah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ubat haid tidak teratur

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
sakit perut

Perut Selalu Rasa Tak Sedap Setiap Kali Datang Bulan, Sering Cirit-Birit Atau Sembelit? Ini Solusinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
cawan menstruasi

Selain Pad, Wanita Boleh Guna Menstrual Cup Semasa Haid, Lebih Jimat, Tahan Lama & Mesra Alam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
fibroid dan cyst

Jangan Keliru! Fibroid Dan Cyst, Dua Kondisi Yang Berbeza, Fahami Masalah Sakit Wanita Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan