Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Hubungan seks adalah antara perkara yang sangat penting buat pasangan terutamanya yang bergelar suami isteri.

Tanpa ia sebagai seri rumah tangga, maka akan hambar dan tidak bermaknalah kehidupan kalian berdua di ranjang.

Pun begitu, tahukah kalian bahawa tahap kesihatan mental anda dan pasangan sebenarnya boleh mempengaruhi prestasi kalian di kamar tidur?

Jadi jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu apa kaitan antara kesihatan mental dengan kehidupan seks!

Kaitan antara kesihatan mental & kehidupan seks

Semasa aktiviti seks, perkara pertama yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri adalah kenikmatan atau kepuasan persetubuhan.

Dalam erti kata yang lebih saintifik, ia dikenali sebagai orgasma atau klimaks yang dapat dicapai pada kemuncak syahwat perlakuan seksual.

Untuk pengetahuan anda, orgasma yang mantap dan hebat akan mampu dicapai sekiranya kesihatan fizikal dan juga mental berada pada tahap terbaik.

Mungkin ramai yang sedar bahawa jika tubuh badan kita tidak sihat, maka kemampuan dan kemahuan seks juga boleh turun secara mendadak.

Namun ramai juga yang kurang cakna tentang faktor mental bukan? Ketahuilah bahawa kesihatan mental juga akan memberi kesan kepada kehidupan seks!

seks sebar virus korona

Hubungan seks suami isteri boleh terjejas angkara perkara ini

Ya, tahap kesihatan mental sudah pasti akan mengganggu, mengubah serta menjejaskan kehidupan seks anda dan pasangan.

Disebabkan psikologi yang tidak stabil, kenikmatan dan kepuasan seks semasa hubungan suami isteri tidak dapat dimaksimumkan.

Persoalannya, apakah masalah-masalah mental yang berkait rapat dengan kegagalan aktiviti seksual ini? Jom sama-sama kita baca dengan lebih lanjut!

#1. Kegelisahan

Kegelisahan adalah satu perkara yang banyak dan kerap dialami oleh ramai individu di dunia ini tanpa kita sedari.

“Ia akan mencipta banyak fikiran dan tanggapan yang negatif sekali gus mengganggu kenikmatan dan kepuasan seks bersama pasangan”, jelas Stephanie Buehler yang merupakan Pakar Psikologi dan Terapi Seks.

Ini terutamanya akan berlaku kepada pasangan wanita kerana kegelisahan akan mengganggu rangsangan seksual.

Ini sekali gus akan membuat mereka tidak mampu menumpukan seluruh fokus kepada aktiviti seksual mereka.

Kesannya, sudah pasti orgasma akan lebih sukar untuk dicapai bersama.

#2. Kemurungan

Kemurungan juga adalah perkara yang banyak dan kerap dialami oleh ramai individu di dunia ini tanpa kita sedari.

Untuk pengetahuan anda, kemurungan boleh menyumbang kepada masalah lemah libido dan juga masalah mencapai orgasma.

Bagi mengubatinya, sudah pasti individu akan berjumpa doktor untuk mengambil ubat antidepresan yang turut menyumbang kepada masalah seksual.

Ini kerana hampir semua antidepresan kecuali Wellbutrin, boleh menyebabkan masalah sukar mencapai klimaks.

emosi ibu mengandung

#3. PTSD juga jejaskan hubungan seks suami isteri

Post traumatic stress disorder (PTSD) adalah sejenis gangguan yang berlaku kepada seseorang akibat trauma yang dialami oleh individu.

Trauma yang dimaksudkan ini termasuklah kecederaan, kematian, penderaan atau gangguan secara seksual yang mengakibatkan ketakutan.

Ini seterusnya akan membuat individu itu jadi takut untuk melakukan hubungan seks suami isteri akibat trauma yang mungkin pernah dialaminya.

#4. Masalah imej tubuh badan

Masalah yang turut dikenali sebagaiĀ body dysmorphia ini didefinisikan sebagai individu yang terlalu obses dengan bentuk tubuh badan mereka.

Disebabkan itu, segala kecacatan atau kecelaan yang wujud pada tubuh mereka akan dijadikan alasan untuk berasa rendah diri dan kurang yakin.

Ini sekali gus akan membuat penderita tidak dapat menikmati hubungan seks suami isteri dengan sepenuhnya.

Lantaran itu, segala aktiviti seksual hanya membuat mereka lebih tidak suka kepada diri sendiri dan pasangan.

#5. Jangkaan yang melampau

Media kini telah mengubah persepsi kita terhadap banyak perkara termasuklah kehidupan seks anda dan pasangan.

Apa yang kita lihat dan dengar daripada filem, drama, berita atau majalah akan membuat kita mempunyai satu jangkaan yang boleh dikatakan sebagai melampau.

Mengambil contoh pornografi, segala yang dipertontonkan itu pasti semuanya indah belaka bukan?

Namun kalian juga perlu tahu bahawa seks yang sebenar tidak seperti itu dan hanyalah indah khabar dari rupa!

Disebabkan itu, individu yang gemar menonton video lucah akan mengalami masalah mental di mana mereka mengimpikan aktiviti seksual bersama pasangan itu sama seperti yabg ditonton dalam video pornografi.

Akibatnya, mereka akan menyesal dengan jangkaan yang melampau itu.

pendarahan selepas seks

Jaga mental & fizikal untuk hubungan seks yang lebih baik!

Konklusinya, seks yang hangat, hebat dan sensasi hanya boleh dicapai jika tubuh badan kita juga berada pada tahap yang terbaik.

Ini bukan sahaja merangkumi kesihatan fizikal semata-mata malahan juga kesihatan mental yang sering kali kita terlepas pandang.

Tanpa kedua-duanya, maka risiko untuk anda dan pasangan gagal dalam aspek hubungan seks suami isteri juga adalah sangat tinggi.

Oleh itu, sila berjumpa doktor pakar psikiatri sekiranya mempunyai sebarang masalah mengenai kesihatan mental anda ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Capai Orgasma TANPA Terpancut Air Mani? Sengaja Atau Tidak, Ini Yang Akan Berlaku Pada Anda!

Pernahkah anda dan pasangan cuba tahan air mani daripada keluar ketika seks? Sebelum lakukannya lagi, ketahui ada kesan sampingan atau tidak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Ini Manfaat Kesihatan Jika Jaga Silaturahim, Antaranya Panjang Umur!

Sudah menjadi lumrah kita untuk membina pertalian. Hubungan sihat mampuĀ memberi manfaat terhadap kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/01/2021 . 3 minit bacaan

Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

Ketahuilah bahawa bersifat positif toksik hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada anda sendiri atau orang lain. Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 18/01/2021 . 3 minit bacaan

PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

PTSD adalah masalah kesihatan mental yang boleh dialami sesiapa sahaja. Jom kenali pencetus gangguan serta cara untuk mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

serangan panik dan kegelisahan

Serangan Panik & Kegelisahan, Macam Sama Tapi Tak Serupa! Ini Cara Untuk Bezakannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
rasa gelisah

Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/01/2021 . 4 minit bacaan
media sosial di malaysia

Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat pada kemaluan faraj

Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan