home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Penyakit Kronik Menjejaskan Kesuburan Anda?

Bagaimana Penyakit Kronik Menjejaskan Kesuburan Anda?

Jelas sekali, apabila anda menghidap penyakit kronik seperti gangguan tiroid, penyakit diabetes atau hati kronik, anda mungkin mengalami tekanan fizikal, yang boleh merosakkan banyak fungsi normal badan anda, termasuklah ovulasi.

Dengan kata lain, penyakit kronik memberi tekanan pada tubuh dan sesetengah keadaan membuatkan wanita sukar untuk mengandung atau memikul kehamilan.

Penyakit tiroid

Wanita yang menghidap penyakit tiroid sukar untuk mengalami ovulasi dan ini akan menjadikan kehamilan mustahil berlaku.

Terdapat 3 jenis penyakit tiroid:

  • Masalah fasa luteum ialah keadaan di mana telur yang telah bersenyawa tidak boleh menempel dengan selamat dan akhirnya meninggalkan badan pada masa yang sama haid akan berlaku, dan ini seringkali disalah anggap sebagai darah haid biasa.
  • Tahap prolaktin tinggi (Kenaikan tahap Hormon Pembebasan Tiroid – TRH dan tahap rendah Thyroxine -T4) membawa kepada ovulasi tidak teratur atau tiada ovulasi.
  • Ketidakseimbangan hormon lain seperti pengurangan hormon seks pengikatan globulin (SHBG), penguasaan estrogen, kekurangan progesteron, yang mana kesemuanya mengganggu keseimbangan hormon reproduktif sesuai.

Penyakit buah pinggang dan hati kronik

Penyakit kronik ini boleh merosakkan kesuburan kerana ia mengganggu fungsi kelenjar pituitari, yang menyimpan banyak hormon berbeza. Selain itu, ia juga menjejaskan tahap hormon seks daripada ovari dalam kalangan wanita dan juga daripada testikel dalam kalangan lelaki, begitu juga kesuburan.

Kanser

Rawatan-rawatan, termasuklah ubat kemoterapi dan radiasi, boleh merosakkan atau memusnahkan ovari, menyebabkan wanita berhenti menghasilkan hormon kewanitaan mereka dan membawa kepada menopaus awal dan ketidaksuburan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, wanita akan membekukan telur mereka, yang mana telah disenyawakan dengan sperma pasangan mereka sebelum memulakan rawatan.

Pun begitu, sesetengah penyakit kronik boleh dirawat. Sebagai contoh, diabetes jenis 2 selalunya boleh dikawal dengan penjagaan diet yang sihat, senaman dan pengurangan berat badan. Jadi, jika anda mahu hamil kelak dan pada masa yang sama perlu menjalani rawatan, sila berunding dengan pakar kesuburan untuk membincangkan kemungkinan cara untuk meningkatkan peluang anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Diseases and conditions that influence fertility. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/infertility/conditioninfo/Pages/health-factors.aspx. Accessed September 7, 2016

Is poor thyroid function impacting your fertility? http://www.pregnancy.com.au/resources/topics-of-interest/preconception/is-poor-thyroid-function-impacting-your-fertility.shtml. Accessed September 7, 2016

What chronic illnesses can affect fertility and why? http://www.babycenter.com/404_what-chronic-illnesses-can-affect-fertility-and-why_6147.bc. Accessed September 7, 2016

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 28/09/2018
x