
Bila haid bermula?
Kebanyakan perempuan mengalami haid pertama antara umur 12 ke 14 tahun tetapi ia boleh berlaku lebih awal atau lewat.
- Waktu bermula haid bergantung kepada keadaan mereka membesar.
- Jika anda masih belum mengalaminya semasa berumur 16 tahun, ini masih berkemungkinan normal tetapi lebih baik anda membuat pemeriksaan dengan doktor .
- Apabila ia telah bermula, ia mungkin mengambil masa yang lama bagi badan anda untuk mendapatkan kitaran yang sekata.
- Anda harus mengenal pasti kitaran haid anda. Lebih baik untuk tandakannya di kalendar.
- Jika polanya berubah dan anda telah menjadi aktif secara seksual, ia mungkin disebabkan kehamilan atau masalah kesihatan lain seperti kehilangan terlalu banyak berat badan atau bernaman terlalu banyak.
Simptom-simptom sebelum haid
Terdapat beberapa simptom yang anda mungkin alami sebelum haid disebabkan perubahan pada hormon:
- Rasa perut berangin dan berat kepala.
- Kekejangan pada bahagian bawah perut, kaki atau belakang bawah.
- Semakin banyak jerawat keluar.
- Rasa tertekan, mudah marah, sensitif, beremosi, letih.
- Buah dada menjadi semakin besar dan sakit.
- Rambut menjadi semakin berminyak
Berapa banyak darah yang hilang semasa haid?
Darah tersebut juga mengandungi mukus dan tisu lain dari lapisan uterus. Kadangkala, ia kelihatan seperti darah yang banyak tetapi kebiasaannya kurang dari 100 ml. Darah yang anda hilang akan segera diganti oleh sel-sel penghasil darah di dalam tulang sumsum.
Kadangkala, seorang wanita akan mengalami keadaan yang berat dan kehilangan banyak darah. Dia mungkin mengalami banyak darah beku di dalam darah yang hilang tersebut. Adalah sangat penting untuk anda berjumpa doktor jika anda mengalami yang berat.
Bagaimana tampon berfungsi?
Tampon dibuat dari bahan lembut dengan tali untuk memudahkan ia dibuang dan diletakkan di dalam faraj. Bukaan faraj adalah antara uretra (tempat air kencing keluar) dan anus (tempat najis keluar).
Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri menggunakan tampon. Sila ingat untuk menukar tampon setiap 4 ke 8 jam atau apabila ia telah penuh dengan darah.
Jika tampon terasa seperti “tersekat”, ia hanyalah sementara. Ia tidak boleh hilang di dalam badan anda kerana tidak ada jalan keluar lain selain melalui faraj. Bertenang dan tunggu selama beberapa minit. Kemudian anda harus boleh mengeluarkannya.
Bolehkah anda berenang semasa haid?
Berenang semasa keadaan ini tidak menjadi masalah. Walau bagaimanapun, anda akan ingin menggunakan tampon untuk mengelakkan pendarahan pada pakaian renang anda. Jangan gunakan pad. Tampon tidak akan jatuh keluar jika ia diletakkan dengan betul.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Baca juga:
- Endometriosis Bukan Sekadar Senggugut Biasa
- Senggugut dan Perubahan Struktur Otak Wanita
- Obesiti Mempercepatkan Akil Baligh Dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.