Obesiti Mempercepatkan Akil Baligh Dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date November 27, 2019

Kanak-kanak perempuan bukanlah satu-satunya yang melalui proses akil baligh lebih awal sekiranya mereka mempunyai obesiti. Kanak-kanak lelaki yang mempunyai obesiti turut memasuki alam akil baligh lebih awal daripada biasa berdasarkan kajian yang akan dibentangkan di ENDO 2019, perjumpaan tahunan Endocrine Society’s di New Orleans, Los Angeles.

Para penyelidik daripada University of Chile di Santiago, Chile melaporkan bahawa dalam kalangan 527 kanak-kanak lelaki Chile yang berumur 4 hingga 7 tahun yang mempunyai obesiti badan, obesiti pusat atau lemak perut yang berlebihan, dikaitkan dengan kemungkinan besar memulakan akil baligh sebelum berumur 9 tahun. Pengkaji utama, Maria Veronica Mericq, seorang profesor di universiti tersebut menyatakan, dengan peningkatan obesiti kanak-kanak di seluruh dunia, terdapat kemajuan dalam usia di mana baligh bermula pada kanak-kanak perempuan. Walaubagaimanapun menurutnya, bagi kanak-kanak lelaki, buktinya menjadi sedikit kontroversi.

Sebahagian kajian daripada Amerika Syarikat menemui bahawa obesiti memperlambatkan akil baligh, manakala kajian lain menyatakan hanya faktor berat badan berlebihan dan bukannya obesiti menyebabkan akil baligh awal dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Sebaliknya, hasil kajian daripada Eropah menunjukkan bahawa akil baligh awal bagi kanak-kanak lelaki disebabkan oleh berat badan berlebihan dan obesiti. Akil baligh awal yang dikenali sebagai precocious puberty berkait dengan masalah seperti kesukaran pertumbuhan badan dan masalah emosi-sosial menurut Hormone Health Network.

Kumpulan penyelidik menemui bahawa kekerapan jumlah obesiti meningkat seiring umur, daripada 22% kanak-kanak lelaki yang berumur 6 hingga 7 tahun kepada 28.6% kanak-kanak lelaki yang berumur 11.4 tahun, itu angka purata umur permulaan akil baligh bagi kumpulan ini. Obesiti abdomen turut meningkat dalam tempoh masa tersebut, daripada 11.8% kepada 17.4%. Akil baligh awal dilaporkan berlaku dalam kalangan 45 orang kanak-kanak lelaki, atau 9% daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak yag terlibat dalam kajian. Jumlah keseluruhan obesiti dan obesiti abdomen daripada umur 4 hingga 7 tahun menimbulkan kemungkinan usia akil baligh awal berbanding kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang sihat. Sebagai contoh, dalam kalangan kanak-kanak lelaki yang berumur 5 atau 6 tahun, mereka yang mempunyai obesiti dalam kumpulan umur ini mempunyai hampir 2.7 kali kemungkinan lebih tinggi untuk akil baligh awal. Manakala bagi mereka yang mempunyai obesiti abdomen mempunyai 6.4 kali kemungkinan lebih tinggi untuk akil baligh awal sebelum berumur 9 tahun.

Maria Veronica Mericq turut menyatakan bahawa akil baligh awal mungkin akan meningkatkan risiko masalah perlakuan atau tingkah laku dan insiden yang lebih tinggi bagi kanser testis dalam kalangan kanak-kanak lelaki apabila mereka telah berada di alam dewasa. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengawal pemakanan anak-anak mereka bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan seperti yang dinyatakan diatas. Pemakanan yang sihat bukan sahaja membantu mengawal obesiti pada zaman kanak-kanak daripada berlaku, malah mengelakkan pelbagai komplikasi serius lain daripada berlaku seperti hipertensi dan diabetes.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Fakta MESTI TAHU Tentang Penyakit Jarang Jumpa- Hah! 75% Penghidapnya Kanak-kanak

    75% penghidap penyakit jarang jumpa adalah kanak-kanak, dan 30% penghidapnya meninggal dunia sebelum berumur 5 tahun. Apakah penyakit jarang jumpa ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik Februari 28, 2020

    Ini RAHSIA BESAR Untuk Ajar Anak Makan Ubat. Tak Perlu ‘BERGADUH’ Dengan Si Kecil Lagi Selepas Ini

    Anda mesti selalu 'berperang' dengan si kecil apabila tiba waktu untuk mereka makan ubat. Di sini kami kongsikan rahsia untuk ajar anak anda makan ubat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Adakah Coronavirus Turut Menjangkiti Kanak-kanak?

    Rata-rata laporan tentang jangkitan coronavirus melibatkan individu dewasa. Bagaimana pula impak coronavirus pada kanak-kanak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 Februari 3, 2020

    Realiti Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

    Artikel ini akan mengupas tajuk penyakit mental dalam kalangan kanak-kanak. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Artikel lain untuk anda

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Mei 15, 2020
    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada April 23, 2020
    JAGA! Si Manja Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini Apa Boleh Terjadi

    JAGA! Si Manja Boleh Dapat Serangan Strok Haba HANYA Dalam Bilik Tidur, Ini Apa Boleh Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mac 9, 2020