backup og meta

Senggugut dan Perubahan Struktur Otak Wanita

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/07/2023

    Senggugut dan Perubahan Struktur Otak Wanita

    Dismenorea primer adalah kesakitan haid dalam kalangan wanita yang sihat. Menurut penyelidik, ia menjejaskan antara 20% hingga 90% remaja perempuan. Ia menunjukkan kekejangan di abdomen bawah apabila bermulanya haid dan boleh bertahan sehingga 72 jam.

    Terdapat penyelidik telah mula menyiasat apa yang berlaku di otak adalah sebagai peningkatan hormon wanita sebelum haid. Setakat ini, hasilnya mengandaikan bahawa peningkatan dalam aktiviti otak di pusat emosi otak mungkin dapat membantu beberapa wanita untuk lebih stabil secara emosi, walaupun hormon-hormon mereka turun naik atau tidak stabil.

    Menurut pakar neurologi Weill Medical College di Universiti Cornell, New York City, David Silbersweig, walaupun sejumlah besar minat dengan sindrom prahaid (PMS) dan ubat-ubatan yang mencegahnya, namun penyelidikan kecil mengejutkan yang mana menunjukkan bagaimana otak bertindak balas dalam keadaan yang sukar.

    Beliau menyatakan bahawa dalam kalangan wanita usia reproduktif, kira-kira 75 peratus melaporkan perubahan mood atau ketidakselesaan fizikal semasa fasa prahaid mereka.

    Sengugut dan Otak

    Menurut penolong profesor neuripsikologi Pusat Parubatan Universiti Rush, Chicago Dr Duke Han, terdapat perubahan struktur oatak tertentu berlaku dengan kekejangan haid. Perubahan ini mungkin berkaitan dengan kesakitan, tetapi mungkin terdapat faktor penyumbang lain selain sakit yang menyebabkan perubahan struktur ini. Perubahan hormon dan tekanan juga mungkin memainkan peranan.

    Malah, kajian dalam jurnal Pain juga mendapati kekejangan haid sebenarnya boleh mengubah struktur otak wanita.

    Menurut Dr Duke Han, jika keputusan ini disahkan, rawatan sasaran (targeting) ke arah paksi otak di mana terdapat perubahan mungkin membantu terapi  yang lebih baik untuk kesakitan haid.

    Menurut ahli biologi anestesi Pusat Perubatan St John, Santa Monica, California, Edna Ma pula, perubahan hormon menjadi masalah neuron kepada kesakitan sehingga anda akan berasa lebih sakit akibat rangsangan seperti kekejangan.

    Sekiranya perubahan otak ini berkaitan dengan kesakitan dan dapat mencari reseptornya, ia boleh diterima untuk mensasarkan dan meminimumkan kesakitan haid, tetapi jika ia berkaitan dengan hormon maka perubahan tersebut mungkin tidak berkaitan dengan rasa sakit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 17/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan