Normal Ke Miss V Berbau Seperti Ikan Busuk? Bau Faraj Yang Sihat Bagaimana?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Apabila berbicara soal kemaluan atau alat sulit, ia adalah antara salah satu persoalan yang agak jarang dibincangkan.

Apatah lagi berkenaan alat sulit wanita.

Namun, mahu atau tidak, perkara ini perlu juga dibincangkan untuk mengelakkan sebarang masalah yang lebih serius berlaku pada masa hadapan.

Salah satu perkara yang mungkin kurang dibincangkan adalah soal bau faraj wanita.

Apakah bau miss V yang normal?

Bolehkah bau faraj berubah-ubah?

Ramai yang bertanya, adakah bau kemaluan yang dimiliki mereka ini adalah satu bau yang normal atau sebaliknya.

Jika normal, bagaimanakah bau miss V yang normal? 

Sebelum anda ingin tahu apakah bau miss V yang normal, anda perlu tahu dahulu apakah keadaan sebenar faraj anda.

Faraj mempunyai berbilion bakteria yang tinggal di dalamnya dan bakteria ini mungkin bertukar-tukar setiap hari bahkan setiap jam tanpa anda ketahui.

Perubahan bakteria ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana ia adalah normal.

Oleh sebab itu, kesannya menyebabkan bau kemaluan wanita juga berubah-ubah mengikut keadaan.

Ada masanya bau faraj berubah disebabkan oleh kitaran haid, rutin kebersihan diri atau ia memang bau normal faraj anda yang tersendiri

Apakah antara bau miss V yang normal?

Berikut adalah 6 jenis bau miss V yang normal yang mungkin anda pernah alami:

#1. Bau seperti sesuatu yang masam atau ditapai

bau miss v yang normal

Pada kebiasaannya, faraj wanita menghasilkan bau yang sedikit masam atau agak tajam. Ada yang mengatakan baunya seolah-olah bau makanan yang ditapai atau dijeruk.

Mengapa sedemikian? Ini kerana bakteria yang sama yang berada dalam yogurt iaitu Lactobacilli turut berada di dalam faraj wanita. 

Sebab bau faraj seperti ini ialah faktor keasidan. Nilai pH bagi faraj yang normal semestinya sedikit berasid iaitu antara 3.8 hingga 4.5.

Bakteria Lactobacilli yang menyebabkan faraj menjadi sedikit berasid. 

#2. Bau seperti duit syiling atau tembaga

Ada juga wanita yang mempunyai bau faraj seperti bau duit syiling. Ia mempunyai bau seperti besi atau tembaga.

Jangan risau kerana ia juga adalah jenis bau miss V yang normal.

Namun, adakalanya ia menandakan satu masalah yang serius tetapi amat jarang sekali berlaku.

Sebab bau kemaluan seperti ini ialah faktor darah dan juga aktiviti seks. Darah mempunyai kandungan besi yang menyebabkannya berbau seperti ini.

Apabila seseorang wanita datang haid, maka faraj mereka akan mempunyai bau seperti tembaga. 

Selain itu, ia juga mungkin berpunca daripada sedikit pendarahan yang berlaku selepas melakukan hubungan seks.

Ini biasanya disebabkan oleh keadaan faraj yang kering atau seks secara kasar yang menyebabkan calar atau luka kecil. 

#3. Bau seperti sesuatu yang manis atau gula molase

bau faraj

Bau manis ini adalah seperti bau gula molase namun ia juga bukanlah satu perkara yang perlu diresahkan. Ia adalah bau miss V yang normal. 

Sebab bau kemaluan wanita seperti ini ialah faktor bakteria.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, bakteria yang berada pada faraj wanita boleh bertukar ganti lalu menyebabkan bau yang berbeza-beza.

Disebabkan oleh perubahan ekosistem bakteria ini, adakalanya faraj wanita akan berbau agak masam dan adakalanya berbau manis.

#4. Bau seperti bahan kimia atau bahan peluntur

Bau kemaluan seperti ini agak sama dengan bau bahan peluntur atau ammonia.

Ia juga adalah bau miss V yang normal, namun dalam beberapa keadaan, ia juga mungkin menunjukkan satu keadaan yang tidak normal pada faraj anda. 

Sebab bau faraj seperti ini ialah faktor air kencing dan juga vaginosis bakteria. Air kencing mempunyai sisa ammonia yang disebut urea.

Apabila terdapat rembesan air kencing pada seluar dalam atau di sekitar bahagian luar faraj, ia boleh menyebabkan bau seperti ini.

Ia juga mungkin petanda berlakunya vaginosis bakteria. Ia adalah satu keadaan penyakit pada faraj di mana bakteria membiak dengan banyak tanpa kawalan.

Antara simptomnya ialah keluarnya cairan yang berbau hanyir seperti ikan.

#5. Berbau hanyir seperti ikan

bau faraj

Mungkin anda pernah mendengar berkenaan bau kemaluan seperti bau hanyir ikan atau ikan masin. Ia bukanlah berbau seperti ikan segar, tetapi lebih kepada ikan yang sudah busuk.

Puncanya adalah disebabkan oleh trimethylamine, iaitu sejenis sebatian kimia yang menyebabkan bau ikan busuk berlaku pada faraj wanita. 

Sebab bau faraj seperti ini adalah disebabkan oleh vaginosis bakteria dan juga trichomoniasis.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bau seperti ikan busuk ini berpunca daripada berlakunya vaginosis bakteria.

Ia disebabkan oleh pembiakan bakteria anaerobik tanpa kawalan pada faraj wanita.

Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh trichomoniasis. Ia adalah sejenis jangkitan kelamin yang boleh dirawat melalui ubat antibiotik.

Trichomoniasis juga boleh menyebabkan faraj wanita berbau seperti ikan busuk. 

#6. Berbau busuk seperti bau bangkai yang mereput

Ia mungkin kedengaran agak melampau namun itulah gambaran yang boleh diberikan bagi bau seperti ini.

Jika faraj anda mempunyai bau seperti ini, ia sebenarnya bukanlah bau sebenar faraj anda, tetapi bau daripada sesuatu yang ada di dalam faraj anda.

Sebab bau faraj seperti ini ialah tampon yang lupa untuk dikeluarkan. Adakalanya, wanita yang menggunakan tampon lupa untuk mengeluarkannya semula daripada faraj.

Apabila tampon ini lupa untuk dikeluarkan, tidak hairanlah jika faraj anda akan berbau busuk seperti bangkai. Ini disebabkan oleh darah haid yang terkumpul pada tampon tersebut.

Kesimpulan

Jika anda mempunyai bau kemaluan seperti di atas ini, jangan risau kerana ia adalah bau miss V yang normal.

Namun, dalam beberapa keadaan, ia juga mungkin menandakan sesuatu yang tidak normal sedang berlaku pada faraj anda.

Jika anda mempunyai simptom seperti kegatalan atau rasa terbakar, sakit, kesakitan ketika melakukan hubungan seks, keluar cecair yang tidak normal atau pendarahan selain darah haid, maka berjumpalah doktor dengan kadar segera.

Jangan bergantung kepada bau kemaluan semata-mata kerana mungkin ada masalah lain yang sedang berlaku. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Nak douching atau meruang ketika hamil? Jika ya, 5 masalah kesihatan selepas meruang ini, mungkin membuatkan anda menimbang semula keputusan itu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 01/09/2020 . 3 minit bacaan

Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

Jangkitan yis terjadi apabila kulat Candida tumbuh secara tidak terkawal di permukaan kulit atau dalam badan, ini termasuklah jangkitan kulat di dubur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Faraj Lembap & Berbau Selepas Haid? Ini Tanda Jangkitan Kulat, Ada Sebab Mengapa Ia Berlaku

Golongan wanita cenderung untuk mendapat jangkitan kulat terutamanya ketika dan selepas haid atas beberapa faktor tertentu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Perlu Ke Cukur Miss V Sebelum Bersalin? Ketahui Manfaat & Risiko Ini

Perlu ke untuk ibu hamil mencukur Miss V sebelum melahirkan anak? Atau perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan sampingan? Ikuti penjelasan ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 23/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
haid dua kali sebulan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
pemeriksaan vagina

Takut Dengar Pengalaman Kena Seluk Semasa Bersalin? Ibu, Fahami Tentang Pemeriksaan Faraj!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan bakteria

Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan