Pernahkah anda rasa seperti ‘terkena dinding’ ketika cuba memasukkan sesuatu ke dalam vagina? Penyakit faraj terkunci atau vaginismus merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan kesakitan saat melakukan hubungan kelamin.
Pernahkah anda rasa seperti ‘terkena dinding’ ketika cuba memasukkan sesuatu ke dalam vagina? Penyakit faraj terkunci atau vaginismus merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan kesakitan saat melakukan hubungan kelamin.

Tetapi, apa itu vaginismus? Bagi wanita yang mengalami kondisi ini, seks boleh menjadi sangat sukar jika rawatan vaginismus tidak dititikberatkan.
Sehingga hari ini, pakar tidak pasti berapa ramaikah penghidap vaginismus di dunia. Kebanyakan wanita yang menghidap penyakit ini rasa malu untuk bercakap mengenai masalah yang dialami.
Manakan tidak, kondisi ini boleh menyebabkan wanita mengalami tekanan perasaan. Mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan seks dengan normal, malah kesakitan yang dialami juga membuatkan wanita enggan bersenggama dengan suami.
Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists, 3 daripada 4 wanita akan rasa sakit ketika melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai penyakit faraj terkunci serta rawatan vaginismus? Mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Pasti ramai wanita yang tertanya-tanya, apa itu vaginismus? Vaginismus atau faraj terkunci merupakan satu kondisi yang menyebabkan otot pada kawasan vagina mengetat jika ada sesuatu masuk ke dalamnya.
Malah, kekejangan otot ini boleh mendatangkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada wanita. Bukan itu sahaja, tekanan perasaan yang dialami boleh bertukar menjadi kegelisahan (anxiety) atau depresi jika tidak ditangani awal.
Disebabkan vaginismus boleh menyebabkan kesakitan semasa melakukan hubungan seks, ia adalah sejenis dispareunia – satu kondisi yang menandakan kesakitan serius sebelum, semasa atau selepas seks.
Penyakit ini bukan sahaja akan menyebabkan ‘faraj terkunci’ ketika melakukan seks, ia juga akan membuatkan sebarang pemeriksaan kesihatan menjadi sukar. Mereka juga tidak boleh memakai tampon semasa haid.
Walau bagaimanapun, wanita masih boleh mendapat orgasme melalui cara lain. Namun, jika anda mengalami masalah ini, jangan malu untuk berjumpa doktor.
Ada banyak rawatan vaginismus yang tersedia. Oleh sebab itu, anda tidak perlu terus menderita disebabkan kondisi ini.

Faraj terkunci didapati lazim berlaku dalam kalangan wanita yang mempunyai masalah untuk membangkitkan nafsu sendiri. Malah, wanita yang mempunyai pengalaman pahit atau trauma tertentu juga boleh mengalami vaginismus.
Sebelum melakukan rawatan vaginismus, wanita perlulah ketepikan sebarang stigma mengenai masalah disfungsi seksual.
Wanita yang mempunyai masalah faraj terkunci perlu dirawat dari segi mental dan fizikal sebelum mereka benar-benar bersedia untuk melakukan hubungan seks.
Sukar untuk menentukan punca utama masalah faraj terkunci. Namun, antara faktor yang menjadi penyebab vagnismus ialah:
Jika anda rasa tidak selesa untuk berjumpa doktor, bawa suami atau kawan sebagai peneman. Ada banyak rawatan vaginismus yang ada di hospital. Malah, ia merupakan satu kondisi yang boleh diatasi.
Antara simptom wanita yang mempunyai ciri-ciri vaginismus ialah:
Ada banyak rawatan untuk vaginismus. Antaranya:

Tidak dinafikan, vaginismus mungkin datang daripada masalah anxiety yang boleh menyebabkan penghidapnya rasa semakin gelisah.
Menurut sebuah kajian yang bertajuk “Being a Woman” in the Shadow of Vaginismus: The Implications of Vaginismus for Women, wanita yang menghidap masalah ini mempunyai pandangan yang negatif terhadap diri sendiri.
Malah, ada juga yang akan mengalami serangan panik jika mereka ingin melakukan seks disebabkan ketakutan yang amat sangat terhadap penetrasi.
Bukan itu sahaja, disebabkan tidak berlakunya penetrasi semasa seks, vaginismus juga boleh mendatangkan masalah untuk menimang cahaya mata.
Malah, mereka juga berhadapan dengan risiko kanser serviks, STD dan banyak lagi disebabkan keengganan untuk melakukan pemeriksaan yang melibatkan penetrasi.
Masalah vagina terkunci boleh memberi impak negatif terhadap kehidupan seks anda. Kadangkala, sukar untuk wanita yang menghidap vaginismus untuk bersenggama dengan pasangan masing-masing disebabkan penyakit atau trauma yang mereka alami.
Ada banyak rawatan yang ada untuk vaginismus ini. Beranikan diri dan jumpa doktor secepat mungkin untuk pemeriksaan supaya anda tahu apa itu vaginismus. Masih belum terlambat untuk mendapatkan pertolongan pakar.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
03/03/2025
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip