Bimbang Vagina Longgar Lepas Bersalin, Ibu Amat Disarankan Buat 4 Tip Ini, Sangat Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/11/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Cara merapatkan miss v atau vagina adalah salah satu tip yang dicari-cari wanita setelah melahirkan anak. Ramai wanita berasa vaginanya mula tidak tegang, rapat dan elastik seperti dahulu selepas melahirkan anak. Dengan masalah vagina yang mengendur, mereka mula tidak yakin diri sewaktu kembali melakukan hubungan seksual.

Anda seharusnya tidak perlu panik, kerana memang kebiasaannya vagina akan mengendur selepas melahirkan anak. Tetapi vagina anda sebenarnya akan rapat kembali sewaktu masa pemulihan selepas melahirkan walaupun tidak seperti dahulu. Anda cuma perlu menambah sedikit usaha untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Ingin tahu cara yang boleh anda lakukan untuk merapatkan vagina anda seperti dulu? Ikuti tip-tip berikut:

Cara merapatkan miss v

1. Senaman kegel

Senaman kegel ini merupakan salah satu senaman yang dapat merapatkan vagina. Senaman kegel juga akan membuatkan otot-otot pelvik menjadi lebih kuat. Senaman ini boleh dilakukan di rumah atau di mana sahaja tanpa memerlukan sebarang alat bantuan.

Terdapat juga alat bantuan atau alat mainan seks yang boleh membantu senaman kegel seperti vaginal cone atau jiggle balls tetapi senaman kegel secara sendiri lebih berkesan melainkan anda disarankan oleh doktor untuk menggunakan vaginal cone untuk masalah inkotinens urinari atau ketidakupayaan mengawal kencing.

Vaginal cone berbeza ukuran dan jenisnya, serta memiliki tekstur gel silikon dan berbentuk kon. Alat ini dimasukkan ke dalam vagina dan ditahan sekitar beberapa saat. Lakukan gerakan ini dalam jangka waktu selama 15 minit selama 2 hari sekali.

2. Diet makanan sihat dan kecergasan selepas melahirkan anak

melahirkan anak

Makanan yang tidak sihat tidak dapat memberikan zat fitoestrogen (zat pembentuk hormon seks utama wanita) yang cukup daripada makanan yang kita makan. Sebaliknya, pengambilan makanan sihat akan memberikan kesan positif terhadap kesihatan vagina anda.

Amalan pemakanan sihat, digabungkan dengan aktiviti kecergasan yang fokus kepada gerakan otot tubuh bahagian bawah akan membantu merapatkan vagina secara semula jadi. Dengan demikian, kadar elastik vagina akan terjaga dan anda akan dapat mengembalikan ketegangan vagina anda yang kendur setelah melahirkan.

3. Senaman squats ketatkan vagina selepas melahirkan anak

Gerakan dan latihan squats boleh menjadi senaman yang baik untuk kembali merapatkan vagina yang kendur. Caranya mudah, dengan berdiri dan pastikan kaki anda sedikit keluar sejajar dengan tulang pinggul anda. Kedudukan tangan bebas sama ada sambil menggenggam kedua tangan atau anda tempatkan di pinggang. Lalu gerakkan pinggul anda seolah-olah anda sedang ingin duduk, tetapi tahan jangan sampai menyentuh lantai. Setelah sampai separuh tubuh, angkat badan anda ke atas lagi, dan lakukan kedudukan ingin duduk tadi berulang kali.

Ramai orang memiliki pandangan salah tentang squats, dengan menganggap squats boleh mencederakan lutut. Sedangkan senaman squats malah akan meningkatkan kekuatan lutut dan yang paling penting adalah otot-otot vagina anda kembali tegang dan rapat.

4. Senaman yoga dalam jangka masa panjang

melahirkan anak

Jika anda melakukan senaman yoga secara teratur, anda akan mendapatkan manfaat besar untuk seluruh tubuh. Termasuk dengan latihan yang berkait dengan kontraksi otot pinggul, yang dapat merapatkan vagina anda secara tidak langsung. Selain itu, hampir semua gerakan yoga akan membantu otot-otot pinggul menjadi lebih kuat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Hubungan Intim Bersama Pasangan Boleh Tingkatkan Kesihatan Jantung Anda, Betul Ke?

Ada individu yang bertanya, adakah terdapat manfaat seks untuk kesihatan jantung? Dan, berbahaya ke untuk melakukan seks jika mempunyai penyakit jantung?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

Jika anda ingin kurangkan berat badan, agak-agak anda, manakah kaedah yang lebih berkesan; senaman kardio atau sukan angkat berat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Ingin Bersenam Bukan Hanya Untuk Sihat, Tapi Juga Nak Hilangkan Berat? Ini Senaman Yang Sesuai

Ingin bersenam untuk kesihatan dan hilangkan berat badan? Petua berikut boleh menjaga kesihatan dan membantu mendapatkan ukuran pinggang yang anda hajati!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

seks dan teknologi

Kehidupan Seks Terjejas Dengan Adanya Teknologi? Apa Kesannya Pada Hubungan Intim?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
jangkitan kulat

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
hidung mancung

Ada Tip Nak Bagi Hidung Mancung, Caranya Lakukan Senaman, Berkesan Atau Sekadar Harapan Palsu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
sakit senggugut wanita

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/11/2020 . 3 minit bacaan