MENGEJUTKAN! Pakai Braces Bukan Untuk Cantikkan Gigi, Sebaliknya Jadikan Gigi Rongak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Aku suka tengok gadis yang pakai braces, comel je bila senyum,” bicara Ajai sambil tersengih-sengih. Kini, penggunaan pendakap gigi merupakan salah satu trend yang popular dalam negara kita.

Namun, sejauh manakah kebaikannya kepada si pemakai? Benarkah pemakaian pendakap gigi ini boleh membuatkan gigi rongak?

Artikel ini menjawab persoalan anda.

Apa itu pendakap gigi?

Pendakap gigi ataupun nama popularnya braces, adalah peralatan berasaskan dawai yang digunakan oleh pakar gigi (ortodontik) untuk membetulkan gigi atau rahang yang sesak dan tidak sejajar.

Seringkali, rawatan pendakap gigi dibuat semasa awal remaja, tetapi orang dewasa juga boleh mendapat manfaat daripada pemakaiannya.

Pendakap gigi besi sering digunakan, walaupun terdapat variasi lain seperti plastik kini.

Rawatan pembetulan pendakap gigi

pendakap gigi besi

Pendakap gigi besi menawarkan rawatan pembetulan untuk beberapa masalah seperti:

Keselarasan gigi dan rahang yang betul dapat memperbaiki bukan sahaja penampilan gigi anda, tetapi kesihatan mulut, cara menggigit, mengunyah dan bercakap.

Boleh ke pendakap gigi besi terukkan kesihatan mulut?

Pemakaian pendakap gigi biasanya merupakan prosedur yang selamat. Namun, terdapat beberapa risiko yang dibuktikan dengan kajian.

#1 Gusi menyusut

Gusi menyusut atau resesi gingiva merupakan keadaan di mana tisu gusi akan hilang secara berperingkat, dan boleh mengakibatkan pendedahan akar gigi jika tidak dirawat.

Jika gusi anda mula menyusut, bentuk gigi anda boleh berubah dan gigi anda akan menjadi lebih sensitif.

Dr Kelly Blodgett, doktor gigi dari Portland menyuarakan pendapat beliau di mana sepanjang proses menggunakan pendakap gigi, anda memberikan tekanan pada tulang gigi dan gusi anda.

Keseluruhan proses ini bertentangan dengan struktur dan anatomi gigi berdasarkan genetik anda.

Tekanan yang berterusan pada gigi boleh menyebabkan keradangan dan kehilangan tulang pada mulanya. Jika berterusan, ia boleh mengakibatkan gusi menyusut.

Selain itu, satu kajian telah mendedahkan logam yang digunakan juga bertanggungjawab atas penyusutan gusi.

#2 Penyakit gusi

pendakap gigi

Sisa makanan akan terkumpul di celah gigi jika tidak dibersihkan. Ia boleh bergabung dengan bakteria yang ada dalam mulut dan menghasilkan plak.

Plak yang tidak dibersihkan akan mengeras dan menjadi karang gigi atau tartar. Apabila sudah menjadi tartar, ia tidak boleh dibersihkan dengan berus gigi lagi.

Memakai pendakap gigi besi meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit gusi jika anda tidak menjaga kesihatan mulut dengan baik.

Kajian mendedahkan jika pengguna braces tidak menjaga kebersihan gigi dan mulut, ia akan menyebabkan pengumpulan plak dan tartar.

Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan penyakit gusi kerana peningkatan bakteria yang tidak baik dalam mulut anda.

Selain itu, keradangan gusi juga membolehkan jangkitan berlaku dengan lebih mudah.

Penyakit gusi dianggap berbahaya kerana ia meningkatkan risiko penyakit lain seperti penyakit jantung, keradangan paru-paru, kanser pankreas dan diabetes.

Dalam jangka masa pendek, penyakit gusi adalah penyebab utama kehilangan gigi.

#3 Akar gigi menjadi lebih pendek

Semasa pergerakan gigi berlaku, sebahagian tulang lama akan larut sementara tulang baru tumbuh di belakangnya.

Kepanjangan akar gigi akan hilang secara kekal semasa proses ini berlaku, yang boleh mengakibatkan gigi kurang stabil.

#4 Gigi sensitif

Gigi sensitif berlaku apabila lapisan bawah gigi anda terdedah akibat gusi menyusut.

Akar gigi anda, yang tidak dilindungi oleh enamel keras mengandungi ribuan tiub yang menuju ke pusat saraf gigi.

Apabila terdedah, ia membolehkan rangsangan kepada saraf seperti makanan panas atau sejuk dan ia menyebabkan kesakitan.

Sesiapa sahaja boleh mengalami gigi sensitif, tetapi pemakai braces lebih berisiko.

Hal ini kerana keadaan gigi yang lebih sukar untuk dibersihkan dan kesihatan mulut yang tidak dijaga boleh mengakibatkan keradangan atau penyusutan gusi.

#5 Pembetulan gigi tidak kekal

Keadaan ini boleh berlaku jika anda tidak mengikuti arahan pakar ortodontik selepas membuka pendakap gigi.

Selepas dibuka, anda sepatutnya selalu memakai retainer seperti yang diarahkan oleh doktor gigi anda.

Jika anda tidak rajin memakainya, anda berisiko untuk kehilangan sebahagian daripada pembetulan struktur gigi yang diperoleh semasa memakainya.

Konklusi

Oleh itu, jika anda sedang mempertimbangkan rawatan ortodontik ini untuk diri sendiri ataupun anak anda, jumpalah doktor gigi untuk menilai kesihatan gusi sebelum memulakan rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Alamak! Jadi Vegetarian Akan Jejaskan Senyuman Anda?

Ramai orang fkir golongan vegetarian adalah sihat. Pun begitu, tahukah anda bahawa menjadinya boleh menjejaskan kesihatan mulut anda? Hello Doktor!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 11/10/2019 . 2 minit bacaan

Mempunyai Gigi Sensitif? Ini Penyelesaiannya

Jika anda mendapati anda tidak berupaya untuk menikmati secawan kopi panas atau ais krim kerana kesakitan gigi, anda mungkin menghidap masalah gigi sensitif. Masalah oral ini boleh menjadi sangat menjengkelkan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 08/04/2019 . 2 minit bacaan

Pendakap Gigi dan Kebersihan Mulut

Nafas berbau, kerosakan gigi dan penyakit gigi adalah keadaan yang boleh menjejaskan jika penjagaan gigi diabaikan. Apatah lagi dengan pemakaian pendakap gigi. Ini kerana makanan boleh terperangkap dalam bracket ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/07/2018 . 1 minit bacaan

Perubahan Wajah dan Penampilan Akibat Pendakap Gigi

Wajah anda boleh berubah kerana cara tubuh bertindak balas kepada pendakap. Terdapat banyak jenis pendakap, termasuk pendakap logam, pendakap seramik, pendakap lingual dan pendakap yang jelas seperti Invisalign ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/07/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

braces gigi

Trend Pemakaian Braces Terhad Untuk Orang Muda Saja Ke? Tak Sesuai Untuk Golongan Berusia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
sarang-lebah-turunkan-tekanan-darah

Sarang Lebah Boleh Bantu Turunkan Tekanan Darah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/12/2019 . 4 minit bacaan
tempoh pemakaian braces

Rimas Pakai Braces? Ini Jawapan TEPAT Berapa Lama Anda Perlu Pakai Pendakap Gigi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 20/11/2019 . 3 minit bacaan
media sosial telefon

Awas, Jangan Mudah Percaya Dengan Nasihat Influencer Di Media Sosial!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/10/2019 . 3 minit bacaan