home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Pemutih Gigi Boleh Rosakkan Lapisan Dentin Gigi

Pemutih Gigi Boleh Rosakkan Lapisan Dentin Gigi

Walaupun produk-produk pemutih gigi (teeth whitening) boleh membuat senyuman lebih menarik, penyelidikan baharu menunjukkan bahawa produk-produk tersebut mungkin juga menyebabkan kerosakan terhadap gigi.

Dalam tiga penyelidikan baharu yang dilaksanakan, penyelidik mendapati bahawa hidrogen peroksida, bahan aktif dalam jalur pemutih (whitening strips), iaitu salah satu produk pemutih gigi yang boleh diperoleh daripada kaunter, boleh merosakkan tisu dentin yang kaya dengan protein yang terdapat di bawah enamel pelindung gigi.

Penyelidikan yang dilaksanakan di makmal Kelly Keenan, profesor madya dalam bidang kimia di Stockton University di New Jersey, dibentangkan di mesyuarat tahunan the American Society for Biochemistry and Molecular Biology semasa mesyuarat 2019 Experimental Biology yang akan diadakan pada April 6-9 di Orlando, Florida.

Gigi diperbuat daripada tiga lapisan: enamel gigi luar, lapisan dentin yang mendasari dan tisu penghubung yang menghubungkan akar ke gusi. Kebanyakan kajian jalur pemutihan telah memberi tumpuan kepada enamel gigi, yang mengandungi sedikit protein. Pasukan penyelidikan Keenan memberi tumpuan kepada lapisan dentin, yang membentuk kebanyakan gigi dan mempunyai tahap protein yang tinggi, yang kebanyakannya adalah kolagen.

Hidrogen peroksida dan gigi

Ia terbukti bahawa hidrogen peroksida boleh menembusi enamel dan dentin. Penyelidikan sebelum ini oleh para penyelidik menunjukkan bahawa kolagen dalam lapisan dentin berkurangan apabila gigi dirawat dengan jalur pemutihan. Menurut Keenan, pasukan penyelidikannya cuba mengenalpasti lagi apa yang dilakukan oleh hidrogen peroksida kepada kolagen dan mereka menggunakan keseluruhan bahagian gigi untuk tujuan kajian dan menumpukan pada kesan hidrogen peroksida terhadap protein.

Dalam penyelidikan baharu yang dijalankan, pasukan penyelidik menunjukkan bahawa protein utama dalam dentin ditukarkan kepada serpihan yang lebih kecil apabila dirawat dengan menggunakan hidrogen peroksida. Dalam eksperimen tambahan, mereka merawat kolagen tulen dengan menggunakan hidrogen peroksida dan kemudiannya menganalisis protein menggunakan teknik makmal elektroforesis gel yang membolehkan protein untuk divisualisasikan.

Berdasarkan eksperimen tersebut, Keenan menyatakan bahawa, keputusan penyelidikan mereka menunjukkan bahawa rawatan dengan kepekatan hidrogen peroksida sama seperti yang terdapat dalam jalur pemutihan cukup untuk menghilangkan protein kolagen yang asal, yang mungkin disebabkan oleh pembentukan banyak serpihan yang lebih kecil.

Para penyelidik turut menyatakan bahawa eksperimen mereka tidak menunjukkan sama ada kolagen dan protein lain dalam gigi boleh diperbaharui, oleh itu tidak diketahui jika kerosakan gigi tersebut bersifat kekal atau tidak kekal. Seterusnya, pasukan penyelidikan bercadang untuk menonjolkan lagi serpihan protein apabila kolagen dirawat dengan menggunakan hidrogen peroksida dan menentukan sama ada hidrogen peroksida mempunyai kesan yang sama terhadap protein lain dalam gigi.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.sciencedaily.com/releases/2019/04/190409135928.htm

https://experimentalbiology.org/2019/home.aspx

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 10/04/2019
x