Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 10/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

Aspek kebersihan gigi

Penjagaan kebersihan mulut yang baik bukan sahaja memberikan keselesaan kepada diri dan individu di sekeliling tetapi ia juga boleh menjadikan anda lebih subur.

Menurut penyelidikan, kebersihan gigi memberikan impak kepada tempoh masa yang diperlukan wanita untuk mengandung

Pada lelaki, penyakit gusi dan kerosakan gigi mempunyai kaitan dengan tahap kesihatan air mani serta kualiti sperma yang rendah.

Mungkin benar wujud hubung kait antara kesihatan gigi dan tahap kesuburan bagi lelaki dan wanita.

Dipercayai ketika mengandung, tahap kesihatan mulut yang rendah dikaitkan dengan peningkatan diabetes gestasi, kelahiran pramatang dan mempunyai bayi dengan berat lahir rendah.

Ini bermakna, memastikan keadaan gigi dan gusi dalam keadaan sihat bukan hanya penting untuk kesuburan tetapi tumbesaran janin dalam kandungan. 

Bagaimana penjagaan gigi mempengaruhi tahap kesuburan dan kehamilan?

Kenapa kebersihan gigi penting?

Tidak kira lelaki atau wanita, memastikan kesihatan gigi dalam keadaan baik penting jika anda sedang berusaha untuk mendapat zuriat.

Gusi dan gigi yang sihat dianggap sebagai antara faktor penentu kejayaan kehamilan dan kelahiran anak.

Kesihatan mulut yang sihat perlu bebas daripada kaviti, gingivitis dan penyakit periodontal.

Kaviti atau turut disebut sebagai kerosakan gigi berlaku apabila asid yang dihasilkan daripada pengambilan makanan dan minuman bergula bertindak balas dengan bakteria yang ada pada plak.

Kesannya ia mengikiskan enamel gigi. 

Gingivitis atau keradangan pada gusi muncul apabila plak membiak menyebabkan kerengsaan, kemerahan dan pembengkakan.

Gingivitis adalah 1 keadaan penyakit gusi lebih ringan yang melibatkan keradangan gusi tetapi tidak mengakibatkan kehilangan tulang seperti periodontal.

Walau bagaimanapun, gingivitis yang tidak dirawat boleh berkembang menjadi penyakit periodontal.

Rutin kebersihan mulut dan gigi yang buruk boleh menyebabkan keradangan gusi.

Penyakit periodontal juga dikenali sebagai periodontitis, adalah penyakit gusi yang berkembang dan merebak ke bahagian tisu yang mendasari dan boleh menyebabkan kehilangan tulang dan gigi. 

kaitan-kebersihan-gigi-dan-kesuburan
– Penyakit Periodontal –

Masalah tersebut juga dikaitkan dengan beberapa isu kesihatan termasuklah penyakit jantung, diabetes, penyakit pernafasan dan strok.

Wanita dengan sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan endometriosis serta lelaki dengan disfungsi ereksi lebih cenderung untuk didiagnosis dengan penyakit periodontal. 

Berdasarkan beberapa kajian mendapati, lelaki dengan tahap kebersihan gigi dan mulut yang lemah, lebih cenderung mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan.

Ia  melibatkan apa sahaja masalah kesihatan gigi, sama ada isu kaviti yang tidak dirawat atau penyakit periodontal. 

Hubung kait tahap kebersihan gigi dan tahap kesuburan

Apa kaitan antara penjagaan kesihatan gigi yang lemah dengan sperma? Bagaimana pula masalah kerosakan gigi boleh menjejaskan kesuburan wanita?

Berikut dikongsikan beberapa teori berkaitan kesuburan bagi lelaki dan wanita:

Kesuburan Bagi lelaki

  1. Peningkatan bakteria 

Kaviti, jangkitan gigi dan penyakit gusi semuanya melibatkan tahap pertumbuhan bakteria tinggi di mulut. Bahkan bakteria yang tumbuh dalam kaviti juga boleh menyebabkan penyakit gusi. 

Tahap bakteria yang meningkat pada mulut boleh mengakibatkan peningkatan tahap bakteria di kawasan lain pada badan.

  1. Tindak balas badan

Apabila badan melawan jangkitan (umumnya, kerosakan gigi juga dianggap sebagai 1 jangkitan), tindak balas imunologi badan mungkin berlaku secara berlebihan.

Ia seterusnya menyebabkan sistem kekebalan badan akan menyerang sel-sel sihat dan tidak berbahaya seperti sel sperma yang sedang berkembang.

  1. Risiko kemandulan

Terdapat kemungkinan masalah kebersihan gigi dan mulut yang lemah sebagai faktor risiko penyebab kemandulan.

Sebagai contoh, individu yang merokok berisiko lebih tinggi untuk terkena penyakit periodontal. Bahkan merokok juga memberikan kesan negatif terhadap kemandulan.

tahap kesuburan

Kesuburan bagi wanita

Terdapat 1 hipotesis mengaitkan kesihatan mulut yang lemah dengan tahap kesuburan wanita, iaitu hubungan imunologi.

Ia sama seperti teori masalah kesuburan lelaki dan penyakit periodontal. Kesan penyakit periodontal ini akan menyebabkan sistem imun menjadi terlalu reaktif.

Mungkin juga sistem imun yang terlalu reaktif mendedahkan risiko untuk terkena penyakit periodontal. 

Terdapat kajian mengenai hubung kait antara imunologi pembiakan dengan sistem imun badan dan bagaimana ia bertindak balas terdapat implantasi dan perkembangan embrio.

Wanita dengan sistem imun yang terlalu reaktif didapati berisiko tinggi untuk mengalami kemandulan, keguguran dan kegagalan implantasi embrio semasa rawatan IVF.

Punca biasa ketidaksuburan wanita seperti endometriosis dan PCOS, dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit periodontal.

Ini menunjukkan bahawa sesuatu mengenai PCOS boleh menjadi punca terdedahnya kepada risiko penyakit gusi.

tahap kesuburan

Utamakan penjagaan gigi

Sama ada tahap kesuburan adalah faktor risiko kepada penyakit periodontal atau sebaliknya, anda sangat disarankan untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi. 

Menjaga kebersihan oral pastinya membolehkan anda mempunyai peluang lebih besar untuk memiliki zuriat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Ada kepercayaan yang kata bahawa alahan sperma boleh sukarkan wanita hamil! Adakah ia tepat atau tidak? Jom klik untuk tahu jawapannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 23/11/2020 . 3 minit bacaan

Ladies, Pernah Tak Alami Bibir Faraj Membengkak? 5 Kondisi Ini Boleh Jadi Penyebabnya

Faraj merupakan bahagian tubuh utama wanita yang mempunyai fungsi unik tersendiri. Namun, kondisi vulva bengkak boleh berlaku pada sesetengah individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Yang Dijangkiti HPV, Baca Ini Untuk Tahu Apa Kesannya Terhadap Kandungan!

Ibu yang sedang hamil dan dijangkiti HPV, ketahuilah bahawa terdapat risiko mengandung yang boleh terjadi kepada kandungan. Jom klik artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 16/11/2020 . 3 minit bacaan

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Kitaran haid adalah penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur? Adakah ubat-ubatan dapat merawatnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

fibroid ketika hamil

Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
berus gigi

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
darah haid berketul

Darah Haid Berketul Sebesar Ibu Jari? Ada Yang Normal & Ada Juga Disebabkan Masalah Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan