backup og meta

Cegah Nafas Berbau Kopi!

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    Cegah Nafas Berbau Kopi!

    Kopi adalah salah satu minuman yang paling popular bagi kebanyakan orang. Ia membuatkan kita terjaga dan memberi rangsangan tenaga yang diperlukan pada hari berkenaan. Tetapi adakah anda perasan nafas anda berbau buruk selepas mengambil secawan kopi?

    Mengapa kopi menyebabkan nafas berbau?

    Apa yang kita masukkan ke dalam mulut, ia akan menyebabkan bau nafas kita. Semakin kuat bau makanan sebelum kita memakannya, semakin kuat ia akan menyebabkan nafas kita berbau. Kopi yang mempunyai sebatian sulfur yang tinggi, adalah salah satu penyebab nafas berbau.

    Selain itu, kafein dalam kopi mengering apabila masuk ke dalam mulut. Apabila mulut tidak menghasilkan air liur yang mencukupi, mulut akan berbau kerana air liur boleh membunuh bakteria di dalam mulut. Tanpa air liur, bakteria muncuk dan menyebabkan bau mulut. Zarah makanan yang tersisa di mulut anda, yang biasanya dibersihkan oleh air liur juga menyebabkan bau.

    Salah satu sebab terakhir meminum kopi menyebabkan nafas berbau adalah kopi mempunyai bau yang sangat kuat. Digabungkan dengan bau yang lain, ini dapat menyebabkan nafas berbau lebih dahsyat. Ia juga mungkin akibat sebatian lain seperti susu dalam kopi yang anda minum menyebabkan kepada masalah ini.

    Minum kopi tanpa nafas berbau

    Sudah pasti-memberus gigi adalah cara terpantas untuk menjaga rakan sekeliling dan sentiasa ada gula-gula untuk dikunyah. 

    Sekiranya anda mendapati kopi dan ubat gigi tidak serasi, tetapi ingin bebas nafas daripada berbau kopi, itu semua berkaitan dengan keseimbangan dan variasi. Cuba tukarkan kepada teh hijau. Menurut kajian semula dalam Journal of Oral Biology, ekstrak teh hijau menghilangkan sulfur berbau busuk yang dihasilkan oleh kerosakan gigi. Penyelidik mendedahkah teh hijau membantu merangsang pengeluaran air liur yang membantu membersihkan gigi selepas makan (atau minum kopi manis). Minum air juga boleh membantu mencuci kopi juga.

    Idea yang cepat dan mudah adalah untuk membuatkan mulut menghasilkan lebih banyak air liur adalah dengan memakan epal. Ia mempunyai enzim penghasil air liur atau melawan bakteria yang menyebabkan bau. Teh halia dan yogurt juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria atau cengkih yang boleh membantu menangani maalah mulut berbau.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan