Cara Berkesan Menangani Sakit Gigi Semasa Puasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Berpuasa ketika sakit gigi memang sangat menjengkelkan. Sakit gigi biasanya disebabkan oleh kerosakan gigi seperti gigi berlubang, bernanah akibat jangkitan, gigi retak, bengkak gusi, tumbuh gigi dan sebagainya. Kesannya, anda akan merasakan sakit gigi yang bervariasi, bermula dengan yang biasa-biasa hingga yang teruk. Simptomnya juga kadang-kadang hilang dan muncul atau bahkan rasa sakit muncul secara terus menerus.  Kadang-kadang perkara ini mengganggu puasa anda.

Jadi, bagaimana jka anda berpuasa semasa sakit gigi? Jika makan/minum ubat, tentunya akan membatalkan puasa. Tapi jika tidak dirawat segera, anda akan tersiksa seharian. Sila baca penjelasan ini.

Faktor sakit gigi semasa puasa

Sakit gigi cenderung dialami semasa berpuasa, terutama bagi anda yang mempunyai gigi sensitif. Ini kerana, rongga mulut berada dalam keadaan yang lebih kering berbanding hari biasanya akibat aktiviti mengunyah yang berkurang selama berpuasa. Malah, akibat kekurang aktiviti mengunyah tersebut, pengeluaran air liur juga menjadi lebih sedikit sehingga tidak dapat melindungi gigi sensitif secara keseluruhan.

Jika sakit gigi yang anda rasakan disebabkan gigi berlubang, sebaiknya segera berjumpa doktor. Ini kerana, gigi berlubang tidak akan sembuh jika tidak mendapat rawatan di bahagian gigi tersebut, bahkan akan memburukkan keadaan gigi anda. Mengambil ubat mengurangkan rasa sakit memang boleh menghilangkan rasa sakit, namun hanya sementara sahaja. Setelah kesan ubatnya hilang, gigi tersebut akan sakit semula.

Ubat sakit gigi semasa puasa

Jangan risau, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk meredakan sakit semasa puasa tanpa perlu menelan ubat sakit gigi, sambil menunggu waktu berjumpa doktor.

1. Kumur air garam

Sambil menunggu jadual pemeriksaan doktor gigi, salah satu cara terbaik untuk meredakan sakit gigi adalah dengan berkumur air suam yang sudah dicampurkan garam. Caranya, campurkan setengah sudu makan garam ke dalam segelas air suam, kemudian berkumur beberapa saat. Selain bersifat analgesik, berkumur dengan air garam juga mampu membersikan gigi dari bakteria yang menimbulkan rasa sakit.

2. Tuam dengan ais

Ada cara mudah lainn yang boleh anda lakukan, iaitu tuam dengan ais. Masukkan ais dalam plastik kecil, lalu dekatkan plastik tersebut pada pipi atau letakkan secara langsung di kawasan gigi yang sakit selama 15 minit untuk mengebaskan saraf gigi.

3. Minyak cengkih

Cengkih adalah ubat tradisional yang mempunyai sebatian kimia utama eugenol yang berfungsi sebagai anestetik semula jadi. Sebelum meletakkan minyak cengkih ke kawasan gigi yang bermasalah, pastikan anda sudah membersihkan kawasan gigi tersebut dengan cara memberus gigi. Kemudian, tuangkan dua titis minyak cengkih pada bola kapas dan letakkan pada gigi yang bermasalah sambil ditekan selama beberapa minit sehingga rasa sakitnya hilang.

Anda boleh mendapatkan minyak cengkih ini di farmasi terdekat, jika tidak ada, gunakan serbuk cengkih atau cengkih dan letakkan pada gigi yang sakit.

4. Kumur dengan cairan hydrogen peroxide

Hydrogen peroxide adalah ubat antiseptik ringan yang boleh digunakan di kulit dan ubat pencuci mulut. Campurkan cecair hydrogen peroxide dengan air lalu kumur dalam mulut selama 1 minit. Kemudian buang dan bilas dengan air putih.

Penting: pastikan anda mencampurkan cecair hydrogen peroxide dengan air, ini kerana cecair hydrogen peroxide akan melukakan mulut dan gusi jika tidak dicampurkan dengan air.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rawat Sakit Gigi Di Rumah

    Gigi bongsu atau gigi geraham merupakan gigi yang paling akhir untuk tumbuh. Namun, kebanyakan individu mengambil keputusan untuk mengeluarkan gigi bongsu tersebut kerana tidak tahan rasa sakit gigi yang dilalui. Rasa ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 24/01/2019 . 3 minit bacaan

    Hakisan Gigi

    Definisi Apa itu hakisan gigi? Hakisan gigi (dentl erosion) adalah kerosakan enamel yang disebabkan oleh asid. Lebih terperinci, enamel adalah lapisan pelindung gigi yang keras, yang melindungi dentin sensitif ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 31/12/2018 . 2 minit bacaan

    Adakah Semua Orang Akan Tumbuh Gigi Bongsu?

    Setiap orang akan merasai tumbuh gigi bongsu. Gigi bongsu adalah gigi yang terletak di rahang atas dan bawah, yang muncul paling akhir.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 02/10/2018 . 2 minit bacaan

    Gigi Cantik & Mulut Berbau Harum Tentunya Jadi Idaman, Ini 7 Cara Pantas Untuk Jaga Kesihatan Mulut

    Tahukah anda bahawa kesihatan gigi dan mulut perlu dijaga dengan sebaiknya mengikut 7 cara yang disenaraikan ini. Baca lanjut di sini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 20/09/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit gigi berdenyut

    Kenapa Kalau Sakit Gigi Boleh Demam? Ini Punca Sebenarnya! Jangan Dibiarkan, Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
    cara hilangkan sakit gigi

    Bukan Air Garam Saja, Banyak Lagi Cara Untuk Legakan Sakit Gigi, Semuanya Di Rumah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
    gigi anak berlubang

    Anak Mengadu Sakit Gigi Sebab Berlubang? Ini Cara Mencegah Gigi Anak Rosak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/09/2019 . 3 minit bacaan
    sakit gigi

    Sakit Gigi dalam Kalangan Kanak-kanak: Bagaimana Menghadapinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 11/02/2019 . 9 minit bacaan