Ini Sebab Pandangan Sering Berbintik Jika Lihat Objek Cerah, Petanda Mata Tak Sihat?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah tak anda mengalami situasi pandangan mata anda sering berbintik-bintik hitam atau bayang-bayang kecil muncul terutamanya apabila melihat langit?

Ia mungkin sering terjadi apabila anda memandang sesuatu yang cerah, atau latar belakang berwarna yang kosong seperti langit mahupun dinding putih.

Bentuknya selalunya rawak sama ada berbintik, bergaris ataupun berbentuk sarang labah.

Tahukah anda, perkara ini dikenali sebagai floaters mata atau eye floaters.

Apa itu floaters mata?

Kebanyakan floaters mata berpunca daripada faktor usia ini boleh terjadi kerana bahan yang berjeli (vitreous) di dalam mata anda bertambah cair.

Ia sering bergerak-gerak di sekitar mata dan akan hilang jika anda cuba untuk melihatnya secara direct.

Serat mikroskopik di dalam vitreous cenderung untuk bergumpal lalu menimbulkan bayang-bayang kecil di retina. Ini dikenali sebagai floaters.

Floaters ini tidak akan menjadi masalah jika anda sudah biasa alaminya, tidak bertambah teruk dan tidak menghalang penglihatan anda.

Biasanya kejadian floaters mata ini tidak mengundang perkara yang serius kepada kesihatan mata namun sekiranya anda khuatir, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar mata.

Secara umumnya, bahan berjeli di dalam mata anda akan bertambah cair mengikut peredaran usia.

Masih keliru? Mari kita kenali kriteria-kriterianya:

  • Bintik-bintik yang bergerak seiring pergerakan mata anda dan akan hilang jika anda cuba untuk fokus kepadanya
  • Bentuknya random
  • Floaters ini lebih jelas apabila anda melihat latar belakang yang cerah seperti dinding dan langit
  • Tompok kecil yang akan bergerak ke bawah bahagian mata secara sendirinya dan menghilang

Bahayakah floaters mata terhadap kesihatan mata?

Sejauh manakah anda boleh menghiraukan kewujudan floaters mata? Benarkah ianya tidak mempunyai kesan sampingan?

bulu mata

Apabila simptom-simptom ini berlaku kepada anda, segera dapatkan nasihat perubatan daripada doktor:

  • Floaters yang membuatkan mata kabur
  • Sakit mata
  • Kejadian floaters setelah anda mengalami kemalangan
  • Bayangan hitam pada penglihatan anda
  • Eye floaters makin bertambah

Perkara-perkara di atas boleh menjadi petanda bahawa anda mungkin mengalami kecederaan pada bahagian belakang mata yang boleh membawa kepada kecacatan mata yang kekal.

Selain itu, ia boleh menjadi petanda serius bahawa berlakunya kekoyakan pada retina mata.

Seiring dengan pertambahan umur, vitreous akan mengendur dan perkara ini secara langsung akan menarik retina. Jika ia ditarik dengan kekuatan yang mencukupi, retina akan koyak.

Sekiranya hal ini tidak dirawat dengan kadar segera, cecair akan berkumpul di belakang retina dan menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal.

Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segera dapatkan rawatan daripada pakar mata sebelum keadaan bertambah melarat.

Sekiranya eye floaters anda tidak mempunyai simptom-simpton yang berbahaya seperti di atas, usah khuatir kerana ia merupakan perkara normal yang menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Bagaimanakah cara untuk kurangkan floaters?

Anda harus faham bahawa floaters mata ini sebahagian daripada mata kita. Ianya sangat normal dan terjadi kepada semua individu mengikut pertambahan umur.

Apabila floaters ini berlaku, ia akan menghilang dengan sendiri kelak. Otak anda akan sama ada menapis floaters tersebut atau tarikan graviti secara semula jadi akan menurunkannya ke bahagian bawah mata.

Kalau anda terganggu dengan kehadiran eye floaters ini, anda mungkin boleh mencuba tips-tips ini bagi mengurangkannya:

  • Pakai cermin mata hitam ketika berada di luar rumah atau semasa anda terdedah pada matahari. Ia berfungsi untuk menapis dan mengurangkan kejadian eye floaters

selaran matahari punca bawah mata hitam

  • Pasang filter pada skrin laptop atau phone jika anda banyak menggunakannya
  • Kurangkan kekuatan cahaya pada peranti elektronik anda

Secara keseluruhan, eye floaters ini normal dan tidak perlu dirisaukan kecuali berlaku simptom-simptom di atas atau perubahan pada jumlah floaters secara drastik.

Jaga kesihatan mata anda sebaik mungkin dan ingat bahawa kebanyakan floaters tidak berisiko.

Bagi memastikan kesihatan mata anda kekal pada tahap yang baik, anda boleh melakukan pemeriksaan mata secara berskala.

Pakar mencadangkan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah mata, pemeriksaan kesihatan mata boleh dilakukan setiap 10 tahun.

Bagi orang yang lebih berumur, pemeriksaan harus dilakukan dengan lebih kerap setiap tahun terutamanya bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sakit Mata Boleh Berjangkit? Ini Sebab Mengapa Tak Boleh Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

Sakit mata, dikenali juga sebagai konjunktivitis adalah keradangan atau jangkitan pada membran telus yang melapisi kelopak dan menutupi bahagian mata putih.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 04/09/2020 . 3 minit bacaan

Masalah Rabun Silau Hanya Berlaku Pada Waktu Malam Saja Ke? Bagaimana Kalau Siang Hari?

Rabun silau menjadi faktor utama anda sukar untuk melihat objek yang bercahaya terang di sekeliling anda terutamanya pada waktu malam.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Pernah Tak Terfikir Kenapa Mata Jadi Merah Dan Bengkak Selepas Menangis? Ini Sebabnya!

Hidung, mata merah dan bengkak adalah ‘rupa’ yang dialami oleh mereka yang menangis. Wajah normal ini dialami oleh semua individu yang kesedihan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Seronoknya Dapat Pakai Spek Baru, Tapi Kenapa Boleh Rasa Pening Bila Bertukar Cermin Mata Ini?

Bagi para pembaca yang memakai cermin mata, pernah tak anda berasa pening yang diakibatkan oleh kesan memakai cermin mata yang baharu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 23/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ciri-ciri kebutaan pada bayi

Ibu Ayah, Kalau Bayi Gemar Gosok Mata, Perhatikan Tanda Ini, Takut Nanti Jadi Buta!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
penyebab kebutaan secara tiba-tiba

Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah jerawat

Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Faham Kesan Sampingannya Dahulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah ketegangan mata

Tak Nak Mata Rabun Sebab Banyak Lihat Skrin? Ikut Peraturan 20-20-20 Jaga Deria Penglihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan