Nak Asmara Lebih Lama, Cuba Teknik Urutan Jelqing Untuk Besarkan Zakar Jadi Lebih POWER!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/10/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk kebanyakan lelaki, zakar mereka (khususnya saiz zakar tersebut) adalah satu aset yang paling bernilai.

Ini kerana untuk kebanyakan mereka, selain keupayaan zakar mereka untuk mengekalkan ereksi dengan lama, saiz zakar mereka juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi keyakinan diri mereka. Dalam kalangan lelaki, ianya melambangkan nilai maskulin dan juga kegagahan.

Selain itu, saiz zakar juga mempengaruhi persepsi diri seorang lelaki, rasa yakin ketika melakukan seks dan juga untuk keyakinan untuk mempamerkan diri mereka secara telanjang kepada pasangan mereka.

Disebabkan itu, kebanyakan mereka akan mencuba hampir semua alternatif termasuklah cincin zakar dan juga kaedah urut zakar yang lain daripada yang lain demi mencapai kehendak mereka – saiz zakar yang memuaskan.

Apa Itu Urut Zakar Teknik Jelqing?

urut zakar

Urut zakar teknik Jelqing ini adalah sejenis teknik urut zakar yang melibatkan urutan dan regangan zakar (mirip perbuatan melancap) bermula di bahagian tengah zakar (ketika tegang).

Melalui penggunaan daya yang sederhana atau sedikit kuat, urut zakar teknik Jelqing ini akan mengakibatkan kekoyakkan tisu pada skala mikro pada tisu dalaman zakar (micro-tear).

Matlamat teknik urutan ini adalah untuk menggalakan penghantaran darah yang kaya dengan nutrien kepada bahagian zakar, membantu proses pemulihan otot zakar (yang secara teorinya akan menjadikan saiz zakar lebih besar) selain menggalakkan darah mudah berkumpul untuk ereksi yang lebih besar dan panjang.

Teknik pegangan atau genggaman zakar adalah kunci kepada kejayaan atau kualiti kepada teknik urut zakar Jelqing ini. Sedikit berbeza dengan genggaman satu tangan yang digunakan ketika lelaki melancap, teknik urut zakar Jelqing ini menggunakan kedua-dua belah tangan.

Cara anda menggengam zakar anda adalah dengan membuat bentuk ‘OK’ dan genggam zakar anda dalam lubang tersebut.

Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa teknik urut zakar Jelqing ini berasal daripada Timur Tengah, di mana golongan bapa akan menyediakan anak-anak lelaki mereka untuk memasuki fasa dewasa dan juga fasa reproduksi.

Akibat pemahaman bahawa saiz yang besar melambangkan nilai maskulin, teknik urut zakar Jelqing ini diajarkan kepada anak-anak lelaki bagi memenuhi kriteria maskulin yang jumud ini.

Bahkan, ianya turut dikatakan bahawa perkataan slanga “jerk-off” yang bermaksud perbuatan onani atau melancap itu, berasal daripada perkataan “jelq”, singkatan kepada teknik urut zakar Jelqing.

Berikut adalah rutin urut zakar Jelqing:

Rutin persediaan urut zakar (warm-up routine):

  1. Mandi air panas atau sedikit suam.
  2. Dapatkan zakar anda dalam keadaan separa tegang (belum mencapai ereksi penuh)
  3. Balutkan zakar anda menggunakan tuala suam dalam tempoh sekitar 15 minit.

Selepas rutin persediaan selesai dilakukan, anda telah bersedia untuk memasuki fasa seterusnya – rutin urut zakar Jelqing. Oleh itu, berikut merupakan rutin teknik urut zakar Jelqing:

  1. Sapukan cecair pelincir berasaskan air pada zakar anda.
  2. Buat simbol “OK” menggunakan jari telunjuk dan ibu jari (bahagian tangan kanan)
  3. Genggam zakar anda di bahagian yang paling dekat dengan perut/tulang pelvis anda (bahagian tunjang zakar)
  4. Sambil mengekalkan kekuatan genggaman, gerakan genggaman ini perlahan-lahan ke bahagian depan/hujung zakar anda atau bahagian pembahagi (jika anda berkhatan). Pergerakan ini perlu berlaku dalam tempo yang perlahan, mengambil masa sekitar 3 saat dari dasar zakar ke bahagian hujung. Sekiranya anda rasa tidak selesa apabila sampai ke bahagian kepala zakar, elakkan atau jangan menggenggam terlalu kuat di bahagian tersebut.
  5. Tangan kiri anda seterunya akan melakukan kitaran yang sama (bermula daripada langkah 2 hingga langkah 4)
  6. Teruskan bertukar tangan sehingga anda telah mencapai sekitar 50 kitaran. Anda mungkin memerlukan bantuan pasangan anda dan bergilir-gilir melakukan teknik urut zakar ini jika anda tidak ingin terlalu penat.
  7. Jika anda ingin mencuba untuk kali pertama, mulakan dahulu dengan kitaran yang lebih rendah (20 kitaran) agar zakar anda mampu untuk bersedia dan menyuaikan tekanan daripada genggaman. Anda boleh perlahan-lahan tingkatkan bilangan kitaran Jelqing pada sesi-sesi berikutnya apabila dan sudah selesa dan mampu menahan teknik urut zakar ini.

Setelah anda selesai melakukan teknik urut zakar Jelqing tadi, anda boleh bergerak ke rutin atau fasa seterusnya – Rutin Penyudah.

Rutin penyudah (Cool-down routine):

  1. Dapatkan tuala atau secebis pakaian yang boleh menyerap haba air, rendamnya dalam air sedikit panas atau suam.
  2. Balutkan tuala atau kain tersebut tadi pada zakar anda.
  3. Berehat dan biarkan balutan pada zakar anda itu untuk tempoh sekitar 5 hingga 10 minit.

Terdapat juga satu lagi variasi dalam teknik urut zakar ini. Jika yang diatas menggunakan genggaman “O”, variasi yang disebut sebagai ‘pincher’ ini membabitkan genggaman seperti cubitan. Ibu jari di letak di bahagian bawah zakar manakala jari telunjuk diletakkan di bahagian atas. Seperti dalam teknik “O”, posisi genggaman ini digerakan daripada dasar zakar hinggalah ke bahagian hujung.

Adakah Jelqing berkesan?

Di sini di mana berlakunya perselisihan – Terdapat pakar seks dan juga segelintir daripada mereka yang pernah mencuba mengatakan ianya berkesan bukan sahaja untuk meningkatkan saiz dan ukuran zakar, bahkan prestasi tahan lama zakar mereka ketika melakukan seks.

Secara teorinya, teknik urut zakar Jelqing ini adalah sejenis senaman dan senaman yang kerap kepada zakar membantu untuk melatih zakar untuk menampung darah dan juga mengekalkan ereksi.

Di sebalik beberapa testimoni dan pembuktian melalui anekdot, tiada bukti saintifik melalui kajian rapi yang menyokong dapatan ini.

Bahkan, pembesaran zakar dan peningkatan prestasi seks melalui kaedah ini dikatakan tidak masuk akal secara biologinya dan disifatkan sebagai mitos kesihatan.

Tambahan lagi, terdapat juga doktor yang menasihati agar anda elak melakukannya kerana risiko kerosakan struktur dalaman dan tisu-tisu zakar.

Kaedah Lain Untuk Meningkatkan Saiz Zakar Selain Jelqing

urut zakar

Kaedah-kaedah fizikal lain yang turut digunakan untuk memanjangkan zakar adalah dengan penggunaan alat pam (pumping method/penis pump). Teknik ini menggunakan sejenis alat yang dipanggil VED iaitu Vacuum Erection Device.

VED berfungsi dengan menghasilkan tekanan negatif yang menyebabkan darah bergerak masuk, memenuhi dalaman zakar.

Untuk mengelakan kebocoran tekanan, balutan kedap udara di buat pada dasar zakar namun pemakaian balutan yang melebihi 30 mini berisiko untuk merosakkan tisu-tisu dan saraf dalaman zakar anda secara kekal, menyebabkan seseorang itu boleh menghidap Disfungsi Ereksi.

Selain itu, terdapat juga kaedah berasaskan pembedahan dalam memanjangkan zakar namun prosedur ini membawa risiko komplikasi yang serius dan signifikan.

Prosedur-prosedur pembedahan ini termasuklah suntikan lemak bawah kulit (subcutaneous fat injection), pembahagian ligamen suspensory (division of the suspensory ligament), suntikan fillers kulit dan juga suntikan gel silikon.

Menurut Persatuan Urologi Amerika (AUA), suntikan lemak bawah kulit tidak terbukti sebagai selamat mahupun berkesan dalam memanjangkan zakar.

AUA juga menyatakan bahawa pembahagian ligamen suspensory adalah tidak terbukti sebagai selamat. Akhir sekali, suntikan fillers ke dalam zakar adalah prosedur yang tidak diluluskan oleh di Amerika.

Hakikat prestasi dan kesihatan zakar sebenarnya bergantung kepada gaya hidup yang sihat, yakni gaya hidup yang berteraskan pemakanan yang seimbang dan juga senaman yang kerap.

Tambahan kepada langkah yang disebut tadi, tidur yang mencukupi serta pengurusan stres yang baik juga membantu untuk meningkatkan prestasi seksual zakar anda.

Selain itu, memastikan vitamin dan nutrien yang optimum membantu untuk mengekalkan fungsi badan yang baik, termasuklah fungsi dan tumbesaran zakar anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

Apakah penyakit peyronie berbahaya? Ya, ia adalah penyakit yang sangat berbahaya buat lelaki. Persoalannya, ia boleh disembuhkan hanya dengan urutan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Ekzema BUKAN Saja Boleh Jadi Pada Muka & Badan, Alat Sulit Juga Berisiko Terkena?

Tahukah anda bahawa ekzema zakar juga boleh berlaku kepada lelaki? Jom ikuti artikel ini untuk tahu punca, komplikasi dan langkah pencegahannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Zakar Memang TIADA Tulang, Tapi Kes Lelaki Berumur 63 Tahun Ini Tunjuk Sebaliknya!

Terdapat banyak masalah zakar yang boleh terjadi kepada lelaki. Ada kes di mana seorang warga emas ada tulang pada zakarnya? Jom klik untuk baca!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/09/2020 . 3 minit bacaan

Benjolan Pada Testis Mungkin Petanda Sista Epididimis? Lelaki, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

Sekiranya muncul benjolan pada testis, ia mungkin petanda penyakit sista epididimis. Ingin tahu apakah ia? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 08/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

warna zakar

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah ereksi zakar

Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
ejakulasi lelaki

Jangan Tak Tau, Lelaki Diabetes BERISIKO Alami Ejakulasi Terbalik, Ini Mungkin Punca Isteri Tak Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
balanitis adalah

Jangan Biar Jika ‘Boboi’ Anda Rasa Sakit & Bengkak, Ia Mungkin Petanda Terkena Balanitis!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan