Selain Kesuburan Isteri, Anda Mesti Tahu Sperma Suami Subur Atau Tak, Lihat Pada Warna Sahaja!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bagaimana nak kenal pasti air mani dengan sperma subur? Walaupun dengar macam mengarut, ia merupakan satu persoalan yang sering bermain di fikiran pasangan yang hendak mendapatkan anak.

Manakan tidak, mereka yang kerap kali mencuba namun belum dikurniakan cahaya mata sering mencari alternatif lain termasuklah mencuba produk yang tidak diketahui akan keberkesanannya.

Namun tahukah anda, terdapat indikator mudah seperti karakter air mani itu sendiri yang boleh memberikan maksud tertentu seperti ketidaksuburan.

Artikel ini akan mengupas perihal warna air mani dalam konteks mengenal pasti sperma subur yang boleh dijadikan panduan oleh para lelaki.

Kenapa warna air mani boleh berubah?

Sama seperti lendir pada faraj wanita, warna air mani juga boleh diterjemahkan kepada risiko keadaan kesihatan pada individu tertentu.

Suka untuk penulis ingatkan, walaupun secara amnya, air mani bagi individu sihat berwarna putih seakan-akan kelabu, ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor genetik dan pemakanan.

Jika seseorang itu mengalami perubahan warna air mani, anda tidak perlu terburu-buru mendiagnosis penyakit berdasarkan parameter tersebut semata-mata.

Terdapat indikator lain yang perlu diberi perhatian seperti gejala penyakit.

Kalau seseorang itu tidak bergejala, perubahan warna sementara itu tidak perlu diterjemahkan kepada apa-apa diagnosis.

Walau bagaimanapun, penting untuk anda tahu bila masa yang sesuai untuk ke klinik bagi pemeriksaan lanjut oleh doktor bertauliah.

Anda mungkin berminat:

Warna air mani putih atau kelabu, indikator sperma subur?

sperma subur

Perkataan subur itu sendiri boleh memberikan fahaman yang salah.

Air mani berwarna putih atau kelabu sememangnya normal dan dimiliki oleh individu sihat.

Namun, apabila berbicara tentang kesuburan lelaki, topik perbincangan lebih tertumpu kepada subjek mikroskopik.

Secara amnya, faktor-faktor seperti morfologi (bentuk), motiliti (pergerakan) dan jumlah sperma mendominasi perihal kesuburan, lebih daripada warna.

Oleh sebab itulah jika air mani anda berwarna putih dan anda masih tidak mempunyai anak walaupun sudah lama mencuba, jari tidak boleh dituding kepada isteri.

Sperma subur tidak mempunyai kaitan yang begitu kuat dengan warna air mani.

Air mani kuning atau hijau, adakah anda perlu risau?

Terdapat banyak keadaan yang boleh dikaitkan dengan air mani berwarna kuning atau hijau.

Paling ringan apabila ia berkait rapat dengan air kencing.

Seperti yang anda sedia maklum, salur keluar air mani sama dengan laluan keluar air kencing.

Jika ejakulasi berlaku selepas anda kencing, perubahan warna tersebut tidak perlu dikhuatiri.

Adakah sperma subur dengan warna tersebut? Anda tidak akan tahu tanpa pemeriksaan khusus.

Walau bagaimanapun keadaan seperti berikut juga boleh menyebabkan air mani bertukar kepada warna kuning atau hijau.

  1. Jangkitan salur kencing
  2. Jangkitan pada prostat
  3. Pembengkakan prostat
  4. Masalah kuning (jaundis)
  5. Leukocytospermia (keadaan di mana terdapat banyak sel darah putih di dalam air mani)
  6. Ambil makanan yang mempunyai pewarna. Makanan yang tinggi kandungan sulfur seperti bawang juga boleh memberi kesan.

Diagnosis tersebut kebiasaannya hadir bersama dengan simptom yang berkait rapat dengannya.

Sebagai contoh, mereka yang mengalami jaundis, turut mempunyai demam, sakit abdomen dan kesejukan.

Hanya kerana air mani anda berwarna kuning, tidak bermaksud anda mempunyai keadaan kesihatan di atas jika tidak bergejala.

Jika berwarna merah, coklat atau jingga, apa maknanya?

sperma subur

Warna merah, tidak kira secair mana pun, lazimnya merupakan tanda bahawa ada darah di dalam kandungan air mani tersebut.

Jika ia dibiarkan lama, warna tersebut akan beransur-ansur bertukar menjadi coklat melalui proses oksidasi.

Adakah peluang untuk seseorang itu mempunyai sperma sihat dan subur jika terdapat warna merah dalam air mani?

Tidak semestinya. Prosedur pengambilan tisu prostat juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam air mani anda.

Antara punca lain air mani anda berubah kepada warna merah adalah:

  1. Tekanan darah tinggi tidak terkawal (simptom lain seperti sesak nafas, hidung berdarah dan pening kepala)
  2. Jangkitan kelamin
  3. Jangkitan pada prostat
  4. Kecederaan semasa hubungan seks atau onani
  5. Kanser kemaluan (prostat, testis atau salur kencing uretra)

Jangan terkejut, ada air mani berwarna hitam! Subur ke sperma?

Sama seperti air mani berwarna merah, mereka yang mempunyai air mani hitam juga disebabkan oleh darah.

Namun darah tersebut bukan darah baru.

Faktor lain seperti pendedahan kepada elemen logam berat juga boleh menyebabkan perubahan air mani anda kepada warna hitam.

Bagaimana pula dengan kecederaan pada saraf tunjang?

Jika anda pernah terdengar ura-ura bahawa individu yang mempunyai masalah tersebut berisiko untuk mendapat air mani hitam, ia merupakan fakta.

Puncanya mungkin akibat kegagalan pada fungsi vesikel seminal.

Jadi adakah dengan warna air mani seperti ini bermakna anda tidak mempunyai sperma subur.

Suka untuk penulis ulang, tidak semestinya begitu. Pemeriksaan doktor lebih penting daripada membuat andaian yang tidak mempunyai asas kukuh.

Konklusi

Bagi mereka yang mengalami perubahan pada warna air mani, anda digalakkan untuk segera berjumpa dengan doktor terutamanya jika ia merah, coklat atau hitam.

Sperma subur atau tidak hanya boleh diketahui melalui ujian makmal yang dianalisis oleh doktor perubatan bertauliah.

Jangan memandai-mandai buat kesimpulan sendiri ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Simpan Telefon Pintar Dalam Poket Pun Boleh Jejaskan Sperma? Lelaki Sila Berwaspada!

Tidak dapat dinafikan di mana masalah sperma kaum lelaki selalu terjadi. Kenapa? Ada yang kata telefon pintar juga adalah puncanya! Jom klik untuk tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/12/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Ada kepercayaan yang kata bahawa alahan sperma boleh sukarkan wanita hamil! Adakah ia tepat atau tidak? Jom klik untuk tahu jawapannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Alahan, Pusat Kesihatan 23/11/2020 . 3 minit bacaan

Jejaka Jangan Banyak Main Telefon Sebelum Tidur, Risiko TIDAK SUBUR Tinggi

Adakah anda gemar menggunakan telefon pintar sebelum tidur? Pada masa kini, penggunaan gajet elektronik sebelum tidur sudah dianggap sebagai satu ritual.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 18/11/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

Akibat hepatitis B, pelbagai kesan akan berlaku terutamanya pada organ hati. Ada kajian kata lelaki tidak subur juga adalah komplikasinya! Jom kita klik.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 30/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sperma lelaki

7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
hikmah perkahwinan

Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
daun saderi

Orang Lelaki Elok Makan Daun Saderi? Katanya Bagus Untuk Naikkan Hormon Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/12/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan lelaki

Masalah Kesihatan Lelaki, Ada 6 Penyakit Paling Kerap Berlaku Pada Kaum Adam

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/12/2020 . 5 minit bacaan