home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Ubat Kesuburan Lelaki?

Apa yang Anda Perlu Tahu tentang Ubat Kesuburan Lelaki?

Secara tradisinya, kebanyakan individu akan mengaitkan masalah kesuburan dengan wanita. Walau bagaimanapun, daripada kira-kira 20% pasangan yang tidak subur, masalah itu adalah berpunca daripada pasangan lelaki. Jadi, anda perlu melakukan ujian untuk memastikan anda mendapat rawatan yang perlu secepat mungkin.

Berikut kami sediakan beberapa maklumat yang anda perlu tahu mengenai ubat kesuburan lelaki.

Bila lelaki perlu mengambil ubat kesuburan?

Dalam kes ini, disebabkan tahap hormon abnormal, lelaki memerlukan hormon tertentu untuk menghasilkan cukup sperma yang sihat bagi bersenyawa dengan telur. Lelaki dengan ketidaksuburan mengalami keadaan yang dipanggil hypogonadism sekunder, iaitu kira-kira 2%, satu-satunya keadaan yang boleh dirawat dengan ubat kesuburan.

Adakah Clomiphene berkesan?

Clomiphene ialah salah satu daripada ubat kesuburan yang paling biasa diberikan kepada wanita, juga dipreskripsi untuk lelaki yang mengalami ketidaksuburan.

Clomiphene menggalakkan kelenjar pituitari untuk membuat hormon yang mengarahkan testikel untuk menghasilkan testosteron dan lebih banyak sperma. Walau bagaimanapun, meskipun ia sangat efektif untuk kebanyakan wanita, namun, kajian menunjukkan bahawa Clomid cenderung memberikan kadar kejayaan yang lebih rendah untuk lelaki.

Apakah jenis ubat kesuburan lelaki?

Doktor anda akan menetapkan salah satu daripada rawatan berikut, jika anda mengalami masalah yang membabitkan ketidaksuburan lelaki disebabkan oleh tahap hormon yang tidak normal.

Human chorionic gonadotropin (hCG)

Human chorionic gonadotropin berlaku secara semula jadi hanya dalam tubuh wanita. Bentuk ubat hCG diberikan kepada lelaki melalui suntikan subkutaneus dan tersedia sebagai ubat generik. Ia digunakan untuk meningkatkan pengeluaran testosteron. Ia juga tersedia sebagai ubat jenama Novarel dan Pregnyl.

Hormon perangsang folikel (FSH)

FSH digunakan untuk membantu merangsang penghasilan sperma. Di United States, ia tersedia sebagai urofollitropin alfa lyophilisation. Ubat ini ialah versi rekombinan FSH. Follitropin diberikan melalui suntikan subkutaneus. Ia tersedia sebagai ubat jenama Follistim AQ dan Gonal-F.

Apakah keberkesanannya?

Menurut sesetengah kajian, ubat kesuburan adalah berkesan untuk lelaki. Kadar kejayaan ubat kesuburan untuk lelaki adalah jauh lebih rendah daripada wanita, jadi, ubat kesuburan tidak biasa diberikan untuk lelaki.

Apakah kesan sampingannya?

Kesan Clomiphene selalunya adalah ringan, termasuklah:

  • Loya;
  • Sakit kepala;
  • Penglihatan berubah;
  • Kenaikan berat badan;
  • Perubahan dalam nafsu seks;
  • Pening kepala;
  • Pembesaran payudara.

Rawatan dengan gonadotropins boleh menyebabkan:

  • Sakit pada tapak suntikan;
  • Pembesaran payudara;
  • Jerawat;
  • Perubahan dalam nafsu seks.

Dalam masalah yang serius, seseorang lelaki yang sensitif dengan isu ini mungkin akan menjadi stres, jadi anda perlu memberi sokongan dan menggalakkan pasangan anda untuk bercakap mengenai perasaannya. Jika rawatan ubat kesuburan lelaki tidak berfungsi untuknya, terdapat beberapa pilihan lain. Sila berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan. Sebaik-baiknya, dapatkan konsultasi daripada doktor anda untuk lebih maklumat.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Fertility drugs for men. http://www.babycenter.com/0_fertility-drugs-for-men_4090.bc. Accessed September 3, 2016

Male infertility treatments. http://www.webmd.com/men/features/male-infertility-treatments. Accessed September 3, 2016

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 13/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor