9 Kebaikan Tongkat Ali Buat Lelaki, Bukan Setakat Tambah ‘Power’ Di Ranjang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tongkat Ali atau nama saintifiknya, Eurycoma Longifolia sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. Namun, tahukah anda, apakah khasiat mengambil minuman tenaga tersebut?

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Apakah Tongkat Ali?

Eurycoma longifolia atau Tongkat Ali adalah pokok renek malar hijau yang tinggi yang biasa dijumpai di Asia Tenggara.

Lelaki-lelaki di Malaysia mendakwa bahawa teh yang diperbuat daripada tumbuhan ini meningkatkan keupayaan seksual dan kejantanan mereka.

Akibatnya, tumbuhan ini mempunyai permintaan tinggi sehingga kini dianggap sebagai spesies “dilindungi”.

Tongkat Ali adalah ubat herba yang telah menjadi sebahagian daripada ubat tradisional Asia Tenggara selama berabad-abad lamanya.

Ia sering digunakan untuk merawat pelbagai penyakit, termasuk demam, disfungsi ereksi, dan jangkitan bakteria.

Kajian menunjukkan bahawa Tongkat Ali boleh meningkatkan kesuburan lelaki, melegakan tekanan, dan meningkatkan komposisi badan, tetapi penyelidikan dalam bidang ini adalah terhad.

Selain akar dan kulit Eurycoma longifolia digunakan untuk merawat disfungsi ereksi (ED), ia turut digunakan untuk meningkatkan minat seks, kemandulan lelaki, meningkatkan prestasi atletik, membina badan, dan mengurangkan lemak badan.

Eurycoma longifolia juga digunakan untuk demam, malaria, ulser, tekanan darah tinggi, batuk kering, sakit tulang, batuk, cirit-birit, sakit kepala, sifilis, dan kanser.

Khasiat Tongkat Ali

Boleh meningkatkan tahap testosteron dan meningkatkan kesuburan lelaki

tongkat ali

Potensi Tongkat Ali untuk meningkatkan testosteron pada lelaki dengan tahap hormon seks utama yang rendah ini telah diketahui dan didokumentasikan dengan baik.

Testosteron yang rendah boleh terjadi akibat penuaan, kemoterapi, rawatan radiasi, ubat-ubatan, kecederaan atau jangkitan buah zakar, dan lain-lain.

Kesan tahap testosteron yang tidak mencukupi termasuk libido rendah, disfungsi ereksi, dan dalam sesetengah kes, ketidaksuburan.

Oleh kerana sebatian dalam Tongkat Ali boleh meningkatkan testosteron yang rendah, ia dapat merawat masalah ini.

Kajian selama 1 bulan dalam 76 lelaki yang lebih tua dengan testosteron rendah mendapati bahawa mengambil 200mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari secara signifikan meningkatkan tahap hormon ini kepada nilai normal pada lebih daripada 90% peserta.

Tambahan lagi, kajian dalam kedua-dua haiwan dan manusia menunjukkan bahawa mengambil Tongkat Ali boleh meningkatkan rangsangan seksual dan boleh memperbaiki disfungsi ereksi pada lelaki.

Akhir sekali, Tongkat Ali boleh meningkatkan motiliti dan kepekatan sperma, meningkatkan kesuburan lelaki.

Minuman tenaga yang boleh mengurangkan stres

Tongkat Ali boleh mengurangkan hormon stres dalam badan anda, mengurangkan kebimbangan, dan meningkatkan mood.

Satu kajian pada tahun 1999 mengenal pasti kemungkinan peranan ubat ini dalam merawat masalah mood.

Mereka mendapati bahawa khasiat Tongkat Ali adalah setanding dengan ubat anti-keresahan yang biasa dalam mengurangkan gejala kegelisahan pada tikus.

Kesan yang sama telah dilihat pada manusia, tetapi penyelidikan adalah terhad.

Anda mungkin berminat:

Boleh memperbaiki komposisi tubuh

minuman tenaga

Khasiat Tongkat Ali sering didakwa mampu meningkatkan prestasi atlet dan meningkatkan jisim otot.

Ini kerana ia mengandungi sebatian yang dipanggil quassinoids, termasuk eurycomaoside, eurycolactone, dan eurycomanone.

Ia boleh membantu badan anda menggunakan tenaga dengan lebih cekap, mengurangkan keletihan, dan meningkatkan daya tahan.

Dengan kata lain, suplemen boleh bertindak sebagai bantuan ergogenik, yang merupakan bahan yang boleh meningkatkan prestasi fizikal dan memperbaiki komposisi tubuh.

Kajian kecil yang dijalankan selama 5 minggu dalam 14 lelaki mendapati bahawa mereka yang mengambil 100 mg ekstrak tongkat ali setiap hari mengalami peningkatan yang lebih besar dalam jisim tanpa lemak berbanding daripada mereka yang mengambil plasebo.

Mereka juga kehilangan lebih banyak lemak berbanding peserta dalam kumpulan plasebo.

Kesan sampingan yang mungkin ada

Beberapa kajian tentang penggunaan Tongkat Ali pada manusia sebagai minuman tenaga tidak melaporkan apa-apa kesan sampingan.

Satu kajian menyatakan bahawa mengambil 300 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari adalah selamat seperti mengambil plasebo.

Kajian-kajian lain menunjukkan bahawa dengan mengambil hingga 1.2 gram ekstrak Tongkat Ali setiap hari adalah selamat untuk orang dewasa.

Namun begitu, jumlah ini tidak digunakan dalam penyelidikan.

Tambahan pula, tiada kajian mengkaji penggunaan jangka panjangnya, menjadikannya tidak jelas sama ada suplemen tersebut selamat pada tempoh yang lebih lama.

Eurycoma longifolia adalah selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah perubatan sehingga 9 bulan.

Tetapi ia tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah atau kuantiti yang besar.

Sesetengah makanan tambahan atau suplemen Tongkat Ali dari Malaysia didapati mengandungi merkuri atau plumbum.

Sejenis dadah yang digunakan untuk merawat disfungsi ereksi yang dikenali sebagai sildenafil (Viagra) juga telah ditemui dalam beberapa makanan tambahan atau suplemen tongkat ali.

Mengambil terlalu banyak Tongkat Ali boleh menyebabkan keracunan merkuri atau plumbum atau kesan sampingan yang lain.

Lebih-lebih lagi, satu kajian yang mengkaji mengenai kandungan merkuri 100 suplemen Tongkat Ali dari Malaysia mendapati bahawa 26% mempunyai tahap merkuri yang lebih tinggi daripada had yang disyorkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jintan Manis dan Fungsinya yang Bukan Sekadar Rempah Dapur

Manfaat daripada kedua-dua bebawang dan biji jintan manis adalah disebabkan oleh antioksidan dan sebatian tumbuhan yang kuat yang dimilikinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/08/2019 . 8 minit bacaan

9 Manfaat Ketumbar Terhadap Kesihatan Yang Terbukti Secara Saintifik! #6 Mengejutkan

Ketumbar selalu digunakan dalam masakan orang kita. Tahukah anda bahawa wujud banyak manfaat ketumbar terhadap kesihatan yang terbukti secara saintifik?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/08/2019 . 3 minit bacaan

Daun Sirih: Bermanfaat atau Tidak kepada Anda?

Daun sirih pernah menjadi sebagai satu makanan wajib yang perlu ada di rumah-rumah masyarakat Malaysia terutamanya bagi orang-orang Melayu dan India

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 07/08/2019 . 8 minit bacaan

Minuman Tenaga Tinggi Kafein, Bukan untuk Remaja

Laporan pada tahun 2018 mendapati bahawa lebih daripada 40 peratus remaja Amerika Syarikat telah mengambil minuman tenaga dalam tempoh tiga bulan lepas.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 02/07/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

daun kapal terbang

Minum Air Rendaman Kapal Terbang Boleh Rawat Kencing Manis? Jangan Buat BAHAYA!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
kacip fatimah

Khasiat Kacip Fatimah Diperakui, Tapi Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu Boleh Makan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/08/2020 . 3 minit bacaan
teh bunga raya

Pernah Dengar Teh Bunga Raya? Jika Belum, Ini Manfaat Yang Perlu Anda Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 13/11/2019 . 2 minit bacaan
kebaikan halba

Halba Dan Keistimewaannya Pada Kesihatan, Ia Juga Boleh Menghalang Kanser Kolon? Wow!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 20/08/2019 . 3 minit bacaan