Klitoris Vs G-Spot: Apakah Perbezaannya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Apakah itu klitoris?

Klitoris (kelentit) berada puncak vulva di atas uretra dan bukaan faraj. Klitoris adalah sensitif terhadap sentuhan. Ia boleh memberikan keseronokan yang hebat kepada wanita jika dirangsang. Orgasme klitoris adalah perkara yang benar walaupun bersama atau tanpa penetrasi faraj.

Apakah itu G-Spot

Saintis Beverly Whipple percaya bahawa G-spot tidak harus diajar sebagai satu entiti anatomi. Beliau mencadangkan bahawa G-spot adalah sesuatu yang boleh dirasai melalui dinding hadapan faraj, tetapi tidak semestinya berada di dinding faraj. Secara mudahnya, G-spot bukanlah perkara yang fizikal tetapi lebih rumit daripada itu. Kajian telah membuktikan bahawa keseronokan tersebut yang dirasai semasa rangsangan kawasan yang dikatakan G-spot sebenarnya melibatkan dinding hadapan faraj, kelenjar Skene (prostat wanita) dan kawasan klitoris.

Setiap wanita adalah berbeza

Tanpa mengira anatomi yang mungkin serupa, setiap wanita mempunyai struktur dalaman yang berbeza. Jika anda tidak pernah mengalami orgasme faraj, badan anda berkemungkinan distruktur dalam bentuk yang khusus. Klitoris dan G-spot anda mungkin tidak dijadikan untuk sensitif terhadap rangsangan seperti orang lain. Tahap sensitiviti anda bergantung kepada bagaimana kawasan klitoris, uretra dan faraj anda distruktur. Wanita dengan kawasan tersebut yang luas adlaah lebih berkemungkinan mempunyai orgasme faraj berbanding orang lain. Saintis menjelaskan bahawa kawasan yang lebih luas bermakna lebih banyak saluran darah, otot dan kelenjar yang meningkatkan sensitivitinya.

Ramai wanita memerlukan rangsangan lebih untuk mencapai orgasme. Walau bagaimanapun, hanya kerana mereka mempunyai struktur yang berbeza, tidak bermakna badan mereka bermasalah. Mereka juga tidak mempunyai disfungsi seksual. Memandangkan setiap setiap orang adalah berbeza, anda harus berbincang dengan pasangan tentang apa yang membuatkan anda selesa (lokasi, jumlah tekanan, dsb.). Komunikasi ialah kunci kepada kejayaan hubungan intim. Selain itu, orgasme jarang berlaku dengan sendiri. Anda harus mencarinya. Belajar cara badan anda berfungsi, apa yang membuatkan anda terangsang, dan bagaimana untuk mencapainya. Kebanyakan orang cenderung untuk memfokuskan pada orgasme sedangkan fokus harus diberikan kepada keghairahan dan keseronokan.

Mana satu lebih menyeronokkan: Orgasme faraj atau klitoris?

Tidak ada bukti, sekurang-kurangnya bukti saintifik, untuk membuktikan bahawa orgasme faraj lebih menyeronokkan. Malah, banyak wanita yang melaporkan keseronokan yang kuat dari rangsangan klitoris berbanding jenis rangsangan yang lain. Orgasme faraj adalah hanya sejenis orgasme yang lain, bukannya jenis yang lebih baik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 5, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut