backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Mengapa Orang Dewasa Perlu Minum Susu Tepung? Ini 4 Khasiatnya Ramai Orang Tak Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

Mengapa Orang Dewasa Perlu Minum Susu Tepung? Ini 4 Khasiatnya Ramai Orang Tak Tahu

Mungkin ramai yang sangka susu formula atau susu tepung hanya sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak sahaja. Namun, bagaimana pula dengan orang dewasa atau warga emas? 

Nanti dulu, memang ada kebaikan susu tepung kepada kita yang dewasa!

Apa yang penting, anda perlu tahu cara untuk memilih produk susu tepung dewasa yang sesuai untuk keperluan tubuh anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Keperluan nutrisi utama untuk orang dewasa

Pengambilan diet dan nutrisi yang cukup sangat penting bagi memastikan tubuh badan kita kekal sihat dan kuat. Ia mustahak untuk mengelakkan kita daripada mengalami kekurangan nutrien-nutrien penting.

Diet yang tidak seimbang boleh menjejaskan pengambilan nutrien dan mengakibatkan pelbagai simptom seperti1:

  • Selalu rasa letih dan lesu
  • Proses penyembuhan yang lebih perlahan
  • Masalah pada kulit, kuku dan rambut
  • Isu otot dan tulang yang lemah

Selain air, protein, karbohidrat dan lemak yang sering ditekankan sebagai nutrien penting tubuh, ada beberapa lagi nutrien yang juga penting, tetapi kurang dibicarakan. Pun begitu, khasiatnya mungkin sama malah jauh lebih penting untuk keperluan orang dewasa.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat 4 jenis nutrien yang penting untuk orang dewasa termasuk:

Serat

Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, 95% individu dewasa tidak makan cukup sayur-sayuran dan buah-buahan yang merupakan sumber utama serat2.

Sedangkan, ia memainkan peranan penting dalam badan antaranya serat membantu meregulasikan penggunaan gula di dalam badan. Ini sekali gus memastikan kadar gula dalam darah terkawal serta mencegah diri daripada kelaparan yang menyumbang kepada tabiat makan tidak sihat3.

Potasium

Ia merupakan mineral yang membantu otot untuk berkontraksi, meregulasikan keseimbangan cecair dan mineral di dalam sel tubuh badan. Dalam pada itu, potasium juga mampu mengekalkan tekanan darah kekal di paras normal4.

Tinjauan Garam Komuniti Malaysia (MyCoSS) pada tahun 2019 menunjukkan kadar pengambilan potasium adalah sangat rendah terutama dalam kalangan orang dewasa di negara ini5

Kalsium

Ia merupakan salah satu jenis mineral yang paling banyak dalam badan. Kalsium amat penting untuk perkembangan serta pemulihan tulang dan gigi selain memastikan otot, saraf, jantung dan sistem lain di dalam badan berfungsi dengan lebih baik6.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2016 menunjukkan prevalens pengambilan kalsium bersama niacin, folat dan vitamin adalah tidak mencukupi bagi kesemua golongan umur dan jantina7.

Vitamin D

Vitamin ini sering kali dikaitkan dengan penyerapan kalsium serta penting bagi tulang dan gigi. Namun, ramai yang mungkin terlupa, ia juga termasuk nutrien penting dalam sistem sokongan untuk imunisasi tubuh badan manusia8.

Malangnya, laporan kajian pada tahun 2022 menunjukkan rakyat Malaysia memiliki status pengambilan nutrien vitamin D yang sangat rendah9.

kepentingan serat
Kepentingan serat larut dan tidak larut.

Maka, rakyat Malaysia terutama orang dewasa dan warga emas perlu lebih mengutamakan nutrisi-nutrisi di atas ini bersama beberapa nutrien lain untuk membantu anda menjalani usia di hari tua dengan lebih baik!

Keseimbangan dalam diet untuk orang dewasa

Persoalannya, dari mana kita semua boleh mendapatkan nutrisi serat, potasium, kalsium, vitamin D dan pelbagai lagi nutrien penting yang lain ini? Ya, tentu sahaja daripada amalan diet yang sihat lagi seimbang!

Ketahuilah bahawa ketidakseimbangan dalam diet akan membawa mudarat kepada tubuh badan anda. Sesuatu yang mungkin mudah seperti tidak makan secara sihat, boleh mengundang kualiti hidup yang tidak baik1.

Buat anda yang mungkin tidak tahu atau keliru tentang keperluan nutrisi dalam diet dan tubuh badan, segera berjumpa dan berbincang dengan pakar pemakanan bagi mendapatkan maklumat serta nasihat yang sangat diperlukan1.

Untuk mengamalkan diet seimbang, apa kata anda cuba memasukkan produk susu tepung dewasa ke dalam diet seharian?

susu tepung
Susu formula untuk kita semua.

Kepentingan susu tepung untuk orang dewasa

Ketika masih di usia kanak-kanak, majoriti kita akan mendapat khasiat daripada sumber susu / tenusu dalam diet harian untuk memastikan tubuh badan mendapat nutrisi diperlukan secukupnya.

Apabila menginjak umur dewasa, kita mula beralih kepada cara pemakanan mengikut piramid makanan dan saranan suku-suku separuh bagi mendapatkan nutrien penting untuk tubuh badan.

Pun begitu, tahukah anda bahawa pengambilan susu tepung dewasa juga amat penting?

Stigma masyarakat kita, susu tepung hanya untuk kanak-kanak. Tidak! Ia sesuai untuk segenap lapisan usia termasuk orang dewasa dalam usaha untuk membantu memenuhi nutrisi seperti dinyatakan di atas tadi10.

Apa yang lebih menarik, terdapat banyak lagi nutrien penting yang boleh diperolehi dari diet termasuk susu tepung seperti berikut11:

  • Protein
  • Lemak
  • Zat besi
  • Zink
  • Fosforus
  • Folat
  • Magnesium
  • Selenium
  • Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B12

Disebabkan itu juga, kita sangat disarankan untuk mengamalkan diet sihat dan seimbang. Maka, anda boleh mempertimbangkan pengambilan susu tepung untuk orang dewasa dan warga emas.

susu tepung
Susu juga dirumus untuk membantu memenuhi keperluan nutrien tubuh badan.

“Kesemua struktur komponen tubuh badan kita termasuk otot, tulang serta tisu sangat memerlukan pengambilan nutrisi terutama vitamin, mineral, mikronutrien dan makronutrien,10” jelas Pakar Diet, Julia Zumpano.

Antara produk susu tepung yang sesuai buat anda!

Sebagai orang dewasa dan warga emas, nutrisi daripada diet seharian anda perlu menjadi keutamaan bagi menjaga tubuh badan.

Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan pengambilan produk susu formula sesuai kehendak dan kriteria!

Anlene dikenali sebagai jenama susu tepung dewasa nombor satu di Malaysia, kini telah memperkenalkan rangkaian minuman terbaharu, Anlene Total 10!

Anlene Total 10 dirumus secara saintifik dengan 28 ramuan bermanfaat termasuk kalsium, kolagen, protein, zat besi dan zink, inulin, vitamin (A, B2, B6, B12, C, D, E) serta MFGM Active; nutrien penting yang diperlukan untuk orang dewasa dan warga emas.

Bukan sahaja nutrien yang mencukupi penting demi membantu menjaga kebaikan otot dan tulang, tetapi juga untuk membantu menyokong sistem pertahanan tubuh badan yang kuat. Tulang dan otot yang kuat bersama sistem pertahanan yang sihat penting untuk penuaan yang sihat11.

Sesuai untuk orang dewasa dan warga emas yang ingin kekal cergas di usia tua, Anlene Total 10 boleh dijadikan antara pilihan minuman harian. Mari  menuju ke arah kehidupan yang lebih baik, kuat serta sejahtera.

BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan