Bolehkah Pengambilan Suplemen Menggantikan Senaman?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 20/01/2020
Share now

Kebanyakan individu mahukan badan yang cergas. Tetapi tidak semua mahu meluangkan masa untuk melakukan senaman. Tetapi bagaimana jika pengambilan suplemen dapat menjadikan badan anda cergas tanpa bersenam?

Manfaat senaman tanpa bersenam?

Terdapat penyelidikan mendakwa bahawa seseorang individu itu boleh mendapatkan manfaat kecergasan daripada bersenam tanpa perlu melakukannya. Haaa…bunyi macam pelik, bukan? Adakah ia boleh berlaku?

Terdapat satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan saintis dari University of Michigan ke atas tikus dan lalat. Ia bertujuan untuk melihat kesan sejenis protein yang dinamakan Sestrin, dalam memberikan impak kepada badan haiwan dan serangga tersebut.

Untuk kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications ini, para saintis telah mencipta ‘treadmill’ khas untuk lalat, yang mana akan membuatkan serangga ini mempunyai kecenderungan semula jadi untuk naik ke atas dari tiub ujian. Kumpulan lalat dalam ujian ini dipaksa untuk berjalan selama tiga minggu. 

Analisis kajian

Melalui satu kajian yang dilakukan kepada tikus dan lalat ini, penyelidik mencadangkan bahawa apabila kedua-dua haiwan dan serangga ini dipaksa untuk menghasilkan Sestrin yang dikeluarkan sewaktu melakukan senaman, ia akan membuatkan tikus dan lalat lebih cergas. 

Bagi kumpulan lalat yang dilakukan pengubahsuaian untuk menghentikan proses badannya daripada menghasilkan Sestrin, ia langsung tidak dapat meningkatkan kecergasan diri atau membakar lemak tidak kira betapa banyak senaman dilakukan. 

Hasil yang sama juga diperolehi daripada ujian yang dijalankan kepada tikus. Di mana tikus yang telah diubahsuai dan tidak boleh menghasilkan Sestrin, ia tidak dapat meningkatkan kecergasan atau membakar lemak apabila ia melakukan senaman. 

Manakala bagi kumpulan haiwan dan serangga uji kaji yang diberikan Sestrin, kedua-duanya mendapat kecergasan dan boleh membakar lemak dengan banyak walaupun tanpa melakukan sebarang senaman.

Penghasilan Sestrin

Menurut ketua penyelidikan, Dr Myungkin Kim, “Para penyelidik sebelum ini telah mengkaji bahawa protein Sestrin akan terhasil dan terkumpul di dalam otot selepas seseorang melakukan senaman.“

Sestrin merupakan sejenis protein yang dihasilkan dalam badan manusia. Menerusi kajian yang dilakukan, penyelidik mencadangkan dengan memaksa badan untuk menghasilkan atau mendapatkan Sestrin melalui suplemen, akan menjadikan seseorang individu itu lebih cergas tanpa perlu bersenam. 

Dr Myungkin dan rakan-rakan penyelidiknya percaya bahawa pengeluaran Sestrin semasa bersenam adalah satu penghasilan yang memberikan manfaat kepada badan. Senaman juga membantu meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak, kulit dan organ penting serta menguatkan otot dan tulang.

Bersenam vs suplemen

Selain itu, bersenam juga dapat membantu meningkatkan keupayaan paru-paru untuk membawa masuk oksigen, serta menjadikan jantung dan arteri untuk berfungsi dengan lebih baik dalam mengepam darah ke seluruh badan.

Malahan, beliau tidak menafikan bahawa senaman akan dapat membantu kebanyakan individu untuk kekal langsing dan dalam masa yang sama dapat menurunkan risiko penyakit seperti diabetes jenis 2 serta kanser. 

Walau bagaimanapun, kebanyakan individu di dunia ini tidak melakukan senaman yang mencukupi. Bagi sesetengah individu yang disebabkan faktor usia yang lanjut atau berpunca daripada penyakit seperti masalah penyakit neuron motor, ia mengakibatkan otot tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Oleh sebab itu, para penyelidik sedang dalam usaha untuk mencari kaedah dan cara yang dapat membantu memberikan manfaat senaman tanpa memerlukan seseorang individu itu untuk bersenam dan antara cadangannya adalah untuk menghasilkan suplemen.

Walau bagaimanapun, penyelidik memberitahu untuk menghasilkan suplemen Sestrin adalah mustahil. Ini kerana molekul Sestrin adalah terlalu besar dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai suplemen. Sehingga kini kajian lanjut masih dilakukan bagi mencari cara terbaik. 

Berapa banyak senaman diperlukan?

Jadi buat masa ini, masih tidak terdapat sebarang suplemen yang boleh menggantikan atau memberikan manfaat senaman kepada anda dan anda masih perlu untuk bersenam bagi mengekalkan kecergasan diri.

Berapa banyak senaman yang perlu dilakukan bagi menjadikan diri sentiasa cergas? Berikut merupakan cadangan jumlah senaman yang perlu dilakukan setiap hari bagi individu dewasa yang berusia antara 19 hingga 64 tahun untuk kekal sihat dan aktif.

  • Lakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana seperti berbasikal atau berjalan pantas pada setiap minggu
  • Lakukan senaman kekuatan untuk dua hari atau lebih dalam seminggu. Pilih senaman yang menggerakkan semua otot utama seperti kaki, pinggul, belakang badan, perut, bahagian dada, bahu dan lengan

Atau anda boleh memilih untuk melakukan:

  • 75 minit aktiviti fizikal berintensiti tinggi seperti berlari atau bermain tenis perseorangan pada setiap minggu
  • Lakukan senaman kekuatan untuk dua hari atau lebih dalam seminggu. Pilih senaman yang melibatkan semua otot utama seperti kaki, pinggul, belakang badan, perut, bahagian dada, bahu dan lengan

Jika tidak, anda boleh melakukan senaman seperti:

  • Gabungan aktiviti fizikal berintensiti sederhana dan tinggi pada setiap minggu. Sebagai contoh, dua kali berjalan pantas untuk tempoh 30 minit bersama aktiviti berlari untuk tempoh 30 minit yang bersamaan lebih kurang 150 minit aktiviti fizikal
  • Anda juga perlu melakukan senaman kekuatan untuk dua hari atau lebih dalam seminggu. Pilih senaman yang melibatkan semua otot utama seperti kaki, pinggul, belakang badan, perut, bahagian dada, bahu dan lengan

Satu peraturan senaman yang baik adalah di mana satu minit senaman aktiviti berintensiti tinggi dapat memberikan manfaat senaman seperti melakukan dua minit senaman berintensiti sederhana.

Cara bagi melengkapkan tempoh waktu senaman sebanyak 150 minit seminggu adalah dengan melakukannya secara 30 minit bagi lima sesi senaman setiap minggu. 

Akhir kata

Melakukan senaman adalah satu aktiviti yang baik dan amat digalakkan untuk dilakukan buat semua peringkat usia. Anda tidak boleh menggunakan faktor usia atau keadaan fizikal seperti sedang mengandung sebagai alasan untuk tidak bersenam.

Ini kerana terdapat jenis senaman yang sesuai untuk dilakukan berdasarkan peringkat usia, keadaan fizikal atau kesihatan. Tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor sebelum memilih untuk melakukan sebarang aktiviti senaman.

Perkara paling penting yang harus sentiasa diingat adalah untuk tidak melakukan sebarang senaman sekiranya anda berasa tidak sihat atau keletihan. Jika anda terus memaksa diri anda, ia cenderung untuk menyebabkan masalah lain untuk berlaku. Pastinya anda tidak mahu keadaan seperti itu untuk berlaku, jadi usah memaksa diri sekiranya tidak sihat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Cara Mengetatkan Miss V Yang Paling Efektif, Pasti Suami Tak Lari!

    Selain melakukan pembedahan, ada juga cara mengetatkan faraj lain yang lebih efektif iaitu senaman kegel. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Ini Salah Faham Tentang Senaman Yang Menjadi Kepercayaan

    Bersenam antara cara terbaik memperbaiki tahap kesihatan secara menyeluruh. Tetapi terdapat beberapa salah faham mengenai senaman yang menjadi ikutan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Hidup Sihat Tanpa Diet. Boleh ke?

    Berikut merupakan nasihat pakar makanan yang boleh diguna pakai bagi mencapai tahap kesihatan ideal. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Percaya Atau Tidak, Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser

    Terdapat satu kajian yang menyatakan, individu yang kerap berjalan kaki mempunyai kemungkinan yang lebih rendah untuk mendapat tujuh jenis kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

    Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/04/2020
    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/03/2020
    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 6 Lagi Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 6 Lagi Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/02/2020
    Kesan Asid Folik Dan Zink Kepada Tahap Kesuburan Lelaki

    Kesan Asid Folik Dan Zink Kepada Tahap Kesuburan Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/01/2020