Apakah Punca Disfungsi Erektil (Mati Pucuk)?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Disfungsi erektil (mati pucuk) adalah kegagalan seorang lelaki untuk memulakan ereksi atau mengekalkan ereksi sehingga cukup untuk melakukan hubungan seksual.

Gagal untuk ereksi sekali-sekala adalah normal bagi lelaki. Namun, jika berlaku secara berterusan, ia boleh menyebabkan tekanan dan menjejaskan keyakinan diri serta mungkin boleh merosakkan rumah tangga.

Jadi, apakah punca disfungsi erektil?

Ia terbahagi kepada dua, iaitu punca fizikal dan psikologikal.

Punca fizikal

Penyakit-penyakit berikut boleh menyebabkan disfungsi erektil:

  • Penyakit jantung
  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Obesiti
  • Diabetes
  • Penyalahgunaan dadah atau alkohol
  • Komplikasi pembedahan di kawasan pelvis
  • Masalah tidur
  • Sesetengah ubat-ubatan

Punca psikologikal

Otak memainkan peranan penting dalam membolehkan proses ereksi untuk berlaku. Punca psikologikal juga tidak kurang kerap berlaku hampir sama banyak dengan punca fizikal.

Ia termasuk:

  • Kemurungan, kebimbangan atau keadaan kesihatan mental yang lain
  • Stres
  • Masalah rumah tangga disebabkan stres, masalah komunikasi atau masalah-masalah yang lain

Masalah disfungsi erektil ini adalah masalah yang serius. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan dan nasihat perubatan dari doktor di hospital. Jika tidak dibendung, stres dan tekanan yang anda hadapi akan semakin bertambah dari hari ke hari sehingga akhirnya menjejaskan kehidupan rumah tangga dan sosial anda secara umum.

Kini, banyak pusat perubatan yang menyediakan nasihat dan rawatan kepada masalah ini. Jangan risau, ia adalah masalah yang boleh diuruskan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut