backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Isteri Geram Suami Makin Hambar Dalam Kamar, 9 Makanan Ini Kena Elak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    Isteri Geram Suami Makin Hambar Dalam Kamar, 9 Makanan Ini Kena Elak!

    Hubungan seks adalah salah satu daripada kunci paling penting dalam memastikan serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Ia perlu didorong oleh keinginan seksual lelaki mahupun wanita, yang akan memacu kepada kehidupan seks yang lebih sihat, sempurna dan sejahtera!

    Tahap libido lelaki merupakan indikator yang paling utama. Tanpanya, maka hambarlah projek asmara kalian di kamar tidur.

    Ia sebenarnya mempunyai kaitan dengan pemakanan kaum Adam. Jom ikuti artikel ini untuk tahu jenis-jenis makanan yang mampu membunuh keinginan seksual lelaki. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Makanan yang mampu membunuh keinginan seksual lelaki

    keinginan seksual lelaki

    Hakikatnya, terdapat banyak jenis makanan dan juga minuman yang boleh membunuh keinginan seksual lelaki tanpa kita sedar. Ingin tahu apakah ia? Sila teruskan pembacaan kalian okay!

    #1. Produk tenusu

    Intoleransi laktosa yang disebabkan oleh pelbagai jenis produk tenusu seperti susu, keju, mentega dan lain-lain adalah salah satu daripada punca utama libido lelaki terjejas.

    Menurut ramai pakar, kebanyakan lelaki tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya mengalami kondisi ini lalu terjejas libido tanpa disedari.

    Hakikatnya, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang diperbuat daripada produk tenusu seperti susu, keju ataupun coklat untuk memastikan kemahuan seksual anda berada pada tahap yang baik!

    #2. Makanan yang bergoreng & berminyak

    keinginan seksual lelaki

    Makanan bergoreng yang popular seperti kentang dan ayam goreng memang menjadi kegemaran kaum Adam.

    Pun begitu, ia sebenarnya akan mendatangkan kesan negatif terhadap keinginan seksual lelaki.

    Ini kerana kandungan minyak masak yang digunakan ketika menggoreng makanan mampu merendahkan paras hormon testoteron lelaki.

    Maka, sila kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak ini ya?

    Lelaki kena elak #3. Udang

    Udang sememangnya antara makanan yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral.

    Namun begitu, ia juga mungkin mengandungi 4-hexylresorcinol iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan untuk mengawet dan mengekalkan warnanya!

    Bahan ini adalah berbahaya buat kehidupan anda kerana ia mampu mengurangkan libido lelaki.

    #4. Buah beri

    Ya, buah-buahan sememangnya mempunyai nutrisi dan khasiat yang baik buat kesihatan.

    Pun begitu, terdapat beberapa buah seperti aneka buah beri yang mungkin mengandungi kandungan bahan kimia seperti estrogen yang digunakan untuk mengawet buah tersebut.

    Sebaiknya, cari atau petik sahaja buah-buahan yang anda ingin makan dengan sendiri untuk mengelakkan buah yang telah diawet dengan bahan kimia berbahaya.

    #5. Bertih jagung

    Anda mungkin tidak pernah menyedarinya namun bertih jagung bukanlah makanan yang sihat buat lelaki.

    Ini kerana ia mengandungi asid perfluorooctanoic yang mampu menganggu sistem endokrin dan menjejaskan keinginan seksual anda.

    Dalam pada itu lagi, asid ini mampu memberi kesan buruk terhadap kesuburan wanita.

    Dalam erti kata yang lain, bertih jagung sememangnya makanan yang banyak memberi implikasi kepada kehidupan seksual anda dan pasangan.

    keinginan seksual lelaki

    #6. Daun pudina

    Di sebalik kegunaannya untuk menghilangkan nafas berbau dan pelbagai lagi manfaatnya, ia mungkin memberi kesan kepada libido lelaki.

    Ini kerana kandungan mentol yang sejuk mampu menjejaskan kemahuan seksual anda. Jadi, kurangkan pengambilan daun pudina bagi kehidupan seks yang lebih sihat.

    Lelaki harus elak #7. Kopi

    Kopi dikenali dengan kandungan kafein yang tinggi dan mampu membuatkan individu yang meminumnya lebih bertenaga.

    Pun begitu, ia sebenarnya akan memberi kesan kepada libido lelaki kerana ia mungkin membuatkan anda lebih bertenaga namun lebih cepat penat. Ini sekali gus akan menjejaskan keinginan seksual anda.

    Lelaki harus elak #8. Soda

    Segala produk minuman yang diperbuat dengan pemanis artifisial adalah berbahaya buat kesihatan anda.

    Pemanis ini terutamanya aspartame mampu mengganggu tahap serotonin anda iaitu hormon terpenting untuk membantu anda mendapatkan mood ketika bermesra dengan pasangan.

    #9. Alkohol mesti dielakkan oleh lelaki

    Alkohol sememangnya minuman yang berbahaya buat kesihatan manusia secara umumnya.

    Ia bukan sahaja akan membuat individu yang meminumnya hilang kesedaran diri, ia juga akan membuatkan kaum Adam kehilangan kemampuan untuk mengalami ereksi, lantas menjejaskan kemahuan seksual mereka!

    Oleh itu, berhenti minum alkohol kerana ia adalah minuman yang memudaratkan setiap aspek kehidupan anda.

    Elak makanan yang boleh jejaskan keinginan seksual lelaki ini

    Jadi, sudah terjawablah persoalan mengenai makanan dan minuman yang boleh menjejaskan nafsu dan libido kaum Adam ini. Pun begitu, ini hanyalah sekadar panduan yang mungkin kurang lengkap.

    Sebaiknya, sila dapatkan ubat menaikkan nafsu lelaki atau serta rawatan lanjutan. Namun, tidak salah untuk mencuba bukan? Oleh itu, sila elak dari makanan yang kami senaraikan ini okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan