Anda sedang mencari senaman kecilkan paha? Jika ya, anda perlulah melakukan aktiviti senaman yang bersesuaian!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Anda sedang mencari senaman kecilkan paha? Jika ya, anda perlulah melakukan aktiviti senaman yang bersesuaian!
Bercakap mengenai senaman, pasti ramai yang sudah membayangkan aktiviti larian seperti berjoging, ataupun bersukan seperti bermain badminton, bola sepak dan sebagainya untuk menguruskan badan.
Namun, pada masa sekarang, mungkin sukar untuk anda keluar rumah disebabkan oleh pandemik yang melanda.
Akibatnya, ramai yang mula ‘mengumpul lemak’ di rumah. Betul tak?
Jika anda tercari-cari aktiviti senaman yang sesuai untuk dilakukan di rumah, lebih-lebih lagi senaman untuk mengempiskan bahagian perut dan mengecilkan paha, baca artikel ini.
Walau bagaimanapun, sebelum bermula, ambil tahu perkara ini dahulu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kecergasan, anda boleh klik di sini.
Pasti ramai yang mempunyai persoalan yang sama bukan?
Ramai individu melakukan spot reduction, ataupun senaman pada kawasan badan yang spesifik.
Sebagai contoh, ada yang lakukan senaman pada bahagian paha atau perut sahaja untuk membuang lemak, atau hanya melakukan squat untuk membuatkan punggung nampak lebih cantik.
Namun, tahukah anda realiti sebenar di sebalik teori ini? Sebenarnya, telah banyak kajian yang dilakukan untuk mengkaji sama ada senaman secara spot reduction berkesan ataupun tidak.
Walau bagaimanapun, setakat ini tidak ada lagi sebarang bukti saintifik yang dapat membuktikan senaman ini benar-benar berhasil.
Penurunan berat badan berlaku secara sekata pada seluruh badan kita. Jadi, anda mungkin tidak dapat mengempiskan perut tanpa menurunkan berat badan terlebih dahulu.
Jika anda ingin mengecilkan paha atau mana-mana bahagian pada tubuh badan anda, apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah turunkan berat badan.
Kemudiannya, anda boleh lakukan senaman lain untuk membentuk otot pada kawasan tertentu supaya potongan badan kelihatan lebih menarik.
Jika anda ingin membakar lemak pada kawasan perut, paha dan betis, cuba lakukan senaman di bawah.
Senaman yang turut dikenali sebagai LBT (leg, bums and tums) ini hanya akan makan masa selama 10 minit sahaja!
Lemak yang kurang pada kawasan bawah badan akan memberikan ilusi yang membuatkan tubuh anda nampak lebih langsing.
Bukan itu sahaja, individu yang mempunyai lebih banyak otot dan lemak kurang berupaya untuk membakar kalori dalam tempoh masa yang lebih cepat.
Oleh sebab itu, mereka yang melakukan senaman ini akan mempunyai badan yang kekal cergas dan ramping.
Tetapi, sebelum anda lakukan senaman untuk mengecilkan paha, pastikan anda melakukan regangan selama 6 minit sebagai warm up dan diikuti 5 minit regangan pada akhir senaman sebagai cool down.
Senaman squat amat baik untuk punggung dan paha anda. Cara untuk melakukannya juga mudah, iaitu sebanyak 2 set, 15-24 kali setiap ulangan.
Lakukan 1 set senaman, setiap set merangkumi 15 hingga 24 kali gerakan.
Calf raises, atau menjengket merupakan senaman yang paling mudah untuk dilakukan. Lakukan 2 set senaman, setiap set merangkumi 15 kali gerakan.
Lakukan 2 set senaman, 15 hingga 20 kali gerakan setiap set.
Kesimpulannya, jika anda disiplin lakukan senaman ini, anda akan nampak perbezaannya dalam masa yang singkat.
Namun, anda perlu ingat, bersenam bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga bermanfaat kepada mental anda! Jika anda ingin tidur lebih lena, cuba lakukan senaman pada waktu siang.
Kini anda telah tahu cara senaman kecilkan paha yang boleh anda cuba!
Selamat bersenam!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen