backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/10/2022

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Kebaikan bersenam kepada kesihatan badan secara menyeluruh ialah perkara yang sudah diketahui umum. Tetapi tahukah anda, senaman kardio juga memberikan manfaat pada otak?

    Melakukan senaman kardio

    Suka atau tidak, sememangnya kebaikan bersenam pada badan tidak boleh dinafikan. 

    Senaman aerobik biasa atau dikenali sebagai kardio, dapat dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, diabetes dan barah yang lebih rendah. 

    Dalam masa yang sama, senaman kardio yang dilakukan turut memberikan manfaat pada otak dengan berpotensi meningkatkan produktiviti. 

    Melakukan aerobik membantu mengurangkan banyak risiko keadaan kesihatan – bermula daripada penyakit jantung sehingga demensia.

    Kebanyakan aktiviti fizikal menawarkan manfaat kesihatan. 

    Pun begitu, senaman aerobik secara khususnya sangat bagus kerana ia menyebabkan jantung dan paru-paru bekerja lebih keras daripada biasa. 

    Setiap individu dewasa disarankan untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal aerobik setiap minggu.

    Antara senaman yang disyorkan adalah seperti:

    kebaikan bersenam

    Dalam perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan membincangkan mengenai faedah pada otak yang akan diperolehi apabila melakukan senaman kardio. 

    Kebaikan bersenam pada otak

    Senaman aerobik memberikan manfaat kepada otak dengan cara berikut:

    1. Mengurangkan risiko demensia

    Bersenam secara berkala adalah kaedah paling berkesan untuk mencegah penyakit Alzheimer –  keadaan demensia paling biasa untuk berlaku. 

    Kajian menunjukkan bahawa individu yang melakukan tahap aktiviti fizikal tinggi mempunyai risiko penurunan kognitif dan demensia lebih rendah.

    1. Membantu gejala kemurungan dan kegelisahan

    Beberapa ujian klinikal menunjukkan senaman aerobik dapat mengurangkan simptom pada individu yang mengalami kemurungan dan gangguan kegelisahan.

    Aktiviti yang dilakukan juga membantu mencegah daripada wujudnya kedua-dua gangguan emosi tersebut. 

    1. Meningkatkan prestasi kognitif

    Di samping mampu menundakan kemerosotan kognitif di kemudian hari, antara kebaikan bersenam yang lain adalah dapat meningkatkan proses pemikiran pada anak dan remaja. 

    Beberapa penyelidikan menemui bukti yang menunjukkan senaman kardio dan kecergasan fizikal mempunyai kaitan dengan peningkatan tahap akademik di sekolah. 

    Ia juga dikatakan dapat meningkatkan prestasi melibatkan tugasan kognitif seperti ujian memori. 

    1. Meningkatkan kesihatan otak

    Aktiviti aerobik dilakukan menyebabkan banyak proses biologi yang membantu fungsi otak, seperti:

    • Meningkatkan saiz dan fungsi kawasan otak utama seperti hippocampus
    • Membantu otak mengawal tindak balas terhadap tekanan
    • Meningkatkan daya tahan terhadap tekanan oksidatif
    • Mengurangkan keradangan

    senaman aerobik

    1. Galakkan penuaan otak yang sihat

    Seperti bahagian badan yang lain, otak juga akan mengalami kesan negatif penuaan. Tetapi ada kebaikan senaman aerobik yang dapat membantu.

    Dalam penyelidikan yang dilakukan, melaporkan wujud hubungan antara senaman kardiovaskular dan penuaan otak dan kognitif yang menurun. 

    2,000 individu dewasa terlibat dalam kajian ini yang melakukan senaman secara berkala dapat memelihara lebih banyak bahagian kelabu (gray matter) dan jumlah otak. 

    Bahagian kelabu pada otak penting dalam memudahkan pelbagai fungsi motor dan kognitif, termasuk kawalan otot, ingatan dan membuat keputusan. 

    Amalan senaman kardio yang boleh dilakukan

    Kini anda sudah mengetahui kebaikan bersenam pada otak. Tetapi apakah senaman kardio yang bagus untuk dicuba?

    Ini saranannya:

    • Kekal aktif secara fizikal

    Sasarkan tempoh masa selama 150 minit bagi melakukan aktiviti aerobik intensiti sederhana seperti berjalan kaki berjoging, berbasikal atau berenang setiap minggu.

    Aktiviti fizikal lain juga boleh menjadi pilihan kerana tetap akan memberikan manfaat kepada otak anda. 

    • Mencuba aktiviti baru yang digemari

    Pilih hobi baharu seperti membaca buku atau mempelajari kemahiran tertentu. 

    Contohnya seperti kerja kayu, berkebun, menyelesaikan teka-teki atau masalah matematik, penguasaan bahasa atau bermain alat muzik baharu.

    • Terlibat secara sosial

    Teruskan untuk melakukan aktiviti sosial seperti biasa dan elakkan daripada pengasingan. 

    Lakukan perjumpaan bersama keluarga dan rakan-rakan. Anda juga boleh sertai organisasi sosial atau sukarelawan hospital.  

    tahap kebaikan

    Utamakan keselamatan

    Senaman aerobik umumnya selamat untuk dilakukan bagi kebanyakan individu. 

    Pun begitu, bagi mengelakkan kecederaan, idea terbaik adalah dengan berunding bersama pakar untuk mengetahui rejimen senaman yang bersesuaian.

    Mereka yang mempunyai keadaan kesihatan kronik harus mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan kesesuaian aktiviti senaman kardio yang dilakukan. 

    Dalam beberapa kes, individu dengan keadaan jantung atau tekanan darah tinggi mungkin perlu menghindari senaman intensiti tinggi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan