Mengapa Ahli Gimnastik Berbadan Kecil? Ada Kaitan Antara Bentuk Badan Dengan Prestasi Sukan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda terdengar istilah ‘swimmer’s body’ atau ‘runners body’? Kedua-duanya merupakan bentuk badan atlet yang menceburi aktiviti sukan.

Jika hendak diteliti kaitan di antara sukan dengan bentuk fizikal manusia, atlet Olimpik atau mana-mana ahli sukan kejohanan antarabangsa merupakan tempat yang sesuai dijadikan rujukan umum.

Mereka mempunyai tahap kekuatan fizikal yang optimum berserta nilai bentuk badan yang menggambarkan ciri permainan mereka.

Pemain bola keranjang tinggi lampai dan biasanya mempunyai tangan yang panjang, manakala ahli gimnastik pula berbadan kecil.

Badan ahli gusti pula berotot manakala penyaing fencer banyak otot mampat pada bahagian kaki.

Perenang dan penyelam mempunyai jumlah lemak badan yang tinggi berbanding dengan atlet lain manakala pelari maraton kelihatan tidak berlemak langsung.

Melainkan faktor ketinggian yang boleh dipengaruhi oleh genetik, kesemua perbezaan yang dinyatakan di atas boleh memberikan kelebihan kepada mereka untuk mendominasi sukan yang diceburi.

Sejarah pengelasan bentuk badan manusia

prestasi sukan

Pada tahun 1921, struktur badan manusia pernah dibahagikan kepada 4 komponen utama iaitu jisim tulang, jisim lemak badan, jisim otot dan jisim sisa.

Pemahaman tersebut kekal sehinggalah penerangan berkenaan dengan bentuk fizikal dibuat oleh seorang ahli psikologi Amerika yang bernama William Herbert Sheldon.

Beliau menggunakan kira-kira 4,000 gambar manusia untuk memahami bentuk badan seterusnya membahagikannya kepada 3 kumpulan utama berdasarkan kepada lapisan germ embrio.

  1. Endomorf yang berkait dengan endoderm, lapisan embrio yang membentuk sistem pencernaan manusia.
  2. Mesomorf yang berkait dengan mesoderm, lapisan embrio yang membentuk jisim tulang dan otot.
  3. Ektomorf yang berkait dengan ektoderm, lapisan embrio yang membentuk sistem saraf manusia.

Menurut Sheldon, mereka yang memiliki bentuk badan endomorf mempunyai tahap metabolisme yang rendah.

Ini bermakna mereka mudah mengumpul lemak badan dan cenderung untuk hidup tidak aktif.

Mesomorf pula mempunyai kadar metabolisme normal, namun mereka mudah untuk mengalami peningkatan pada saiz otot menyebabkan mereka lebih aktif.

Ektomorf pula adalah individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi menyebabkan mereka sukar untuk menyimpan otot atau lemak badan.

Golongan ini kebiasaannya kelihatan kurus.

Penerangan yang ditawarkan oleh Sheldon adalah tidak saintifik. Beliau hanya menggunakan analisis bentuk badan tersebut untuk mengkaji tingkah laku manusia.

Apabila kerja Sheldon diteruskan oleh pembantunya Heath dan Lindsay Carter, mereka telah mencipta sistem antropometri bagi memberikan nilai kuantitatif dan saintifik terhadap teori yang diusulkan Sheldon.

Kini, sistem tersebut sedang diguna pakai oleh International Association for Standardization of Kinanthropometry (ISAK), bagi membantu mengenal pasti masalah berkaitan dengan tumbesaran, perkembangan, penuaan dan tahap kesihatan.

Kaitan di antara bentuk badan dan prestasi sukan fizikal para atlet

bentuk badan

Perbezaan bentuk badan bukan sahaja boleh dilihat di antara pemain sukan yang berbeza.

Mereka yang menyertai sukan yang sama tetapi pada posisi berbeza turut mempunyai bentuk badan yang berlainan mengikut keperluan peranan dalam permainan.

Apa yang lebih menarik lagi adalah, bentuk badan ini boleh menentukan keupayaan mereka untuk mendominasi pemain lain dalam sukan yang sama.

Sebagai contoh, pemain bola sepak kebiasaannya mempunyai badan yang tinggi dan kurus (meso-endomorf).

Mereka yang tidak mempunyai ciri tersebut kebiasaannya dikelaskan sebagai pemain bukan elit dan corak permainan mereka mudah didominasi oleh pihak lawan.

Sudah tentu kita tahu perkara tersebut tidak semestinya benar melihat kepada Lionel Messi yang rendah dan kelihatan mampat namun boleh mendominasi pihak lawan.

Pun begitu, karakter bentuk badan tertentu boleh memberikan kelebihan kepada pemain untuk mendominasi sukan yang diceburi.

Sebagai contoh, bagi pelari maraton, lebih mudah buat mereka untuk mempunyai badan yang kurus dan kecil.

Pelari bertaraf dunia dari negara Kenya, kebanyakannya mempunyai bentuk fizikal ektomorf.

Mereka sangat kurus dengan peratusan lemak dalam badan yang sangat rendah, sekitar 4.6%.

Berbeza dengan atlet yang menyertai sukan maraton ultra gunung, bentuk fizikal meso-endomorf dengan peratusan lemak setinggi 13% boleh memberikan kelebihan kepada mereka untuk menamatkan larian pada jarak 217 km.

Perenang kebiasaannya mempunyai jumlah lemak badan yang tinggi memandangkan mereka bersukan di dalam air yang sejuk.

Lemak itu juga boleh membantu memberi daya apungan kepada mereka.

Berdasarkan kepada pemerhatian terhadap prestasi atlet dan bentuk badan, mereka lebih cenderung untuk berjaya jika memilih sukan yang bersesuaian.

Bayangkan mereka yang ektomorf (kurus, sukar simpan lemak) berminat untuk menyertai sukan sumo, adakah mereka boleh berjaya dalam sukan tersebut?

Konklusi

Walau apa pun bentuk badan atlet, mereka mempunyai objektif yang sama; untuk memaksimumkan kuasa bagi mencapai matlamat di peringkat antarabangsa.

Melalui kajian yang dibuat oleh saintis terdahulu, memang tidak dapat dinafikan bahawa bentuk badan boleh mempengaruhi prestasi atlet pada sukan tertentu.

Mereka yang kurus (ektomorf) mempunyai kelebihan dalam sukan maraton, mereka yang gemuk (endomorf) boleh mendominasi sukan sumo dan individu mesomorf, kebiasaannya mempunyai kelebihan dalam sukan bola sepak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Kurus Tapi Susahnya Nak Disiplin Makan, Jangan Risau! Ini Cara Latih Diri Untuk Komited

Anda telah 'setia' mengikuti diet untuk turun berat badan selama berminggu atau berbulan, tapi apabila tiba cheat day, habis hancur plan anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 12/11/2020 . 3 minit bacaan

Badan Gemuk Tapi Cergas & Cukup Stamina, Masih Perlu Ke Untuk Turunkan Berat Badan?

Adakah saya masih perlu menurunkan berat badan berlebihan kerana mempunyai obesiti, walaupun saya sentiasa aktif dan cergas? Ini jawapannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Obesiti, Pusat Kesihatan 11/11/2020 . 3 minit bacaan

Kafein Bantu Tingkat Prestasi Ahli Sukan, Tapi Ada Pro & Kontra Jika Atlet Minum Kopi!

Banyak suplemen kafein ada dijual di pasaran. Ia direka khusus untuk kegunaan individu seperti atlet bagi meningkatkan produktiviti ketika bersenam....

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 16/10/2020 . 3 minit bacaan

Dahaga Selepas Penat Bersukan, Yang Mana Lebih Sesuai Diminum? Air Kosong @ Isotonik?

Ada yang keliru, adakah patut mengambil minuman isotonik seperti 100plus selepas bersukan atau cukup sekadar air biasa? Ini fakta mengenai air isotonik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 27/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesan steroid

Ambil Steroid Sebab Ingin Tampil Sasa, Kesannya Mungkin Akan Jejaskan Kesuburan Lelaki!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
kecederaan sukan

Ini 10 Kecederaan Lazim Yang Boleh Dialami Semasa Bersukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 22/12/2020 . 4 minit bacaan
memberi pujian

Tanpa Sedar, Pujian Boleh Buat Orang ‘Makan Dalam’, Ini 4 Tip Cara Memuji Yang Betul

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 10/12/2020 . 3 minit bacaan
senaman kardio

Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan