Kenapa Kentut Bau Busuk? Ini 6 Punca Sebenar Yang Kita Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Penulis pernah terperangkap di dalam lif yang sesak dengan manusia dan perjalanan menuju tingkat pejabat penulis masih jauh lagi. Tiba-tiba, terdengar satu bunyi yang sangat kuat lantas mengejutkan semua orang yang masih lagi mamai di situ. Prooottt! Seperti guruh yang muncul selepas cahaya, bunyi merdu ini diekori oleh bau yang sangat busuk. Semua orang saling berpandangan lalu mengesahkan bunyi dan bau itu berpunca dari kentut.

Persoalannya, kenapa kentut bau busuk? Adakah terdapat punca yang mendalanginya? Ayuh sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Kentut, satu proses biologi yang normal

Pasti semua orang pernah terfikir perkara ini, bukan? Untuk pengetahuan anda, kentut adalah satu proses biologi yang membantu individu membuang gas dari perut ketika proses penghadaman. Kentut juga mempunyai pelbagai variasi. Ada yang tidak berbunyi, berbunyi kuat, tidak berbau dan berbau busuk.

Hakikatnya, kentut adalah sesuatu yang normal. Pun begitu, gas yang keluar dari lubang dubur anda ini mungkin berbau busuk akibat beberapa perkara seperti pengambilan sesuatu makanan atau ubatan. Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan atau isu pada sistem penghadaman anda.

Kenapa kentut bau busuk?

kentut

#1. Makanan tinggi serat

Makanan tinggi serat akan menyebabkan tubuh badan anda mengeluarkan lebih banyak gas. Disebabkan jenis makanan ini mengambil masa lebih lama untuk diuraikan oleh sistem penghadaman, jadi ia akan terperap lama di dalam perut anda. Ini merupakan salah satu punca gas yang dikeluarkan berbau busuk.

Selain itu, ia juga disebabkan kandungan sulfur yang terdapat di dalam makanan tinggi serat seperti brokoli, asparagus, kobis, sawi putih dan sebagainya. Buat anda yang belum tahu, sulfur adalah sebatian yang secara semula jadi mempunyai bau yang sama seperti telur tembelang.

Rasanya semua orang pernah ditegur sebab kentut bau telur tembelang, bukan?

#2. Ubatan seperti antibiotik

Ubatan seperti antibiotik juga boleh menjadi punca kentut busuk walaupun jarang berlaku. Antibiotik akan membunuh patogen yang berbahaya di dalam tubuh badan.

Namun, dalam masa yang sama ia juga akan membunuh bakteria baik dalam perut – yang membantu proses penghadaman. Tanpa bakteria ini, gas yang anda keluarkan mungkin akan berbau busuk.

#3. Keracunan makanan

Jika anda sensitif terhadap sesuatu jenis makanan, gas dalam perut anda juga mungkin akan mempunyai bau yang busuk. Sebagai contoh, individu dengan intoleransi laktosa tidak dapat menguraikan karbohidrat laktosa. Kesannya, ia akan terperap di dalam perut.

Selain itu, intoleransi gluten juga boleh jadi punca masalah ini. Ia akan menyebabkan penyakit seliak, penyakit autoimun yang boleh mengakibatkan inflamasi pada usus. Ia juga adalah punca gas yang dikeluarkan oleh badan anda berbau busuk.

#4. Sembelit juga punca kentut busuk

Sembelit menunjukkan anda masih mempunyai najis pada kolon. Jika anda rasa sukar untuk membuang air besar dengan kerap, ia adalah tanda bahawa bakteria sedang merebak. Akibatnya, gas yang anda keluarkan juga kan berbau busuk. 

#5. Infeksi usus

Apabila tubuh badan anda mencernakan makanan, segala nutrien akan diesktrak untuk dihantar ke saluran darah. Apa yang tidak dimahukan pula akan dihantar ke kolon. Gangguan proses ini pula akan menyebabkan pertumbuhan bakteria.

Ia seterusnya akan menyebabkan infeksi pada usus. Disebabkan itu, gas yang terhasil juga adalah lebih banyak, kuat dan berbau lebih busuk. Bukan itu sahaha, ia juga akan menyebabkan kekejangan perut dan cirit-birit. Jadi, segera berjumpa doktor.

#6. Kanser kolon

Salah satu daripada punca gas berbau busuk yang paling ditakuti adalah kanser kolon. Apabila polip atau tumor terbentuk pada sistem penghadaman, ia akan menyebabkan gangguan pada perut sekali gus mengakibatkan penghasilan gas yang berlebihan.

Jika anda mula perasan gas yang anda keluarkan itu berbau busuk dan anda bimbang dengan kondisi kesihatan anda, segera berjumpa doktor. Ya, ia mungkin perkara yang normal namun mungkin juga merupakan petanda anda mempunyai penyakit.

Kentut busuk adalah normal!

kentut

Kesimpulannya, kentut busuk adalah normal. Bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya. Ia mungkin disebabkan pengambilan makanan atau ubatan. Namun, ia juga mungkin petanda kepada penyakit. Jadi, rujuk kepada doktor ya?

Bagi yang tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada penulis dan beberapa orang lagi mangsa yang terperangkap dengan kentut busuk di dalam lif itu, ini adalah plot twist untuk anda. Sebenarnya, penulis sendiri adalah tuan punya badan yang mengeluarkan gas beracun tersebut. Hurmmm…

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Merawat Nafas Berbau?

    Nafas kita biasanya tidak segar apabila kita bangun, kerana bakteria berkembang biak di dalam mulut ketika kita sedang tidur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Maggie Quek
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 18/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buang angin

    Malu Terkentut Di Tempat Awam? Ini Sebab Tidak Boleh Tahan Kentut, Ada Kesannya Kepada Tubuh!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    kentut faraj

    Opss…Ada Keluar Angin Dari Vagina, Normal Ke Wanita Alami Kentut Faraj? Ini Penjelasannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/11/2019 . 2 minit bacaan
    sarung kaki

    Padah Hidu Bau Stoking Busuk, Paru-paru Lelaki Dijangkiti Kulat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/10/2019 . 2 minit bacaan
    punca badan berbau

    Lah… Ini Rupanya Punca Sebenar Badan Berbau! No #5 Selalu Kita Buat Tanpa Sedar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 16/04/2019 . 2 minit bacaan