backup og meta

Normal Ke Ibu Rasa Tak Bermaya Lepas Bersalin? Atau Ini Petanda Anemia, Sila Check, Mama!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/12/2023

    Normal Ke Ibu Rasa Tak Bermaya Lepas Bersalin? Atau Ini Petanda Anemia, Sila Check, Mama!

    Adakah anda rasa lemah dan tidak bersemangat selepas melahirkan anak? Ibu yang baru sahaja bersalin mempunyai risiko tinggi untuk alami masalah kurang zat besi.

    Sebenarnya, normal untuk ibu yang baru bersalin untuk rasa penat. Tambah lagi, ibu telah kehilangan darah yang banyak selepas melahirkan anak.

    Selain itu, ibu juga mungkin tidak dapat rehat yang mencukupi dek kerana menjaga anak yang baru lahir dan juga melayan tetamu yang datang bertandang.

    Walau bagaimanapun, normalkah jika rasa penat sepanjang masa? Jika ibu penat walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti, mungkin ini adalah tanda anda sedang mengalami anemia kurang zat besi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.

    Masalah kurang zat besi selepas mengandung

    Menurut WHO, anemia merupakan perkara yang lazim berlaku kepada kaum wanita selepas kelahiran.

    Punca utama wanita mengalami anemia selepas melahirkan anak ialah kekurangan zat besi dalam darah.

    Anemia yang dialami dalam masa 6 minggu selepas kelahiran adalah sesuatu yang bahaya dan boleh akibatkan kesan jangka masa panjang pada kesihatan individu.

    Kajian dijalankan di sebuah negara yang mempunyai kadar pendapatan yang tinggi mendapati bahawa 10 hingga 30% wanita mengalami anemia selepas melahirkan anak.

    Masalah ini mungkin lebih teruk lagi di negara yang berpendapatan rendah.

    Oleh itu, untuk mengatasi masalah anemia dalam kalangan ibu yang baru bersalin, WHO mencadangkan pengambilan asid folik dan juga suplemen zat besi untuk para ibu.

    Suplemen ini akan diberikan 6 hingga 12 minggu selepas kelahiran untuk mengelakkan anemia, lebih-lebih lagi di negara yang mempunyai kadar anemia yang tinggi.

    Normal untuk para ibu mengalami masalah kurang zat besi dalam darah selepas kelahiran. Ketika bersalin, ibu telah kehilangan banyak darah.

    Oleh itu, ibu akan alami masalah kurang zat besi selama sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin.

    Walau bagaimanapun, keadaan ini bukanlah kekal. Ibu akan beransur pulih seiring dengan beredarnya masa.

    Zat besi penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Tanpanya, ibu akan rasa penat, muka pucat dan mungkin juga akan jadi lebih beremosi dan mudah marah.

    Tanda anda mengalami masalah kurang zat besi

    tanda kurang zat besi

    Antara simptom masalah kurang zat besi yang boleh anda perhatikan:

    • Tidak ada tenaga. Anda terlalu penat sampaikan sukar untuk buat aktiviti seharian.
    • Rasa penat yang berkekalan sehingga berminggu-minggu.
    • Mudah rasa sakit hati dan mudah beremosi.
    • Kerap pening kepala.
    • Muka pucat.
    • Mudah sakit.

    Ibu yang bersalin selalu anggap rasa penat itu merupakan sebahagian daripada kesan melahirkan anak. Oleh itu, ramai yang tidak mengendahkan tanda kekurangan zat besi yang mereka alami.

    Disebabkan anemia boleh buat ibu lepas bersalin rasa beremosi, keadaan ini jika tidak dikawal boleh bertukar menjadi postpartum depression ataupun depresi selepas melahirkan anak.

    Jika anda alami simptom yang sama, segeralah berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.

    Doktor boleh cadangkan supaya anda lakukan pemeriksaan darah bagi mengetahui masalah sebenar yang dialami.

    Kurangkan risiko anemia dengan pemakanan sihat

    cara merawat anemia

    Selain daripada mengambil suplemen tambahan, pesakit anemia juga boleh amalkan makan makanan yang kaya dengan zat besi.

    Antara makanan yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi ialah:

    • Daging seperti daging ayam dan daging lembu
    • Makanan laut seperti kerang-kerangan
    • Makan kacang pinto atau kacang ginjal
    • Sayur seperti brokoli, asparagus, parsli, dan sawi
    • Buah seperti buah pic, prun, plum dan kismis

    Jika anda ingin membantu kadar penyerapan zat besi dalam badan, makan makanan di atas bersama-sama dengan jus oren ataupun vitamin C.

    Kajian mendapati bahawa kadar penyerapan zat besi dalam darah lebih baik jika dimakan bersama jus oren.

    masalah kurang zat besi

    Jika anda alami anemia yang teruk, elakkan minum kopi. Kopi mengandungi bahan yang boleh membuatkan simptom anemia jadi makin teruk.

    Selain itu, jika anda terima sebarang ubat daripada doktor, simpan ubat tersebut di tempat yang sejuk dan gelap.

    Ubat boleh terurai jika disimpan dalam keadaan panas ataupun bawah cahaya matahari yang terang.

    Pastikan doktor tahu jika anda alami simptom anemia selepas bersalin. Mereka boleh bantu anda dengan cara mencadangkan rawatan yang sesuai berdasarkan keadaan anda.

    Kalau anda mahu ambil suplemen tambahan, pastikan anda berhubung dengan doktor terlebih dahulu, ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan