backup og meta

Maut Menanti! Ini Risiko Sebenar DARAH BEKU Dalam Kalangan Pesakit Kanser!

Maut Menanti! Ini Risiko Sebenar DARAH BEKU Dalam Kalangan Pesakit Kanser!

Tahukah anda, pesakit kanser paru-paru berisiko untuk mengalami trombosis vena dalam atau embolisme paru paru disebabkan penyakit yang mereka hadapi?

Apa yang menyedihkan, ramai pesakit kanser tidak tahu betapa lazimnya kondisi yang boleh membawa maut ini.

Hampir 5 hingga 25% pesakit kanser boleh mengalami darah beku disebabkan penyakit atau rawatan kanser.

Namun, bukan semua kes embolisme paru paru dan trombosis vena dalam akan menimbulkan sebarang masalah.

Isu pembentukan darah beku dalam kalangan pesakit kanser paru-paru merupakan sesuatu yang lazim, menakutkan dan juga boleh membawa maut.

Ramai yang terpaksa dimasukkan ke hospital dan ada juga yang meninggal dunia. Lebih merisaukan lagi, ia sukar untuk dikesan oleh pesakit dan juga doktor.

Apakah maksud embolisme paru paru dan trombosis vena dalam?

embolisme paru paru

Trombosis vena dalam merupakan sejenis darah beku yang terbentuk pada saluran vena, selalunya pada kawasan kaki.

Jika darah beku ini tercabut, ia boleh bergerak melalui salur darah ke kawasan paru-paru dan menyebabkan arteri tersumbat. Kondisi ini dikenali sebagai embolisme paru paru.

Embolisme pulmonari dan trombosis vena dalam boleh terbentuk disebabkan kesan sampingan kanser paru-paru dan juga ubat-ubatan yang diambil sebagai rawatan.

Oleh sebab itu, penting untuk anda mengetahui tanda-tanda darah beku dan dapatkan rawatan secepat mungkin.

Menurut Dr. Gary Lyman dari Fred Hutchinson Cancer Research Center, pesakit kanser paru-paru mungkin tidak akan mendapat darah beku. Namun, jika ia berlaku, ia boleh membawa maut.

Tidak kiralah apa tahap kanser yang pesakit alami, masalah darah beku boleh menyebabkan komplikasi dan juga kematian. Malah, jika darah beku didapati menuju ke kawasan otak, pesakit berisiko besar untuk mengalami strok!

Tanda embolisme paru paru dalam kalangan pesakit kanser

Pesakit yang menghidap kanser paru-paru, usus besar, pankreas, perut, ovari dan juga rahim mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami darah beku.

Selain itu, risikonya juga meningkat jika kanser tersebut telah merebak ke nodus limfa pada bahagian badan yang lain.

Trombosis vena dalam mungkin akan menyebabkan simptom seperti:

  1. Bengkak.
  2. Rasa sakit.
  3. Kulit rasa panas.
  4. Bahagian yang bengkak rasa sakit atau kejang.
  5. Kulit yang berwarna merah.

Tanda dan simptom embolisme pulmonari pula adalah:

  1. Sesak nafas.
  2. Sakit dada ketika menarik nafas.
  3. Kadar denyutan jantung meningkat.

Selain itu, embolisme paru paru juga boleh menyebabkan simptom yang kurang lazim seperti batuk, rasa gelisah, rasa hendak pitam dan juga berpeluh-peluh.

Pesakit yang mengalami simptom ini perlulah berhubung dengan doktor secepat mungkin. Trombosis vena dalam perlu dirawat dengan segera kerana ia boleh menyebabkan embolisme pulmonari.

Mengapakah pesakit kanser lebih berisiko mendapat darah beku?

embolisme paru paru

Menurut laman sesawang Cancer Research UK, pesakit kanser selalunya mempunyai darah yang melekit.

Ini kerana sel kanser menghasilkan sejenis bahan kimia yang membuatkan badan merembeskan lebih banyak faktor pembeku (clotting factors).

Faktor pembeku ialah sejenis protein yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan. Apabila kita terluka, faktor inilah yang akan bergabung dengan platelet untuk menghentikan pendarahan.

Rawatan kanser seperti kemoterapi juga boleh menyebabkan sel badan melepaskan lebih banyak faktor pembeku ke dalam darah.

Sebagai contoh, ubat hormon tamoxifen boleh meningkatkan risiko darah beku. Walau bagaimanapun, doktor mengetahui bahawa kebaikan yang dibawa oleh ubat ini lebih banyak berbanding risikonya.

Walaupun begitu, pesakit perlulah sedar mengenai risiko darah beku dan kekal berjaga-jaga sekiranya menerima ubat ini.

Selain itu, pesakit kanser juga akan rasa amat penat dan tidak mampu untuk bergerak seaktif dulu. Akibatnya, pengaliran darah akan terbatas dan ini akan meningkatkan risiko pesakit untuk mengalami darah beku di kawasan kaki.

Risiko embolisme paru paru dan trombosis vena dalam boleh dikurangkan jika pesakit bergerak dan melakukan senaman ringan yang merangsang kawasan kaki.

Menurut pesakit kanser paru-paru, Don Stranathan, jangan sesekali mengurut bahagian kaki jika ia bengkak. Ini mungkin akan menyebabkan masalah darah beku menjadi semakin teruk.

Sebaliknya, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Doktor boleh menjalankan ujian Doppler dan juga ujian darah untuk mengesan sebarang darah beku.

Selain itu, ambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor. Ubat ini boleh melarutkan darah beku tersebut namun ia mungkin memakan masa.

Kesimpulan

embolisme paru paru

Embolisme paru paru dan trombosis vena dalam merupakan pembunuh senyap buat pesakit kanser paru-paru.

Pembentukan darah beku merupakan salah satu cabaran bagi pesakit kanser. Walaupun ia amat berbahaya, darah beku boleh dirawat. Malah, rawatannya juga tidak akan mengganggu rawatan kanser yang pesakit jalani.

Untuk mengelakkan masalah ini, pastikan anda bergerak dengan kerap, lakukan senaman kaki yang mudah, minum banyak air dan peka mengenai simptom anda.

Jika anda mengalami simptom darah beku, telefon nombor kecemasan dan berjumpa doktor secepat mungkin.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cancer Research UK. 2018. Cancer and the risk of blood clots. November 21. Accessed June 29, 2021. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/cancer-in-general/treatment/cancer-and-the-risk-of-blood-clots.
  2. Fred Hutch. 2019. Blood clots: What cancer patients need to know. March 29. Accessed June 29, 2021. https://www.fredhutch.org/en/news/center-news/2019/03/blood-clots-thrombosis-what-cancer-patients-need-to-know.html.
  3. National Institute of Health. n.d. Venous Thromboembolism. Accessed June 29, 2021. https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/venous-thromboembolism.
  4. UCLA Health. n.d. Blood Clot Lung. Accessed June 29, 2021. https://www.uclahealth.org/lungcancer/blood-clot-lung. 
  5. Perrier A, Roy PM, Aujesky D, et al. Diagnosing pulmonary embolism in outpatients with clinical assessment, D-Dimer measurement, venous ultrasound, and helical computed tomography: a multicenter management study. Am J Med. March 2004;116:291-299

Versi Terbaru

14/10/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tuberkulosis Bukan Kanser Paru-Paru. Ini Perbezaan Di Antara Kedua-Duanya

Penyakit Paru-paru: Fakta Lengkap Mengenai Jenis, Punca & Rawatan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan