Pamilia Lourdunathan

· Hello Health Group

Profil

Pamilia adalah seorang psikologis klinikal dan pelatih kesihatan di Naluri, yang mempunyai lebih daripada 2 tahun pengalaman dalam bidang psikologi klinikal di sektor kerajaan dan swasta, di bawah unit pediatrik dan dewasa. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi klinikal dan kaunseling daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sedang meneruskan pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Psikologi di institut yang sama. Beliau juga telah menerima ijazah dalam kemahiran kaunseling berteraskan pesakit. Pamilia juga berpengalaman sebagai ahli akademik yang gemar melakukan pelbagai kajian. Beliau kini sedang dalam proses mengimplementasikan program intervensi yang menyasarkan pembangunan emosi, tingkah laku dan kesejahteraan sosial golongan muda yang menghidap HIV serta menetap di rumah pelindungan. Apatah lagi, beliau sangat suka membantu golongan gelandangan dan berpengalaman sebagai fasilitator pembantu bengkel yang berkolaborasi dengan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) dan Pembangunan Kesejahteraan Sumber Manusia (HRW)