backup og meta

Mengatasi Keadaan Setelah Jantung Terhenti

Ditulis oleh Pamilia Lourdunathan · Hello Health Group


Disemak pada 27/11/2019

    Mengatasi Keadaan Setelah Jantung Terhenti

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama Naluri.

    Lebih daripada 320,000 kes jantung terhenti berlaku di luar hospital setiap tahun di Amerika Syarikat. Jantung terhenti dipicu oleh kerosakan elektrik di bahagian jantung yang menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur yang juga dikenali sebagai arrhythmia. Apabila tindakan mengepam dan rhythm terganggu, jantung tidak dapat mengepam darah kembali ke otak, paru-paru dan organ lain. Dalam masa beberapa saat, individu itu kehilangan kesedaran dan ketiadaan nadi. Kematian boleh berlaku dalam masa beberapa minit kecuali jika mangsa mendapat rawatan segera.

    Berita baiknya adalah bahawa keadaan ini dapat diterbalikkan bagi kebanyakan mangsa jika dirawat dalam beberapa minit pertama. Salah satu teknik utama untuk memberi penjagaan segera kepada seseorang yang sedang menjalani serangan jantung adalah melalui resusitasi kardiopulmonari segera (CPR). CPR adalah penting untuk merawat serangan jantung secara tiba-tiba kerana ia membantu mengekalkan aliran darah yang kaya oksigen ke organ penting badan. Ini akan membantu mangsa sehingga penjagaan kecemasan lebih lanjut disediakan.

    Kebiasaannya, mangsa akan mendapat kesedaran dan akan diberikan perkhidmatan perubatan yang lebih canggih. Walau bagaimanapun, tempoh selepas serangan itu adalah masa yang paling penting dalam kehidupan mangsa kerana mereka kini memerlukan campur tangan jangka panjang untuk mencegah kejadian jantung terhenti berulang.

    Ada yang memanggil Pasca penjagaan atau Pengurusan pesakit selepas kejadian jantung terhenti. Lihat ia bukan daripada aspek perubatan tetapi daripada sudut pandang yang lebih berkaitan dengan memanggilnya sebagai Pemulihan selepas Mimpi Buruk. Terdapat 3 langkah asas yang akan membantu anda mengatasinya dengan lebih baik selepas pengalaman ini:

    Kenal pasti punca jantung terhenti

    Beberapa soalan yang berguna untuk ditanya kepada pakar penjagaan kesihatan anda:

    • Apakah yang menyebabkan kegagalan jantung anda dengan tiba-tiba
    • Apakah yang mungkin menjadi punca utama denyutan jantung yang tidak teratur
    • Apakah perubahan (makanan, pemakanan dan kecergasan) yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kejadian ini berulang

    Beberapa soalan yang berguna untuk difikirkan:

    • Apakah fikiran dan emosi saya sebelum kejadian itu?
    • Adakah terdapat tekanan (secara emosi, mental, fizikal sosial) yang mungkin menjadi pencetus kenaikan kadar denyutan jantung dan kemungkinan penyebab kejadian koronari mendadak

    Penjagaan selepas keluar daripada hospital

    Pastikan anda diberi penjagaan rawatan selepas jantung terhenti secara komprehensif termasuklah:

    • Intervensi koronari akut
    • Penjagaan neurologi
    • Penjagaan kritikal yang bermatlamat
    • Megoptimumkan fungsi kardiopulmonari

    Mencegah jantung terhenti berulang melalui perubahan gaya hidup

    Makanan & Pemakanan

    Kebanyakan individu merasakan bahawa mereka sekarang perlu mematuhi ‘aturan serangan jantung’ yang ketat. Apa yang mereka perlu sedari adalah bahawa rancangan makan itu relevan kepada setiap individu tanpa mengira sama ada seseorang mempunyai masalah koronari atau tidak.

    Pelan pemakanan sihat yang bermanfaat untuk pemulihan jantung dan untuk mana-mana individu boleh diringkaskan melalui pematuhan teknik pembahagian pinggan yang sihat seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

    jantung terhenti

    Kecergasan

    Sebelum merancang aktiviti fizikal, pastikan anda memeriksa dengan jururawat pemulihan jantung anda, ahli fisioterapi dan doktor tentang berapa lama anda akan dapat meneruskan aktiviti fizikal. Beberapa aktiviti fizikal asas yang boleh anda ikuti termasuk senaman indoor yang sederhana, berjalan kaki, regangan sederhana dan Yoga.

    Tetapi pastikan anda memberi perhatian terhadap hati dan badan anda. Elakkan memaksa diri anda dengan terlalu banyak. Adalah diingatkan bahawa membina kesihatan kardiovaskular perlu berlaku secara beransur-ansur dan bukan secara drastik. Jika anda merasakan kadar denyutan anda meningkat terlalu cepat dan jika anda merasa terlalu letih atau pening dan jika anda terlalu termengah-mengah, hentikan sedikit demi sedikit dengan cara yang perlahan dan berehat. Anda harus mengelak daripada menghentikan sebarang aktiviti fizikal secara tiba-tiba kerana ini dapat menyebabkan kadar degupan jantung anda terhenti secara tiba-tiba.

    Dalam beberapa minggu, anda akan mula merasakan hasil dalam tahap tenaga dan stamina anda tetapi anda perlu bersabar dan tidak tergesa-gesa dalam melakukan proses ini kerana ini agak berbahaya untuk kesihatan anda.

    Beberapa petua tambahan mengenai aktiviti fizikal:

  • Elakkan aktiviti fizikal selama 2 jam selepas mandi atau makan berat.
  • Elakkan aktiviti fizikal jika anda berasa letih. Tunggu sehingga keesokan harinya atau pilih waktu dalam satu hari dimana anda merasa paling segar, bertenaga dan santai.
  • Kesejahteraan emosi

    Selepas jantung tehenti, kebiasaannya ada pelbagai emosi yang berlarutan. Mungkin muncul rasa ketakutan sekiranya serangan yang berulang, kebimbangan berada di hospital, gejala depresi memikirkan kesan ‘mengapa saya’, bimbang tentang masa depan dan sama ada anda akan melihat orang yang anda sayangi lagi atau tidak, ketidakpastian tentang kesihatan dan masa depan, kemarahan, panik dan pelbagai emosi lain.

    Emosi ini kadang-kadang boleh memberi kesan kepada anda dalam kitaran emosi yang menakutkan dan kesan fisiologi negatif. Ini kerana apabila seseorang berasa tidak stabil, ini boleh menjejaskan kesihatannya dan ini boleh memberi kesan buruk kepada pemulihan kardiovaskularnya. Oleh itu, adalah baik untuk mendapatkan bantuan dari ahli psikologi, kaunselor, rakan-rakan atau ahli keluarga untuk berbincang tentang emosi ini dan untuk membantu memupuk lebih banyak emosi dan pemikiran yang positif.

    Terdapat beberapa teknik penjagaan diri yang boleh anda praktikkan seperti pernafasan yang mendalam, meditasi dan latihan relaksasi. Ia juga berguna untuk belajar menguruskan tekanan untuk membantu anda menghadapi tekanan hidup harian.

    Tidak pernah terlambat atau terlalu awal untuk menjaga jantung anda. Tanpa mengira sama ada anda pulih daripada kejadian jantung terhenti atau jika anda ingin menghalang jantung terhenti, adalah penting bagi kita semua untuk mencintai diri kita sendiri demi untuk menjaga jantung kita, yang beroperasi tanpa henti dengan setiap organ lain di dalam badan kita. Dengan tekad, ketekunan dan konsistensi, anda pasti boleh mendapatkan kembali kesihatan kardiovaskular anda sekali lagi kerana ianya tidak mustahil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Pamilia Lourdunathan

    · Hello Health Group


    Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan