Morteza Tafakory

Fisioterapi · Hello Health Group

Profil

Morteza Tafakory pernah menjalani pengajian dalam bidang fisioterapi di University of Applied Sciences di Utrecht, Belanda. Beliau amat memahami selok-belok disiplin pengajian ini, juga mengenalpasti kekurangan yang ada dalam bidang perubatan.

Sepanjang hidupnya, beliau banyak aktif dalam pelbagai jenis sukan dan seringkali mendapat kecederaan akibat daripada gaya hidup yang sihat tersebut. Pada ketika itu, beliau menjalani program rawatan terapi dan mengenal pasti terdapatnya kelemahan jika bergantung kepada satu jenis rawatan sahaja. Antara yang menjadi kelemahan dalam bidang ini adalah sesuatu rawatan harus dilakukan mengikut protokol yang sama sahaja.

Oleh kerana setiap individu itu unik, Morteza Tafakory percaya seseorang ahli terapi tidak perlu terikat dengan sesuatu cara kerja pemulihan. Berdasarkan pengalaman beliau, fisioterapi merupakan salah satu teka-teki kompleks dalam proses pemulihan. Oleh itu, beliau telah menjalankan kajian mendalam bagi mempelbagaikan pendekatannya sebagai ahli terapi.

Morteza Tafakory mempunyai ilmu dalam pelbagai disiplin yang menyokong kerjayanya sekaligus menjadikan beliau seorang pakar terapi yang kaya dengan pelbagai kaedah rawatan.

Memandangkan tugas sebagai pakar terapi memerlukan pembelajaran sepanjang hayat, Morteza telah aktif dalam memberi kesedaran tentang jenis terapi seperti Mylogenics ©, PHP © T.O.P. Trainer © A & B of the Overload Principle ©, Kinesiotaping, Sporttaping dan I.M.T ©. Beliau juga sering mengikuti perkembangan terkini dalam bidang nutrisi dan dietetik.