Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Darah

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Apakah itu Darah?

disusun daripada artikel: Pusat Perubatan The Ohio State University Wexner

Apakah itu darah?

Darah ialah cecair yang mengekalkan kehidupan yang beredar di dalam:

  • Jantung
  • Arteri
  • Vena
  • Kapilari

Apakah fungsi darah?

Darah membawa perkara berikut kepada tisu badan:

  • Nutrisi
  • Elektrolit
  • Hormon
  • Vitamin
  • Antibodi
  • Haba
  • Oksigen

Darah membawa perkara berikut keluar dari tisu badan:

  • Bahan buangan
  • Karbon dioksida

Apakah Komponen darah?

Komponen darah manusia ialah:

Plasma, di mana sel-sel darah terkandung, termasuk berikut:

  • Sel darah merah (eritrosit)–membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan.
  • Sel darah putih (leukosit)–membantu melawan jangkitan dan membantu proses imun. Jenis-jenis sel darah putih termasuklah:
    • Limfosit
    • Monosit
    • Esinofil
    • Basofil
    • Neutrofil (granulosit)
  • Platelet (trombosit)–membantu mengawal pendarahan.
  • Buih lemak
  • Bahan-bahan kimia termasuklah:
    • Karbohidrat
    • Protein
    • Hormon
  • Gas-gas termasuklah:
    • Oksigen
    • Karbon dioksida
    • Nitrogen

Darah dihasilkan daripada apa?

Sel darah dihasilkan di dalam sumsum tulang. Sumsum tulang adalah sejenis bahan lembut seperti span di tengah-tengah bahagian tulang yang menghasilkan sekitar 95% sel darah di dalam badan. Kebanyakan sumsum tulang orang dewasa berada di tulang pinggul, tulang dada dan tulang belakang.

Terdapat organ dan sistem lain di dalam badan kita yang membantu mengawal sel-sel darah. Noda limfa, limpa dan hati membantu mengawal penghasilan, penghancuran dan pembezaan (membentuk fungsi khusus) sel-sel terbabit. Penghasilan dan perkembangan sel-sel baru ialah satu proses yang dinamakan hematopoiesis.

Sel-sel darah yang dihasilkan di dalam sumsum tulang bermula sebagai sel induk (stem cell). Sel induk (atau sel hematopoietic) adalah fasa pertama bagi semua sel darah. Apabila sel induk telah matang, beberapa sel khusus terbentuk seperti sel darah berat, sel darah putih dan platelet. Sel-sel darah yang belum matang juga digelar sebagai blasts. Sesetengah blasts kekal di dalam sumsum tulang untuk menjadi matang dan sebahagiannya ke bahagian badan yang lain untuk berkembang menjadi sel yang matang dan berfungsi.

Apakah fungsi sel-sel darah?

Fungsi utama sel darah merah, atau eritrosit, ialah untuk membawa oksigen dan karbon dioksida. Hemoglobin adalah protein yang penting di dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke semua bahagian badan kita.

Fungsi utama sel darah putih, leukosit, pula ialah melawan jangkitan. Terdapat beberapa jenis sel darah merah dan setiap darinya memainkan peranan dalam melawan bakteria, virus, fungus dan jangkitan parasit. Jenis-jenis sel darah putih yang paling penting dalam membantu badan melawan jangkitan dan sel asing termasuk berikut:

  • Neutrofil
  • Eosinofil
  • Limfosit
  • Monosit
  • Granulosit

Sel darah putih:

Membantu memulihkan luka bukan hanya dengan melawan jangkitan tetapi dengan memakan benda seperti sel mati, serpihan tisu dan sel darah merah lama.

Merupakan perisai kita dari benda asing yang memasuki saluran darah seperti alergen.

Terlibat dalam melindungi badan dari sel yang termutasi seperti kanser.

Fungsi utama platelet atau trombosit ialah pembekuan darah. Platelet adalah lebih kecil berbanding sel darah yang lain. Ia berkumpul dan membentuk gumpalan atau penyumbat di dalam lubang saluran darah untuk menghentikan pendarahan.

blood

Apakah kiraan darah lengkap (CBC)? 

Kiraan darah lengkap ialah bacaan saiz, bilangan dan kematangan sel-sel darah berbeza di dalam isipadu darah yang khusus. Kiraan darah lengkap boleh digunakan untuk menentukan banyak ketidaknormalan pada penghasilan atau penghancuran sel darah. Perbezaan pada bilangan, saiz atau kematangan normal sel darah boleh digunakan untuk mengesan jangkitan atau penyakit. Kebiasaannya bilangan sel darah putih akan meningkan semasa jangkitan. Banyak jenis kanser boleh menjejaskan penghasilan sel darah oleh sumsum tulang. Pertambahan bilangan sel darah putih tidak matang di dalam kiraan darah lengkap boleh terkait dengan leukemia. Anemia dan penyakit sel sabit (sickle cell disease) akan mengalami bilangan hemoglobin yang rendah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    DARI PAKAR Morteza Tafakory

    Saraf Siatik

    Saraf Siatik Saraf siatik adalah saraf besar yang berasal dari saraf tunjang distal dan memanjang sepanjang hampir seluruh anggota badan belakang. Dalam kebanyakan vertebrata, ia adalah cabang utama dari pleksus ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory
    the-sciatic-nerve

    Kenali 4 Fungsi UTAMA Organ Buah Pinggang Kepada Tubuh Badan Anda, WAJIB Ambil Tahu

    Organ buah pinggang merupakan sebahagian badan yang cukup penting supaya dapat menjalani kehidupan dengan sihat seperti mana manusia yang lain.

    Ditulis oleh Morteza Tafakory
    organ buah pinggang

    Fleksibiliti Tubuh Badan

    Jika anda mengalami masalah dalam fleksibiliti tubuh badan, anda tidak keseorangan. Otot hamstring, bahu atau otot lain tegang Badan berasa keras dan sukar untuk bergerak Pergerakan fizikal terbatas Kebanyakan ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Karbohidrat, komponen makanan ini sering dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca obesiti. Tapi, bukan semua makanan berkarbohidrat menggemukkan tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

    Jerawat berlaku apabila liang pori tersumbat dengan kotoran dan minyak. Pelbagai kaedah telah dicuba bagi merawatnya, termasuk menggunakan soda penaik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Penyakit glomerulonephritis merupakan sejenis gangguan buah pinggang. Penyakit ini berlaku apabila glomeruli terluka atau mengalami inflamasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan