home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Rantaian Kinetik

Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Rantaian Kinetik

Konsep rantaian kinetik bermula pada tahun 1875, apabila seorang jurutera mekanikal yang bernama Franz Reuleaux mencadangkan untuk menggabungkan beberapa siri segmen yang bertindih dengan menggunakan pin sendi. Pin sendi yang telah bergabung ini kemudiannya akan mencipta satu sistem yang membolehkan pergerakan satu sendi untuk memberi kesan kepada sendi yang lain melalui pautan kinetik.

Dr. Arthur Steindler menggunakan teori ini pada tahun 1955 dan memasukkan analisis pergerakan manusia. Steindler mencadangkan bahawa penghujung sesuatu siri yang tegar, segmen yang bertindih dan rantaian kinetik sebagai satu kejayaan kombinasi sendi yang bergabung membentuk satu unit motor yang kompleks. Pergerakan yang melibatkan segmen-segmen ini pula dikategorikan kepada dua jenis iaitu terbuka dan tertutup.

Pergerakan rantaian kinetik terbuka

Steindler mendefinisikan rantaian kinetik terbuka sebagai gabungan beberapa sendi yang berjaya di mana segmen terminal boleh bergerak secara bebas. Dalam pergerakan rantaian kinetik terbuka, aspek distal yang paling hujung atau penamat kepada rantaian badan, bergerak secara bebas dan tidak terikat pada apa-apa objek. Berikut merupakan contoh senaman rantaian kinetik terbuka:

  • Seated leg extension
  • Leg curl
  • Bench press
  • Dumpbell biceps curl
  • Lat pull-down
  • Closed-chain movement

Steindler mendefinisikan rantaian kinetik tertutup pula sebagai satu kondisi atau suasana segmen distal bertemu dengan halangan luaran lalu menyekat pergerakan. Di dalam pergerakan rantaian kinetik tertutup, penghujung distal adalah tetap, menekan kemampatan sendi lalu menyebabkan sendi menjadi stabil. Berikut merupakan contoh senaman rantaian kinetik tertutup yang dianggap lebih berkesan berbanding senaman rantaian kinetik terbuka:

  • Squat
  • Wall slides
  • Lunges
  • Elliptical training
  • Stair stepper
  • Versa climber
  • Push-ups

Memahami bagaimana badan dan kesemua segmen berkerjasama adalah sangat penting dalam membentuk program senaman yang berkesan. Lagipun, mengetahui perbezaan antara rantaian kinetik terbuka dan tertutup boleh membantu anda untuk memilih senaman mana yang lebih berkesan bergantung kepada kemahuan dan keperluan klien.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Morteza Tafakory Disemak pada 03/12/2019