Dr. Nurul Iftida Basri

Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group

Profil

Dr Nurul Iftida Basri merupakan seorang pakar dan pensyarah perubatan dalam bidang obstetrik dan ginekologi (O&G) di Universiti Putra Malaysia. Kepakaran dan minatnya adalah dalam bidang obstetrik dan ginekologi, perubatan ibu-janin dan prosedur ginekologi di klinik.

Dr Nurul Iftida memperoleh ijazah perubatan dari University of Dundee, United Kingdom pada tahun 2008. Setelah itu, beliau menamatkan latihan perubatan di NHS Scotland, UK. Beliau kemudiannya bertugas sebagai seorang pegawai perubatan dalam bidang obstetrik & ginekologi di Hospital Serdang sebelum melanjutkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana O&G dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga telah memperoleh keahlian daripada Royal College of Obstetricians & Gynecologists United Kingdom pada tahun 2018.

Penyelidikan-penyelidikan beliau merangkumi diabetes gestasi (GDM) dan perubatan obstetrik. Dr Nurul Iftida juga merupakan ahli bagi Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM) selain menjadi sukarelawan di klinik pelarian. Beliau juga banyak terlibat dengan aktiviti di peringkat universiti. Ini termasuk menjadi penyelaras program klinikal dan menjadi sebahagian daripada jawatankuasa peperiksaan untuk pelajar perubatan.

Kelulusan

UNIVERSITI DAN IJAZAH

  • Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBChB)

    School of Medicine, University of Dundee, UK

  • Diploma of Royal College of Obstetricians and Gynaecologists

    Royal College of Obstetricians and Gynaecologists, UK

  • DrObGyn

    Universiti Kebangsaan Malaysia