home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bolehkah Ibu Hamil Pakai Kasut Tumit Tinggi?

Bolehkah Ibu Hamil Pakai Kasut Tumit Tinggi?

Kasut tumit tinggi adalah ‘teman baik’ bagi perempuan. Lebih 72 peratus wanita memakai kasut tumit tinggi pada sesuatu tempoh. Namun, lain pula cerita jika kasut tumit tinggi dipakai semasa hamil. Sesetengah orang mengatakan kasut tumit tinggi tidak elok untuk ibu hamil, sementara sesetengah yang lain pula menganggap tidak mengapa jika memakai kasut tinggi semasa hamil. Jadi, apakah jawapannya? Teruskan membaca!

Bagaimana kasut tumit tinggi boleh menjejaskan tubuh anda?

Kebanyakan orang akan mengalami perubahan pada postur tubuh mereka sebaik sahaja mereka memakai kasut tumit tinggi. Perkara ini berlaku disebabkan oleh perubahan pada keberadaan titik tekanan. Berat badan anda berubah daripada keseluruhan kaki anda ke bebola kaki. Bagi menyeimbangkan perubahan ini, struktur tulang belakang anda menyesuaikan dengan perubahan tersebut. Kasut tumit tinggi menolak bahagian bawah tubuh anda ke depan dan mencondongkan bahagian atas tulang belakang anda. Secara automatiknya, dada anda tertolak ke depan dan pinggul anda ke belakang. Otot kaki anda menjadi lebih tegang, terutama pada bahagian betis. Kerap memakai kasut tumit tinggi boleh memendekkan otot betis anda dan menebalkan tendon, menyebabkan sakit betis dan kejang.

Perubahan tempat tulang belakang akibat kerap memakai kasut tumit tinggi boleh menjurus kepada sakit belakang atau dalam kes yang teruk, menyebabkan gelinciran pada satu vertebra atas yang lain. Kejadian ini boleh mengakibatkan foraminal stenosis, di mana saraf yang melalui bahagian bawah tulang belakang terperangkap antara vertebra.

Adakah kasut tumit tinggi tidak elok untuk wanita hamil?

Secara amnya, kasut tumit tinggi tidak digalakkan untuk ibu hamil. Memakai kasut tumit tinggi semasa hamil boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit kaki, malah lebih teruk daripada itu. Dalam situasi biasa pun, penggunaan tumit tinggi sudah boleh mengubah postur badan dan tulang belakang anda.

Walau bagaimanapun, semasa trimester pertama, pemakaian kasut tumit tinggi tidak seharusnya menjejaskan kehamilan anda. Akan tetapi, semakin meningkat usia kandungan, dengan pertambahan berat anda dan kandungan, seharusnya anda perlu lebih menyeimbangkan badan. Memasuki trimester kedua, badan anda akan melepaskan hormon relaksin yang akan melonggarkan ligamen anda bagi membolehkan bayi anda melepasi pelvis dengan mudah. Ini juga bermakna pelvis, pinggul, dan sendi belakang anda cenderung untuk lari daripada kedudukannya. Tekanan tambahan pada sendi boleh menyebabkan sakit bahagian bawah belakang.

Selain itu, pembengkakan (edema) amat biasa berlaku dalam kehamilan, terutama semasa trimester ketiga. Anda akan rasa lebih tidak selesa jika memakai kasut tumit tinggi ketika ini. Jadi, sebagai keselamatan, pakai kasut tumit tinggi hanya semasa majlis tertentu sahaja bagi mengelakkan risiko terjatuh. Terjatuh semasa hamil bukan sahaja boleh menyakitkan anda, tetapi juga membahayakan kandungan. Jadi, fikir dua kali sebelum anda bercadang memakai kasut tumit tinggi.

Jika anda rasa ingin bergaya dengan memakai kasut tumit tinggi, jangan lupa untuk melakukan urutan lembut dan regangan pada betis anda selepas mengenakan kasut tersebut. Kesudahannya, keputusan memakai kasut tumit tinggi ataupun tidak semasa hamil adalah terletak di tangan anda. Nasihat kami, utamakan keselamatan anda berbanding mengejar fesyen!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Is it true that I shouldn’t wear high heels while I’m pregnant? http://www.babycentre.co.uk/x563001/is-it-true-that-i-shouldnt-wear-high-heels-while-im-pregnant. Accessed August 22, 2016.

Is it safe to wear high heels now that I’m pregnant? http://www.parents.com/advice/pregnancy-birth/my-pregnant-body/is-it-safe-to-wear-high-heels-now-that-im-pregnant/. Accessed August 22, 2016.

Is it safe to wear high heels when I’m pregnant? http://www.babycenter.com/404_is-it-safe-to-wear-high-heels-when-im-pregnant_1246881.bc. Accessed August 22, 2016.

Is It Safe To Wear High Heels During Pregnancy? http://www.thebump.com/a/high-heels-pregnant. Accessed August 22, 2016.

What effect does wearing shoes with high heels have during pregnancy? http://www.thepregnancycentre.com.au/pregnancy/tips/what-effect-does-wearing-shoes-with-high-heels-hav. Accessed August 22, 2016.

How high heels affect your body. http://www.thespinehealthinstitute.com/news-room/health-blog/how-high-heels-affect-your-body. Accessed August 22, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dian Sonnerstedt
Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
Disemak pada 24/10/2018
x