Ibu yang Menyusukan Bayi Perlu Elak Makanan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2021

    Ibu yang Menyusukan Bayi Perlu Elak Makanan Ini!

    Semasa menyusukan bayi, terdapat beberapa makanan yang perlu anda elakkan kerana ia akan masuk ke dalam susu ibu dan boleh menjejaskan bayi anda.

    Kafein

    Kafein akan tersalur ke dalam aliran darah anda, dan kemudian memasuki susu ibu. Ini adalah tidak elok kerana kafein diketahui boleh membuatkan bayi gelisah dan mudah terjaga. Ia tentunya akan menyukarkan anda menjaga bayi jika dia penuh dengan tenaga. Walau bagaimanapun, dos sederhana adalah dibolehkan. Jumlah kafein yang disarankan untuk ibu yang menyusukan bayi adalah 1 hingga 2 cawan kopi sehari.

    Peppermint/ Pudina

    Ibu yang menyusukan bayi yang mengambil banyak peppermint atau pudina akan mempengaruhi pengeluaran susu badannya. Malahan, peppermint juga diketahui digunakan dalam dos tinggi untuk menghentikan penghasilan susu ibu bagi wanita yang bersedia untuk berhenti daripada menyusukan bayi.

    Anda masih boleh mengambil peppermint dalam bentuk makanan atau teh, tetapi hanya pada dos sederhana. Jika anda melihat sebarang penurunan pada pengeluaran susu anda, adalah lebih baik jika anda berhenti mengambil peppermint untuk seketika.

    Sage

    Sage berkongsi ciri-ciri yang sama seperti peppermint. Lantaran itu, jangan mengambil sage dalam jumlah yang banyak. Herba ini akan mengurangkan penghasilan susu badan anda, yang mana boleh menjejaskan bayi.

    Kacang tanah

    Menerusi susu ibu, sebarang sebatian alahan boleh disalurkan kepada bayi anda. Jika anda tidak pasti sama ada si manja mempunyai alahan kacang tanah ataupun tidak, anda perlu memantau tanda-tanda reaksi alahan seperti bersin, ruam atau gatal-gatal pada bayi. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan kacang tanah, pastikan anda mengelak untuk makan kacang tanah sehinggalah selepas bayi anda bercerai susu.

    Gandum

    Jika si manja didiagnosis dengan intoleransi gluten, mula menggunakan produk yang bebas-gluten. Jika anda makan gandum, yang mengandungi gluten, bayi anda akan mengalami najis berdarah, cerewet, dan pedih perut.

    Tenusu

    Tenusu ialah salah satu daripada makanan lazim yang menyusahkan bayi yang menyusu badan. Jika bayi anda meragam selepas menyusu badan, mengalami ekzema, masalah kulit lain atau menghadapi masalah tidur, anda perlu menghapuskan satu-satu jenis makanan untuk mengetahui punca alahan.

    Alkohol

    Alkohol juga memberikan kesan buruk kepada bayi anda memandangkan ia disalurkan menerusi susu badan. Oleh itu, ibu yang menyusukan bayi perlu mengelak daripada minum alkohol bagi mencegah sebarang komplikasi.

    Walau bagaimanapun, jika anda teringin, anda boleh mengambil secawan. Alkohol mengambil masa 1 hingga 2 jam untuk memetabolisme, dan ia tidak kekal lama di dalam susu badan anda berbanding di dalam aliran darah. Oleh itu, sebaik sahaja anda berada dalam keadaan sedar atau tidak mabuk, anda boleh mula meneruskan penyusuan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2021

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan