backup og meta

Bolehkah Ibu Hamil Mengambil Probiotik?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2021

    Bolehkah Ibu Hamil Mengambil Probiotik?

    Probiotik diketahui amat baik dalam membantu fungsi sistem penghadaman dalam tubuh manusia. Malahan, setiap individu termasuk juga kanak-kanak disarankan untuk mengambil probiotik. Namun, adakah boleh ibu hamil mengambil probiotik?

    Apakah itu probiotik?

    Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup, pada umumnya merupakan bakteria baik yang terdapat pada dinding usus setiap orang.

    Tiga bakteria yang sering digunakan sebagai probiotik dalam produk termasuklah Lactobacillus, Bifidobacterium, dan Saccharomyces.

    Probiotik penting dalam membantu menyokong kesihatan penghadaman anda.

    Sesetengah makanan secara semula jadinya mengandungi probiotik, sementara sesetengah yang lain ditambah probiotik semasa proses penyediaan.

    Antara makanan yang mengandungi probiotik termasuklah:

    Selain itu, probiotik juga terdapat dalam suplemen.

    Adakah boleh untuk ibu hamil mengambil probiotik?

    ibu hamil mengambil probiotik

    Ibu hamil lazimnya mengalami masalah-masalah kesihatan seperti sembelit, pedih hulu hati, dan sebagainya.

    Pengambilan probiotik bukan sahaja boleh membantu bakal ibu mengurangkan masalah kesihatan ini, bahkan juga dapat membantu menambah bilangan bakteria baik dalam usus ibu.

    Ia juga dapat membantu memperkuatkan lagi sistem imun badan ibu, yang diketahui mempunyai daya tahan yang lemah semasa mengandung.

    Probiotik daripada kedua-dua sumber makanan dan suplemen biasanya dianggap selamat diambil semasa hamil.

    Akan tetapi, terdapat pelbagai probiotik dan kajian terhad yang menunjukkan probiotik tidak boleh sepenuhnya diisytiharkan sebagai selamat.

    Jika anda mengalami sebarang keadaan atau penyakit yang menjejaskan sistem imun anda, berjumpa dahulu dengan doktor anda sebelum anda menukar tabiat pemakanan khususnya yang mengandungi probiotik.

    Anda mungkin berminat:

    ibu hamil mengambil probiotik

    Menurut National Library of Medicine (NLM) dan National Institute of Health (NIH), probiotik adalah dianggap selamat kerana data terkini menunjukkan suplemen probiotik adalah jarang sekali menyerap.

    Kebarangkalian untuk mendapat bacteremia daripada pengambilan probiotik Lactobacillus adalah kurang daripada 1 per 1 juta, dan kemungkinan untuk mendapat fungemia daripada Saccharomyces adalah kira-kira 1 per 5.6 juta individu yang mengambil probiotik tersebut.

    Malahan, dalam kajian terhad tentang penggunaan probiotik semasa hamil, tiada terdapat hubungan antara penggunaan probiotik dan keguguran atau sebarang jenis bentuk kecacatan.

    Kajian analisis-meta yang dilakukan oleh penyelidik Kanada menemukan bahawa tiada kaitan dengan penggunaan probiotik dan kejadian seperti pembedahan Caesarean, berat badan ketika lahir atau usia gestasi.

    Jadi, NLM dan NIH menyimpulkan bahawa tiada sebarang risiko pengambilan probiotik untuk ibu yang sedang hamil dan menyusukan bayi.

    Berapa dos yang disarankan untuk ibu hamil? 

    Tiada sebarang dos harian yang disarankan untuk probiotik. Sebaik-baiknya anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang suplemen.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan