backup og meta

3 Punca Utama Kenapa Wabak Virus Korona Baharu SUKAR Dibendung Sekarang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 11/11/2020

    3 Punca Utama Kenapa Wabak Virus Korona Baharu SUKAR Dibendung Sekarang

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Melihat kepada peningkatan jumlah kes wabak COVID-19 atau virus korona baharu, ramai individu mempunyai persoalan yang sama. Adakah wabak ini akan berakhir?

    Artikel berkaitan:

    Kes positif wabak tersebut telah disahkan di 18 buah negara termasuk China. Korona virus punca dari apa agaknya ya?

    Saintis dan pakar perubatan penyakit berjangkit di seluruh dunia sedang cuba untuk memahami pola penyebaran jangkitan ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas

    Sementara itu, kes positif COVID-19 di Malaysia terus meningkat naik. Berikut adalah statistiknya:

    [covid_19]

    Anggaran jumlah kes wabak virus korona

    Walaupun laporan rasmi jumlah individu yang dijangkiti sudah mencecah 28,000 (setakat 7 Februari 2020), menurut analisis yang dibuat oleh Imperial College London, jumlah tersebut tidak menunjukkan angka sebenar kes positif.

    Laporan rasmi berkenaan dengan kes positif COVID-19 atau virus korona baharu bergantung kepada diagnosis dan keputusan makmal positif. Berikut adalah video ringkas bagaimana virus ini menyerang dan membuatkan anda jatuh sakit.

    https://www.facebook.com/1634329383494261/videos/115200726587889/

    Ini bermakna, mereka yang tidak membuat pemeriksaan kesihatan, tidak dikira sebagai positif walaupun mereka dijangkiti oleh virus tersebut.

    Menurut pola kekerapan pelancong antarabangsa yang bergerak keluar masuk dari Wuhan, anggaran jumlah mereka yang berjangkit sepatutnya lebih daripada 100,000 individu.

    Cadangan untuk menutup hanya perjalanan keluar masuk pelancong ke negara China boleh dianggap sebagai tidak realistik.

    Artikel berkaitan:

    Jika badan kesihatan global ingin mengawal kadar penyebaran virus korona baharu, kita perlu menganggap kesemua negara mempunyai risiko penyebaran yang sama.

    Jika tidak, jangkitan antara manusia sukar untuk dielakkan. Ini kerana punca covid 19 boleh merebak antara manusia dengan sangat laju.

    Wabak virus korona merebak dengan laju

    wabak virus korona

    Bagi memahami potensi virus korona baharu untuk tersebar dalam kalangan individu lain di seluruh dunia, kita perlu mengetahui angka reproduktif asas (R0) agen penyebab jangkitan tersebut.

    R0 (disebut sebagai R-naught) seringkali digunakan oleh saintis untuk meramal jumlah individu yang akan dijangkiti oleh sesuatu virus daripada seorang individu yang berjangkit.

    Sebagai contoh, virus smallpox mempunyai nilai R0 dalam lingkungan 5 hingga 7 individu. 

    Ini bermakna, seorang individu yang telah dijangkiti oleh virus smallpox mampu menyebarkannya kepada 5 hingga 7 orang lain. Perkara ini telah disahkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC).

    Virus yang paling agresif dalam menjangkiti individu lain adalah virus demam campak (measles). Ia mempunyai nilai R0 antara 12 hingga 18.

    Kebolehannya untuk tersebar kepada 12 hingga 18 individu yang tidak mempunyai imuniti terhadapnya, menjadikan ia virus yang paling mudah menular di seluruh dunia. Disebabkan itu, virus korona punca rakyat gelisah.

    Oleh sebab kajian yang dijalankan terhadap virus korona baharu masih lagi pada peringkat awal, badan kesihatan global memberikan nilai R0 yang berbeza buat virus ini. Laporan yang dikeluarkan oleh negara China memberikan nilai R0 virus korona baharu di antara 2 hingga 3.

    Artikel berkaitan:

    Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan nilai R0 virus ini dalam lingkungan 1.4 hingga 2.5.

    Ada juga laporan lain yang meletakkan nilai 3.5 dan ke atas.

    Apa yang penting dalam mengawal sesuatu wabak daripada terus menular adalah nilai R0 perlu lebih rendah daripada 1. Jika nilai R0 masih berada pada angka 1, ia menunjukkan bahawa jangkitan tersebut masih mempunyai potensi untuk merebak.

    Angka R0 yang sering berubah

    Adakah nilai R0 dapat membantu kita untuk membasmi wabak virus korona yang kian menular? Jawapannya adalah tidak.

    Ia merupakan konsep asas yang perlu difahami oleh pihak bertanggungjawab dalam membendung sesuatu wabak jangkitan.

    Namun begitu, nilai R0 tidak memberitahu anda berkenaan dengan kadar kecepatan jangkitan tersebut menular. Setiap individu yang berjangkit juga kebanyakannya tidak menjangkiti jumlah individu yang sama. 

    Oleh sebab itulah nilai R0 sering diberikan dalam bentuk lingkungan.

    Gelombang jangkitan yang menular dalam sesuatu populasi dipengaruhi oleh pelbagai jenis faktor. Ada individu yang menyebarkan wabak virus korona kepada sejumlah individu yang lebih rendah daripada nilai R0.

    Apa yang lebih membimbangkan lagi, ada juga individu yang dianggap sebagai superspreader. Mereka menyebarkan jangkitan tersebut kepada lebih daripada nilai maksimum R0 yang diberikan buat virus tertentu. Ini bermakna, secara realistiknya, nilai R0 berbeza mengikut lokasi.

    Menurut laporan kajian oleh CDC, kadar penularan agen jangkitan juga bergantung kepada sifat jangkitan itu sendiri:

  • Berapa lamakah tempoh masa untuk seseorang pesakit itu berupaya untuk menjangkiti individu lain?
  • Adakah mereka yang tidak menunjukkan sebarang simptom boleh menjangkiti individu lain?
  • Berapa lamakah tempoh jangka hayat virus tersebut di luar badan manusia?
  • Nilai R0 yang diberikan oleh kebanyakan laporan diukur daripada wabak virus korona baharu di kota Wuhan.

    Adakah jumlah kes virus korona di Malaysia akan bertambah?

    virus korona baharu

    Melihat kepada angka ramalan yang dikeluarkan oleh CDC, tidak mustahillah jika di Malaysia lebih daripada 10 kes positif virus korona baharu boleh dikesan jika ujian saringan dibuat pada seluruh rakyat Malaysia.

    Wabak virus korona tidak berbahaya seperti SARS-CoV dan MERS-CoV yang mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi. Namun, korona virus punca rakyat masih gelisah.

    Mereka yang mengalami wabak virus korona baharu mungkin menunjukkan simptom selesema biasa. Bukan semua orang akan pergi ke klinik atau ke hospital untuk pemeriksaan lanjut jika dapat selesema, kan? Selain selesema, berikut merupakan antara simptom-simptom jika anda dijangkiti COVID-19.

    Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang memandangkan mereka yang dijangkiti kebiasaannya akan pulih selepas rawatan konservatif (rawat simptom sahaja).

    Artikel berkaitan:

    Mereka yang berisiko tinggi seperti orang tua, ibu hamil dan mereka yang mempunyai masalah sistem imun perlu digalakkan untuk menjalani pemeriksaan jika mengalami simptom selesema.

    Ini berikutan golongan berisiko tinggi mudah untuk mendapat komplikasi yang boleh membawa maut. Di Malaysia, teknologi perubatan sedia ada masih berkebolehan untuk merawat mereka yang dijangkiti dengan wabak virus korona baharu. 

    Lihat sahaja pada kes pertama sembuh di Hospital Langkawi. Itu adalah bukti bahawa Malaysia masih boleh mengawal kesan daripada wabak virus korona baharu yang melanda.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Korona virus punca rakyat gelisah

    Jangan panik dek wabak yang sedang menular ini! Pastikan anda menjaga diri dengan sebaiknya, basuh tangan secara kerap, pakai surgical mask atau N95 di tempat awam dan amalkan etika bersin/ batuk yang betul.

    Elakkan daripada berkongsi maklumat yang tidak diketahui akan kebenarannya. Situasi panik tidak akan memberikan kebaikan kepada sesiapa. Jika anda mengalami simptom selesema, dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    #HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

  • 5 Cabaran Yang Seluruh Dunia Terpaksa Tempuh Kerana Wabak Virus Korona

  • Wabak Berbahaya Virus Corona Ini Sudah Masuk Malaysia, Jaga-Jaga!

  • Jangkitan Virus Corona Tidak Tunjuk Sebarang Tanda? Hati-Hati Rakyat Malaysia!

  • Jangan Terburu-Buru Sebar Maklumat Palsu Virus Korona, Ada Netizen Ditangkap!

  • Adakah Coronovirus Turut Menjangkiti Kanak-kanak?

  • Berita Baik, Nantikan April 2020, Vaksin Virus Korona Bakal Diuji!

  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 11/11/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan