Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Igauan Ngeri! Mungkin COVID-19 Terus Mengganas Hingga Hujung Tahun Ini?

Igauan Ngeri! Mungkin COVID-19 Terus Mengganas Hingga Hujung Tahun Ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Mesti pembaca sudak muak dengar berita pasal virus korona kan? Sejak Disember 2019, jumlah mereka yang dijangkiti semakin bertambah hingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan ia sebagai isu kecemasan global.

Berikut adalah jumlah terkini kes virus korona baharu di Malaysia:

Pakar menganggap virus ini sebagai satu ancaman pandemik yang sukar dikawal penularannya.

Pelbagai jenis tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa bagi membendung wabak ini, namun tiada satu pun yang kelihatan berkesan.

Iran mengambil tindakan drastik menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai memandangkan wang fizikal boleh menyebarkan jangkitan.

Persoalan yang sering ditanya adalah “adakan mimpi ngeri ini akan berakhir?”

Jangkitan virus novel akan berlanjutan sehingga penghujung 2020

jangkitan virus novel

Melihat pada pola penyebaran virus novel pada gelombang yang kedua, kemungkinan besar ia tidak akan berakhir pada musim panas seperti yang pernah diutarakan ahli akademik.

Anda mungkin minat untuk membaca:

Menurut Profesor Madya Hsu Li Yang, Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), virus ini kemungkinan akan menular sepanjang tahun 2020.

Wabak virus korona yang menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS) pada tahun 2003 tidaklah seteruk ini.

Jangkitan virus novel yang bakal menjadi sebahagian daripada hidup manusia

saluran pernafasan

Terdapat tiga senario yang bakal dialami seluruh dunia.

Perkara ini diutarakan Profesor Tikki Pangestu, Mantan Pengarah Jabatan Kajian Polisi Dan Kerjasama WHO.

  1. Perkara ini akan berterusan menjadi isu kecemasan global. Lebih banyak negara akan terjangkit dan jumlah mereka yang mengalami simptom teruk meningkat.
  2. Seperti virus SARS pada tahun 2003, virus korona baharu akan hilang secara tiba-tiba menyebabkan wabak ini berakhir.
  3. Virus ini hidup bersama dengan manusia. Perkara ini dapat dilihat pada virus selesema babi (H1N1).

Ini adalah beberapa apa yang anda perlu tahu mengenai virus korona baharu:

https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

WHO lebih menekankan senario ketiga memandangkan jumlah mereka yang dijangkiti meningkat hari demi hari.

Mungkin ia bagai virus selesema yang mudah berjangkit dan menyebabkan komplikasi pada individu dengan masalah sistem imun.

Setiap individu perlu bersedia menerima kewujudan virus korona baharu memandangkan pola jangkitannya tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan beralah.

Langkah-langkah pencegahan perlu diambil dan setiap individu perlu memberikan kerjasama untuk tidak pergi ke negara lain tanpa urusan mustahak.

Masih ingatkah anda akan wabak pandemik selesema Sepanyol yang telah meragut nyawa 50 hingga 100 juta individu pada tahun 1918?

Ia merupakan gambaran berkenaan dengan apa yang akan berlaku sekiranya kita gagal mengawal atau menyeimbangi keperluan untuk merawat dan mencegah wabak yang sedang melanda.

Langkah pencegahan jangkitan virus novel yang lebih agresif

jangkitan virus novel

Kini sejak PKPB, kebanyakan bangunan sudah meletakkan kaunter pemeriksaan suhu badan sebagai prasyarat untuk masuk ke dalam bangunan.

Mereka dengan suhu badan yang tinggi digalakkan mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Hand sanitizer diletakkan di serata tempat bagi menggalakkan orang lalu lalang menggunakannya.

Hakikatnya, jika 100 orang memakai topeng muka sekalipun, terdapat 1 individu yang membawa virus korona batuk tanpa topeng, sebahagian besar berisiko untuk dijangkiti.

Topeng muka bukanlah satu alternatif berkesan dalam menghalang penyebaran wabak yang menjangkiti saluran pernafasan manusia.

Anda perlu mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul dan cuci tangan secara kerap menggunakan air dan sabun. Elakkan bersalam dan berpelukan sesama sendiri.

Perkara paling bertanggungjawab yang boleh anda lakukan adalah dengan mengkuarantinkan diri sendiri atau berjumpa dengan doktor pada kadar segera sekiranya terdapat simptom saluran pernafasan atau simptom gastrousus seperti cirit-birit.

[mc4wp_form id=”115319″]

Konklusi

Jumlah mereka yang dijangkiti tidak akan menurun dengan sendirinya. Anda perlu menggalakkan rakan-rakan dan saudara terdekat untuk lebih berhati-hati.

Ikut nasihat dan saranan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan pastikan anda tidak terjebak menyebarkan maklumat palsu.

Virus korona baharu boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan manusia. Jika anda dijangkiti, rujuk doktor anda untuk tindakan selanjutnya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, HelloHealthCoronaVirus

Baca Juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Covid-19 likely to last till end-2020 at least: Experts. (https://www.straitstimes.com/singapore/health/coronavirus-covid-19-likely-to-last-till-end-2020-at-least-experts). Diakses pada 11 Mac 2020.
  2. Take this seriously. Coronavirus is about to change your life for a while. (https://edition.cnn.com/2020/03/11/politics/what-matters-coronavirus-is-about-to-change-your-life/index.html), Diakses pada 11 Mac 2020.
  3. Basic protective measures against the new coronavirus. (https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public). Diakses pada 11 Mac 2020.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 06/05/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan