Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/05/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pasti ada di antara kita ingin mengetahui maksud yang dikatakan sebagai sembuh jangkitan COVID-19, bukan?

Berikut adalah antara jawapan berkaitan proses pemulihan ini.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

65,697

Disahkan

9,196

Sembuh

360

Kes Kematian
Peta sebaran

Sembuh jangkitan COVID-19

Bagi anda yang mengikuti berita tentang coronavirus, pastinya anda akan berasa lega apabila mengetahui ramai individu yang terkena jangkitan ini berjaya sembuh.

Tetapi bagaimana yang dikatakan sembuh jangkitan COVID-19, jika vaksin untuk mengubati virus ini masih dalam proses kajian.

Adakalanya proses pemulihan hanya melibatkan pemantauan mahupun kuarantin diri.

Ini seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Baca juga:

Masih Belum Terlambat Untuk Mencegah, Ada 16 CARA BERKESAN Elak Jangkitan COVID-19

Persoalan umum tentang sembuh jangkitan COVID-19

Berikut dikongsikan beberapa persoalan yang kerap ditanyakan oleh kebanyakan individu berkaitan proses pemulihan virus ini.

  1. Berapa lama masa diperlukan untuk pulih?

Umumnya, proses pemulihan akan bergantung kepada betapa teruknya keadaan anda semasa dijangkiti virus ini. 

Sesetengah individu akan pulih dengan cepat, namun bagi yang lain mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang.

Beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kadar pemulihan dan risiko menyebabkan jangkitan lebih kronik adalah seperti usia, jantina dan masalah kesihatan yang dialami

Semakin invasif rawatan yang diberikan dan semakin lama tempoh rawatan, maka tempoh pemulihan juga akan bertambah.

  1. Bagaimana badan melawan jangkitan COVID-19?

Apabila seseorang itu dijangkiti coronavirus, badan akan mula menghasilkan protein dipanggil antibodi untuk melawan jangkitan. 

Antibodi ini akan mula bertindak ke atas virus dan mengekangnya daripada merebak di dalam badan.

Keadaan tersebut akan membuatkan simptom mulai berkurangan dan anda akan berasa lebih baik.  

Pada akhirnya sistem imun akan memusnahkan segala virus yang ada dalam badan, sekali gus menjadikan individu yang dijangkiti pulih dan sembuh jangkitan COVID-19.https://hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/menghindari-jangkitan-covid-19/

Biasanya individu dijangkiti sindrom pernafasan akut teruk (SARsS-CoV-2) akan berasa sakit selama kira-kira 7 hari bermula dari hari pertama wujudnya gejala. 

Walaupun simptom yang dialami hilang, namun masih terdapat jumlah kecil virus dalam sistem pernafasan.

Disebabkan itu mereka perlu diasingkan atau menjalani proses kuarantin bagi memastikan keadaan benar-benar pulih. 

  1. Bagaimana pula dengan imuniti?

Apabila anda pulih daripada jangkitan virus, badan akan menyimpan sel-sel dikenali sebagai limfosit dalam sistem.

Kehebatan sel ini adalah dapat mengingati virus yang pernah dilihat dan akan bertindak balas segera untuk melawannya kembali. 

Sekiranya anda terdedah kepada virus yang pernah menjangkiti, antibodi cenderung bertindak untuk memusnahkan virus sebelum timbulnya simptom.

Hasilnya anda kebal daripada jangkitan. Itu adalah prinsip kebanyakan vaksin.

Namun, ada imuniti yang akan berkurangan dari masa ke masa, seperti melibatkan jangkitan beguk (mumps).

Ia menjadikan anda terdedah kepada virus pada masa hadapan.

Oleh sebab itu pentingnya untuk melakukan vaksinasi semula (booster shot).

proses pemulihan

  1. Adakah imuniti terhadap COVID-19 dapat bertahan lama?

Menurut Pengarah Hong Kong University’s School of Public Health, Dr Keiji Fukuda, “Apabila anda dijangkiti, sistem imun akan ditingkatkan bagi melawan virus tersebut.”

“Untuk dijangkiti lagi anda perlu berada dalam situasi yang luar biasa atau kecuali sistem kekebalan badan anda tidak berfungsi dengan betul,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, persoalan dijangkiti semula adalah 1 gambaran yang berbeza dalam situasi seperti COVID-19 ini. 

Baca juga:

Namun, setakat ini persoalan berkaitan imuniti coronavirus hanya dapat dijawab dengan mengembangkan ujian serologi untuk antibodi yang terdapat SARS-CoV2, patogen COVID-19.

Ia bukan sahaja memberikan lebih banyak maklumat tentang tindak balas sistem imun individu, tetapi saintis juga dapat mengenal pasti jumlah populasi yang terjejas dengan lebih tepat. 

  1. Jika sudah pulih, masihkah boleh menjangkiti individu lain?

Penyelidikan sementara dari Jerman mencadangkan jangkitan COVID-19 adalah berbeza dengan wabak SARS yang melanda dunia pada 2003.

Ia menunjukkan di mana pasakit yang sembuh dengan simptom ringan kurang berisiko selepas 10 hari jatuh sakit. 

Walau bagaimanapun, berdasarkan 4 profesional perubatan yang dirawat di hospital di Wuhan, virus masih bertahan di dalam badan sehingga 2 minggu setelah sembuh daripada simptom. 

  1. Wujudkah risiko jangkitan kali ke-2?

Sembuh jangkitan COVID-19 bermakna seseorang itu akan imun, sekurang-kurangnya untuk beberapa tempoh masa. 

Walau bagaimanapun, wujud keraguan berkaitan jangkitan coronavirus apabila pada Februari, seorang wanita berusia lewat 40-an yang dikeluarkan dari hospital di Osaka, Jepun, didapati positif untuk kali kedua.

Tip Menjaga Social Distancing di rumah

Social distancing atau penjarakan sosial bukan je perlu dilakukan di luar rumah. Di dalam rumah juga perlu, terutamanya kalau ada ahli keluarga yang menunjukkan simptom.

Hello Doktor 发布于 2020年3月27日周五

Ini termasuk juga kes melibatkan penumpang Diamond Princess dan 1 kes di Korea Selatan.

Malahan di China melaporkan 14% pesakit menjalani proses pemulihan dikatakan positif kembali.

Namun segalanya masih terlalu awal untuk disahkan.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), setakat ini tindak balas sistem imun terhadap penyakit ini masih belum dapat difahami sepenuhnya. 

  1. Jika sudah sembuh jangkitan virus, apa yang boleh dilakukan?

Sekiranya penyelidik dapat menunjukkan, individu yang pulih, imun terhadap virus corona ini, maka secara teorinya ini akan dapat membantu menyokong sistem rawatan kesihatan dengan merawat mereka yang dijangkiti.

 

Terus bertahan untuk sembuh jangkitan COVID-19

Diharapkan perkongsian artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami situasi individu yang sembuh jangkitan COVID-19.

Apa yang pasti, selagi dunia perubatan belum dapat menemui vaksin bagi melawan jangkitan wabak ini, kita semua perlu terus berganding bahu untuk mengekang penularannya.

Teruskan dengan amalan jarak sosial bagi mencegah penyebaran jangkitan COVID-19 ini. 

Dalam masa yang sama teruskan amalan penjagaan kebersihan dengan kerap mencuci tangan dan duduk di rumah selagi tiada keperluan untuk keluar.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

Terdapat mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kanser, Kanser Serviks 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Anak Selalu Jatuh Sakit? Ibu Cuba Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem IMUN LEMAH!

Anak selalu tidak sihat? Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil. Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

Jika anda merupakan pesakit diabtes, anda perlu ambil vaksin flu dalam masa terdekat ini. Tanpa suntikan flu ini, akan berlaku komplikasi yang lebih buruk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

Jangan anggap bilangan kes sedikit bermaksud virus korona sudah berakhir! Coronavirus di Malaysia ada dan belum pulih lagi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sistem imun lemah

FAKTA! Lelaki Lebih Mudah Jatuh Sakit Daripada Wanita, Puncanya Hormon Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
keselamatan anak

Parents, Usah Leka! Utamakan Keselamatan Anak Di Rumah Semasa PKPB, Awasi 5 Perkara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
penggunaan probiotik masalah kulit ekzema

Boleh Ke Probiotik Merawat Masalah Kulit Ekzema? Ini Jawapan Menurut Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun psoriasis

Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan