Cuci Sayur Guna Sabun? Ini Mengarut! Bukan Saja Tak Hapus COVID-19, Tapi Juga Bahaya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pada ketika ini, ramai dalam kalangan kita yang sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutama sekali sewaktu keluar dari rumah.

Tidak kiralah ketika mahu menaiki pengangkutan awam, pergi ke pasar raya atau mengisi minyak kereta, pasti setiap individu akan cuba untuk mengurangkan sebarang sentuhan yang tidak perlu bagi meminimumkan risiko jangkitan wabak COVID-19.

Apabila kita pergi ke pasar raya untuk membeli barang keperluan dapur, mungkin kita pernah terfikir beberapa persoalan seperti berikut:

  • Adakah virus COVID-19 ini wujud pada permukaan sayur-sayuran yang hendak dibeli?
  • Bolehkah jangkitan merebak melalui sayur-sayuran sekiranya ia telah disentuh atau dibelek oleh mereka yang telah dijangkiti?
  • Berapa lamakah virus COVID-19 ini boleh bertahan pada permukaan sayur-sayuran?
  • Adakah saya patut mencuci sayur-sayuran yang telah dibeli dengan menggunakan sabun terlebih dahulu sebelum dimakan?

Ikuti jawapannya di bawah ini. Sebelum itu, ketahui bilangan semasa kes COVID-19 di Malaysia melalui statistik berikut.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

22,957

Disahkan

9,196

Sembuh

199

Kes Kematian
Peta sebaran

Tiada bukti COVID-19 boleh tersebar melalui makanan seperti sayuran

mencuci sayuran

Terdapat beberapa cadangan atau idea agar mencuci sayuran melalui penggunaan sabun terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19.

Malah, ada juga yang mencadangkan agar sayur-sayuran yang dibeli itu direndam terlebih dahulu dalam air bersabun dan mencucinya dengan menggunakan sabun selama 20 saat.

Menurut Profesor Benjamin Chapman, Pakar Keselamatan Makanan yang berkhidmat di North Carolina State University, terdapat isu ketoksikan yang mungkin berlaku jika kita berbuat seperti sedemikian.

Artikel berkaitan:

Profesor Benjamin berkata, sekiranya kita mencuci sayuran bersama penggunaan sabun seperti kaedah tersebut, ia akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan pada tubuh seperti iritasi gastrousus ringan selain rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan sakit perut. 

Beliau juga menekankan sayur-sayuran atau buah-buahan mempunyai banyak liang-liang kecil yang boleh menyerap sabun, yang kemudiannya memberikan kesan buruk pada tubuh individu yang memakannya.

Tiada bukti sabun boleh memusnahkan virus COVID-19 100%

penggunaan sabun

Walaupun anda rasa seperti anda patut mencuci sayuran dengan penggunaan sabun sebagai langkah berjaga-jaga, ia seolah-olah satu perkara yang sia-sia.

Ini kerana, tidak terdapat sebarang bukti yang menyatakan mencuci sayuran dengan menggunakan sabun boleh membunuh atau menghapuskan virus COVID-19 ini dengan sepenuhnya. Begitu juga dengan virus-virus yang lain.

Artikel berkaitan:

4 Individu Ini LEBIH BERISIKO Dijangkiti COVID-19, Info Lengkap Coronavirus Anda Wajib Tahu

Cara terbaik adalah dengan mencuci sayuran atau buah-buahan yang telah dibeli di pasar raya dengan menggunakan air mengalir yang bersih seperti air paip di rumah anda.

Perlukah saya mengkuarantinkan barangan dapur yang dibeli selama 3 hari?

Anda mungkin tidak percaya dengan tindakan ini, tetapi ia benar-benar dilakukan oleh sesetengah daripada kita yang merasakan bahawa barangan yang dibeli turut perlu dikuarantinkan terlebih dahulu.

Ia mungkin belum lagi berlaku di Malaysia, tetapi adalah lebih baik untuk kami mengingatkan anda terlebih dahulu sebelum ia mula menjadi satu trend.

Walaupun ada kajian yang menyatakan virus COVID-19 boleh bertahan hidup pada permukaan kadbod selama 24 jam dan pada plastik dan barang keluli selama 72 jam, tapi amalan mengkuarantinkan makanan ini sememangnya tidak perlu.

Menurut Profesor Benjamin lagi, tidak terdapat bukti bahawa makanan seperti sayuran atau pembungkus makanan menjadi alat pengangkut atau ejen penyebar bagi jangkitan virus ini.

Video berikut memaparkan bagaimana virus ini boleh tersebar.

Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?

Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus

Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020

Cuba fikirkan, adakah anda akan mengkuarantinkan kesemua barangan dapur anda termasuklah barangan mudah rosak seperti susu, daging, aiskrim dan sayuran?

Virus COVID-19 sememangnya tidak aktif pada suhu bilik dan boleh bertahan hidup selama beberapa jam, namun cara seperti ini tidak perlu.

Ini kerana, jika anda menganggap bahawa kesemua barangan perlu dikuarantin, secara tidak langsung anda telah menganggap kesemua barangan yang anda beli telah tercemar dengan virus COVID-19.

Adakah anda terfikir, selamatkah tangan anda daripada jangkitan virus tersebut saat di mana anda memilih, membelek, membeli dan membawa kesemua barangan tersebut ke rumah anda? 

Jika makanan tersebut dikuarantin, maka anda juga lebih patut untuk dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan sayur-sayuran tersebut. 

Mungkin anda mahu mengkurantinkan barangan yang dibeli agar ia lebih selamat, namun anda lupa, barangan anda boleh menjadi rosak dan ia lebih banyak memberikan kesan buruk jika anda makan makanan yang telah rosak atau tercemar dengan bakteria. 

Cara terbaik elakkan jangkitan virus COVID-19

Anda mungkin berfikir bahawa mencuci sayuran melalui penggunaan sabun adalah kaedah terbaik untuk elakkan jangkitan virus.

Namun, perkara yang sepatutnya anda lakukan atau beri keutamaan adalah, tidak berada terlalu lama di pasar raya tersebut dan sentiasa jaga jarak anda dengan individu lain.

Artikel berkaitan:

Adalah satu perkara yang sia-sia jika anda beria-ria mencuci sayuran sejurus pulang ke rumah, namun pada ketika anda membelinya, anda berebut-rebut atau berpusu-pusu dengan individu lain dengan pelbagai sentuhan fizikal.

Bukan sayur yang membawa pulang virus ke rumah, tetapi diri anda sendiri. Jaga jarak anda adalah kunci utama dalam memutuskan rantaian jangkitan. Begitu juga dengan lockdown atau kuarantin.

Ketahui perbezaannya di bawah ini.

jarak sosial

Selain itu, kerap cuci tangan anda selepas pulang dari pasar raya atau tempat-tempat awam. Sediakan sebotol hand sanitizer dalam kereta anda dan gunakannya sebaik sahaja anda masuk ke dalam kereta selepas membeli barangan.

Artikel berkaitan:

Jika tiada hand sanitizer, cuci tangan anda dengan menggunakan sabun dan air bersih setelah sampai ke rumah. Ia adalah cara membersihkan tangan yang lebih berkesan bagi mencegah penularan virus COVID-19.

Cara mencuci sayuran dan buah-buahan dengan betul

penggunaan sabun

  • Sentiasa mencuci sayuran dan buah-buahan terlebih dahulu walaupun ia adalah produk organik atau yang ditanam sendiri
  • Basuh dengan menggunakan air mengalir yang bersih
  • Sekiranya perlu, sentalkan sedikit permukaan sayur atau buah-buahan tersebut dengan menggunakan berus lembut yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tangan sahaja
  • Keringkan buah-buahan dan sayuran dengan menggunakan tisu 
  • Ingat, jangan sesekali menggunakan penggunaan sabun untuk mencuci sayuran kerana sayuran boleh menyerap sisa sabun tersebut
  • Jangan merendam sayur dan buah-buahan di dalam air kerana dikhuatiri berlakunya pencemaran silang
  • Buang lapisan pertama bagi sayuran berdaun hijau seperti kobis, salad sebelum dicuci

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pssttt… Rahsia Untuk Kurangkan Risiko Dapat Diabetes Jenis 2, Amalkan Pengambilan Serat!

    Serat yang diperoleh daripada makanan seperti sayuran mempunyai banyak manfaat. Salah satu manfaat serat ialah kurangkan risiko diabetes jenis 2!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 18/09/2020 . 3 minit bacaan

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Makan buah-buahan dan sayuran baik untuk kesihatan, walaupun mungkin tidak ramai mengamalkannya, tapi bagaimana pula jika ia boleh mengubah warna kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Tak semua orang gemar makan sayuran, tetapi masih ramai mahu mengamalkan cara diet sihat. Artikel ini mampu bantu anda yang bencikan sayur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 24/08/2020 . 3 minit bacaan

    Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

    Pakai pelitup muka terlalu lama buat sakit telinga? Jangan risau kerana ada cara mudah & murah untuk menyelesaikannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 17/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suhu badan manusia

    Angkara Mahu Cepat, Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 2 minit bacaan
    kesihatan mental

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    larangan rentas daerah di sabah

    Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    wanita hamil

    Selamat Ke Untuk Wanita Mengandung Pakai Pelitup Muka? Ini Penjelasan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan