Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Bosan Masak Sepanjang Kawalan Pergerakan? FoodPanda & GrabFood Sediakan Contactless Delivery!

Bosan Masak Sepanjang Kawalan Pergerakan? FoodPanda & GrabFood Sediakan Contactless Delivery!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan baru-baru ini tidak menghalang anda untuk terus menikmati perkhidmatan penghantaran ke rumah seperti yang ditawarkan oleh Foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia.

Artikel berkaitan:

Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar khususnya, anda boleh kekal berada di rumah sepanjang tempoh 14 hari ini jika risau untuk keluar rumah.

Caranya adalah dengan mendapatkan bekalan makanan melalui servis penghantaran makanan seperti Foodpanda dan Grab.

Sementara itu, kadar kes COVID-19 terus meningkat dari semasa ke semasa. Berikut adalah statistiknya:

Servis Foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia terus berjalan seperti biasa, jamin kebersihan operasi dengan lebih ketat

grab malaysia

Baru-baru ini, Foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia mengumumkan mereka akan terus menyediakan perhidmatan penghantaran seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Artikel berkaitan:

Namun, ada sesetengah daripada pengguna yang mempersoalkan beberapa perkara seperti tahap kebersihan rider dan juga kesangsian mereka terhadap risiko jangkitan COVID-19 yang mungkin boleh diperoleh daripada rider.

Berikut adalah info yang lebih tepat berkenaan bagaimana anda boleh BERTINDAK daripada dijangkiti virus COVID-19.

foodpanda malaysia

Pihak Foodpanda Malaysia menegaskan mereka sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi rider daripada jangkitan COVID-19.

Antara langkah yang diambil oleh Foodpanda Malaysia ialah:

Foodpanda Malaysia perkenalkan servis penghantaran secara “contactless”

foodpanda malaysia

Bagi memastikan agar kedua-dua rider dan juga pelanggan sentiasa selamat dan kurang melakukan sebarang interaksi fizikal, Foodpanda Malaysia juga memperkenalkan kaedah penghantaran secara “contactless”.

Artikel berkaitan:

Kedua-dua rider dan pengguna boleh memilih untuk melakukan kaedah ini. Berikut merupakan cara kaedah penghantaran “contactless” yang diaplikasikan oleh Foodpanda Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan:

  1. Pilih mod pembayaran secara atas talian (online payment).
  2. Beritahu kepada rider melalui fungsi chat bahawa anda memilih untuk menggunakan kaedah penghantaran “contactless”.
  3. Rider akan meletakkan atau meninggalkan makanan yang ditempah pelanggan di satu lokasi drop-off yang telah ditentukan di kawasan perumahan atau tempat kerja.
  4. Kemudian, rider akan memberitahu pelanggan bahawa makanan mereka telah tiba melalui fungsi chat atau panggilan telefon dalam jarak selamat. Jarak selamat sekurang-kurangnya 1 meter akan sentiasa diamalkan sewaktu pelanggan mengesahkan telah menerima makanan mereka daripada rider.

Kesemua servis di bawah Grab terus berjalan

grab malaysia

Bagi Grab Malaysia, semua servis penghantaran yang dikendalikan akan terus berjalan seperti biasa. Ini termasuklah perkhidmatan GrabFood, GrabMart, GrabCar dan GrabExpress.

Usaha ini adalah bagi menyokong kesemua pemandu, rakan penghantaran, rakan dagangan, penumpang dan juga staf ketika melalui waktu-waktu yang sukar seperti ketika ini.

Bagi pengguna yang berasa risau untuk bersesak-sesak ketika menggunakan perhidmatan pengangkutan awam, anda masih boleh memilih untuk menggunakan GrabCar untuk ke mana-mana destinasi. Tetapi pastikan anda sentiasa mengetahui cara yang terbaik untuk mengelakkan daripada dijangkiti seperti yang dijelaskan melalui video ini.

https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/2789383271108165/

Grab Malaysia juga menyatakan mereka akan terus memberikan update terhadap perkembangan semasa berkenaan servis mereka kepada semua pelanggan mereka.

[mc4wp_form id=”115319″]

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/575443/foodpanda-operate-usual

https://www.thesundaily.my/local/foodpanda-introduces-contactless-delivery-service-KD2140936

https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/575366/grab-continue-services-during-restricted-movement-order-period

https://www.edgeprop.my/content/1662912/covid-19-foodpanda-implement-contactless-delivery

GrabFood and GrabCar to run as usual during restricted movement

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 08/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung