Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Ibu Risau Anak Demam? Ini Tip Ambil Bacaan Suhu Dengan Tepat Di Rumah!
Bacaan suhu badan anak penting untuk memantau kesihatan, terutama ketika demam atau selepas vaksinasi. Suhu normal anak biasanya antara 36.5°C hingga 37.5°C. Suhu 38 apakah normal?
Bacaan melebihi 38°C dianggap demam dan perlu dipantau dengan teliti, terutama jika disertai gejala lain seperti lesu, menangis berlebihan atau tidak mahu makan.
Ini cara mengetahui bacaan suhu badan anak yang boleh anda lakukan segera tanpa pergi ke klinik.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Untuk periksa suhu badan, perkara pertama tentulah anda memerlukan termometer. Ada 5 jenis termometer yang boleh membantu memudahkan urusan anda untuk mengambil bacaan suhu badan anak.
3 Termometer digital:
Ada beberapa cara untuk memeriksa suhu badan anak.
Rektum (dimasukkan pada bahagian punggung) – kaedah paling tepat untuk kanak-kanak di bawah usia 3 tahun
Oral (dimasukkan ke mulut) – kaedah terbaik untuk kanak-kanak berusia 4 atau 5 tahun ke atas yang boleh memberikan kerjasama
Axillary (di bawah ketiak) – pilihan yang kurang bagi termometer digital
Termometer telinga elektronik (tympanic) – mengukur gelombang haba dari telinga sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas
Terdapat juga beberapa jenis termometer yang tidak disaran untuk digunakan kerana kurang tepat, seperti:
Basuh bahagian hujung termometer dengan sabun dan bilas dengan air.
Lembapkan bahagian hujungnya dengan cecair seperti gel petroleum.
Terdapat 2 cara kedudukan anak untuk memudahkan anda periksa suhu badan mereka:
Baringkan mereka dalam posisi meniarap pada paha anda (pastikan anda duduk dalam permukaan yang rata) dan pastikan anda memegang bahagian belakang badan si manja
Baringkan mereka dalam posisi menelentang dan bengkokkan sebelah kaki ke arah dada mereka, pegang bahagian paha untuk menahannya
Dengan menggunakan tangan lagi sebelah, masukkan termometer ke dalam punggung mereka, kedalaman sekitar ½ hingga 1 inci atau sehingga hujung termometer masuk ke dalam punggung.
Jangan paksa jika anda berasakan ada sesuatu yang menghalang.
Tunggu sehingga anda mendengar bunyi ‘bip’ atau sebarang signal menandakan bacaan suhu badan anak sudah diperolehi.
Catatkan suhu dan masa anda periksa suhu si kecil.
Bacaan suhu badan normal ikut peringkat umur.
Suhu badan normal bayi 1 tahun ke atas #Bacaan suhu oral
Mengambil suhu menggunakan termometer oral adalah mudah untuk anak yang lebih besar dan dapat memberikan kerjasama.
Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas anak anda selesai makan atau minum sebelum periksa suhu menggunakan kaedah ini.
Pastikan tiada gula-gula getah atau sebarang gula-gula di dalam mulut anak.
Letakkan hujung termometer pada bahagian bawah lidah dan minta anak untuk menutup mulut.
Ingatkan anak untuk tidak menggigit atau bercakap ketika suhu diambil dan pastikan mereka dalam keadaan tenang dan bernafas seperti biasa.
Tunggu sehingga bunyi ‘bip’ atau sebarang signal menandakan suhu badan sudah sedia diperolehi.
Catatkan suhu dan masa anda periksa suhu si kecil.
Suhu normal bayi di ketiak #Bacaan suhu axillary
Cara paling mudah untuk mengambil bacaan suhu badan anak. Walaupun ia mungkin tidak setepat bacaan suhu rektum atau oral, tapi sesetengah ibu bapa lebih senang menggunakan kaedah ini.
Bukakan baju anak dan letakkan termometer di bawah ketiak. Ia mestilah menyentuh kulit dan bukannya lapisan baju.
Rapatkan lengan anak ke dada untuk memastikan termometer berada di tempatnya.
Tunggu sehingga bunyi ‘bip’ atau sebarang signal menandakan suhu badan sudah diperolehi. Jangan lupa catatkan suhu dan masa, okay?
Kombinasi kaedah bacaan suhu badan anak
Penting untuk mengetahui cara memeriksa suhu badan anak.
Jika anda tidak yakin dengan bacaan suhu menggunakan 1 kaedah sahaja. Anda boleh menggabungkan 2 kaedah ketika periksa suhu badan si kecil.
Baru lahir hingga 2 tahun – gabungan kaedah rektum dan axillary
2 hingga 5 tahun – kombinasi kaedah rektum dan axillary
5 tahun dan ke atas – gunakan kaedah oral dan axillary
Tanpa mengira kaedah yang digunakan, pastikan anda tidak mengambil atau periksa suhu badan anak, dalam 2 situasi, iaitu:
Selepas anak selesai mandi atau dia didakap kuat. Ini kerana ia boleh menjejaskan bacaan suhu
Membiarkan si kecil sendirian ketika bacaan suhu diambil. Bahaya!
Setelah suhu badan diambil, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera jika:
Anak anda berusia di bawah 3 bulan dan suhu badan 38℃ atau lebih
Anak anda di bawah usia antara 3 hingga 6 bulan dan suhunya 39℃ atau lebih
Anak anda berusia 6 bulan hingga 2 tahun dan suhunya melebihi 39℃
Jika anda tidak pasti atau mempunyai sebarang kebimbangan berkaitan keadaan si kecil, bawalah mereka berjumpa doktor. Jangan terus menganggap ia perkara biasa dan memandang remeh isu ini, okay?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
https://kidshealth.org/en/parents/take-temperature.html?WT.ac=ctg/ Accessed on Mac 27, 2020
https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/thermometer/art-20047410/ Accessed on Mac 27, 2020
https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/fever/Pages/How-to-Take-a-Childs-Temperature.aspx/ Accessed on Mac 27, 2020