Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Dalam usaha menangani pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia, pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan jayanya oleh kerajaan Malaysia.

Berikut adalah jumlah terkini kes positif COVID-19 di negara kita:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

10,576

Disahkan

9,196

Sembuh

131

Kes Kematian
Peta sebaran

Antara usaha tersebut adalah dengan mengeluarkan Perintah Kawalan Berkurung (PKP) secara berperingkat bagi menyekat pergerakan rakyat untuk mencegah penularan virus.

Pada ketika ini pula, kita semua sedang menjalani fasa Perintah Kawalan Berkurung Bersyarat (PKPB) yang mungkin akan berakhir pada tanggal 9 Jun 2020.

Ini bermakna wujud kemungkinan untuk kerajaan membuka kembali lebihan sektor pekerjaan yang sebelum ini dihadkan bagi membolehkan rakyat Malaysia kembali bekerja.

Namun, ada beberapa perkara penting yang para majikan dan pekerja perlu tahu sebelum kembali ke tempat kerja.

Perhatian kepada para majikan & pekerja

Mungkin semasa PKP dan PKPB lagi, ada sektor pekerjaan yang berjalan seperti biasa terutamanya para petugas barisan hadapan COVID-19 dan beberapa lagi sektor yang penting.

Dalam usaha kerajaan melancarkan kembali aliran ekonomi negara, lebihan sektor pekerjaan yang sebelum ini dihadkan mungkin akan dibuka berpandukan prosedur operasi standard (SOP).

Majikan perlu bertanggungjawab untuk sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan para pekerja tidak kira jika mereka bekerja dari rumah ataupun tempat kerja.

Bagi para pekerja pula, adalah penting untuk anda semua bekerja sambil mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 yang merupakan senjata utama melawan pandemik ini.

virus korona

Tolong amalkan langkah wajib ini di tempat kerja!

Berikut adalah apa yang wajib para majikan dan pekerja buat untuk selamat dari terjangkiti virus korona baharu sesuai dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO):

Artikel berkaitan: 

Tiada Jaminan Selamat- Sebelum Dijangkiti, Sediakan 4 Perkara Ini Dulu: FIRST AID COVID-19

#1. Kebersihan persekitaran tempat kerja

Sebelum mula melangkah masuk ke pejabat atau kilang, pastikan majikan tempat kerja kalian telah melakukan prosedur disinfeksi atau nyahkuman terlebih dahulu.

Kemudian, jangan lupa untuk bersihkan segala permukaan seperti meja, kerusi, telefon, komputer dan segala peralatan yang akan digunakan kelak.

#2. Polisi tidak bersalam tangan di era pandemik COVID-19

Mungkin sudah jadi tradisi masyarakat kita untuk bersalam bagi menunjukkan rasa hormat dan mesra. Pun begitu, ini semua perlu dikorbankan demi kesejahteraan sejagat.

Sebaliknya, kalian boleh cuba pelbagai jenis salaman yang tidak melibatkan sentuhan. Sebagai contoh, salam wakanda yang mungkin terlihat kelakar namun ternyata selamat.

#3. Sanitasi tangan untuk pekerja dan pelawat

Para majikan perlu membekalkan sanitasi tangan di setiap pintu masuk premis dan mewajibkan setiap individu yang ingin melangkah masuk ke premis tempat kerja anda menggunakannya terlebih dahulu.

#4. Akses untuk mencuci tangan dengan kerap

Tandas atau bilik mandi sahaja mungkin tidak mencukupi untuk memastikan kakitangan sentiasa mencuci tangan dengan kerap. Jadi, sediakanlah satu singki atau pili air berserta sabun yang mudah diakses.

tempat kerja

#5. Penyelengaraan fasiliti

Dalam pada itu, majikan tidak seharusnya mengabaikan penyelenggaraan fasiliti seperti tandas, bilik mandi, pantri, ruang makan, ruang rehat, ruang solat serta sistem perparitan di tempat kerja.

Ini juga adalah kunci utama kepada kebersihan di premis anda.

#6. Penyediaan kemudahan kebersihan

Virus korona baharu ini boleh melekat pada permukaan peralatan di tempat kerja anda terutamanya yang agak kotor seperti tong sampah, penyapu, penyodok dan sebagainya.

Jadi, tukarkan plastik sampah secara berkala dan uruskan segala sampah di premis sebaiknya.

Bukan sahaja di rumah, di tempat kerja juga anda perlu beri lebih perhatian kepada peralatan-peralatan berikut:

#7. Bersedia dengan keadaan luar jangka

Ini adalah peringatan penting buat majikan- Majikan tidak boleh memaksa pekerja datang bekerja sekiranya berlaku keadaan luar jangka.

Sila bersedia dengan lebih awal dan berikan sedikit kelonggaran untuk mereka bekerja dari rumah, bercuti atau berehat sahaja jika keadaan tidak mengizinkan pekerja datang bekerja.

#8. Perbincangan atas talian

Ketika bekerja, kita sudah pasti tidak dapat mengelak daripada melakukan perbincangan secara beramai-ramai. Pun begitu, perhimpunan di dalam satu ruang tertutup sebegini harus dielakkan.

Gunakan alternatif seperti perbincangan atas talian dengan rangkaian internet. Jika perlu berhimpun sekalipun, gunakan ruang tidak tertutup yang luas agar penjarakan sosial boleh dipraktikkan.

Dalam pada itu, pastikan setiap peserta sihat. Untuk lebih selamat, wajibkan topeng muka dan sanitasi tangan sepanjang masa perbincangan berlangsung.

Baca juga:

#9. Perjalanan pergi dan balik tempat kerja

Kadangkala, bukan di premis sahaja kita boleh terjangkiti COVID-19 malahan semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja juga.

Oleh itu, cuba elakkan daripada menggunakan pengangkutan awam dan gunakan kenderaan persendirian dengan mengehadkan jumlah penumpang jika boleh.

Sekiranya terpaksa juga, tiada masalah. Cuma pastikan kalian mengamalkan jarak sosial 2 meter, pakai topeng muka dan guna sanitasi tangan sepanjang perjalanan.

#10. Peka dengan perkembangan terkini COVID-19

Akhir sekali, para majikan dan pekerja perlu bersama-sama peka dalam meneliti setiap perkembangan terkini pandemik ini setiap waktu.

Perhatikan jumlah kes di kawasan tempat kerja anda dan jangan sesekali mengingkari perintah yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Ikuti perkembangan terkini COVID-19 yang sahih lagi tepat di pautan berikut: https://hellodoktor.com/ms/coronavirus/

Bersama, kita boleh memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di samping memastikan ekonomi negara kembali pulih seperti sedia kala.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tiada Jalan Lain, COVID-19 Hanya Boleh Dihentikan Jika 50% Penduduk Dunia Buat 3 Perkara Ini!

Umum sudah tahu bahawa virus korona baharu adalah bahaya. Hanya 3 perkara ini sahaja yang mampu mencegah dan melawan ia dari terus berleluasa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Stres Lepas Kena Buang Kerja? Ini 11 Langkah Yang Boleh Anda Ambil Untuk Move On

Mesti stres kalau kena buang kerja semasa PKP kan? Ekonomi masih lagi terjejas dan kini anda tidak tahu bagaimana nak move on. Ketahui 11 cara mudah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 29/07/2020 . 3 minit bacaan

Hikmah Di Sebalik PKP, Kajian Buktikan Orang Malaysia Pilih Amal Gaya Hidup Sihat

Selepas PKP, lebih ramai rakyat Malaysia yang ambil berat terhadap kesihatan diri. Tambah lagi, ramai yang makin cakna menggunakan teknologi telekesihatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Fatin Zahra
Berita, Berita Tempatan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Nak Jimat Duit, Pakai Pelitup Muka Fabrik- Berkesan Ke? Guna Jenis Ini Jika Tak Nak PKP Kembali

Benarkah topeng muka kain tidak efektif dan boleh mengakibatkan kes positif COVID-19 meningkat semula? Ini yang anda perlu tahu kalau tak nak PKP berulang.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Coronavirus, COVID-19 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

pelitup muka

Sakit Telinga Sebab Lama Sangat Pakai Pelitup Muka? Ini 5 Teknik Anda Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
coronavirus di malaysia

Kawasan Utara Semenanjung Diserang COVID-19! Ini Petanda Wabak Belum Berakhir!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
wang simpanan

Penangan COVID-19, Rakyat Malaysia Makin Cakna, Simpan Duit Untuk Situasi Kecemasan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 13/08/2020 . 3 minit bacaan
penghantaran makanan

Order Makanan Online Lebih Selamat Di Musim COVID-19 Ini? Ada 10 Benda Kena Patuhi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 06/08/2020 . 3 minit bacaan