Covid-19 Tambah Stres Pada Doktor, Staf Perubatan? Bagaimana Mereka Hadapinya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

*Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila layarinya di sini.

Wabak COVID-19 yang telah meragut ribuan nyawa dan menyebabkan sekitar 81,000 kes di seluruh dunia sememangnya memberikan kesan negatif terhadap kesihatan mental buat mereka yang sihat. Ini termasuklah kakitangan perubatan.

Apakah kesan kesihatan terhadap barisan hadapan yang bertugas menguruskan pesakit COVID-19?

Isu kesihatan mental dalam kalangan doktor dan staf kesihatan yang lain kadangkala diabaikan kerana ia tidak terzahir secara fizikal.

Namun, apabila masalah ini berlaku secara terus menerus dan dalam tempoh masa yang lama, ia semestinya akan memberikan kesan terhadap kesihatan fizikal mereka.

Oleh itu, amat penting juga untuk kita tahu mengenai kesihatan mental yang dialami oleh petugas-petugas belakang tabir seperti doktor dan anggota kesihatan lain dalam menangani wabak COVID-19.

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

60,752

Disahkan

9,196

Sembuh

348

Kes Kematian
Peta sebaran

Kesihatan mental doktor menghadapi wabak COVID-19

wabak COVID-19

Sehingga hari ini (17 Mac 2020), jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 terus meningkat naik, tidak kira di China mahupun di luar China.

Tidak dapat disangkal lagi, ada daripada kalangan doktor dan staf perubatan yang keletihan dalam menguruskan pesakit yang semakin bertambah.

Malah, ada juga kes doktor yang dijangkiti virus dan akhirnya meninggal dunia.

Menghadapi wabak penyakit berjangkit dalam skala yang besar ini semestinya membuatkan mereka berada di bawah tekanan yang tinggi. Ini kemudiannya menyebabkan kesihatan mental mereka terganggu

Jumlah doktor dan staf perubatan yang tidak seimbang dengan jumlah pesakit yang tinggi memerlukan mereka untuk bekerja tanpa henti dan kurang mendapatkan rehat.

Selain itu, mereka juga telah menyaksikan ratusan pesakit yang tersiksa akibat jangkitan wabak COVID-19 ini sehingga kesihatan mental mereka boleh terganggu.

Bagaimana kerajaan China mengatasi isu kesihatan mental yang dialami doktor dan staf perubatan semasa menangani wabak COVID-19?

kesihatan mental

Isu kesihatan mental yang dialami oleh kumpulan doktor dan staf perubatan lain bukanlah satu masalah yang boleh dipandang remeh.

Kesihatan mental mereka yang terjejas ketika merawat pesakit semestinya memberikan kesan kepada fizikal mereka. 

Impaknya, staf perubatan akan menjadi lebih berisiko untuk dijangkiti berbanding daripada pesakit.

Oleh sebab itu, kerajaan China melakukan beberapa langkah untuk membantu staf perubatan dalam menghadapi masalah dan isu berkaitan kesejahteraan kesihatan mental mereka.

Antara langkah tersebut ialah:

#1. Menyediakan ruang berehat untuk kumpulan perubatan

Salah satu cara kerajaan China dalam menangani isu kesihatan mental doktor dan staf kesihatan yang menguruskan pesakit COVID-19 adalah, dengan menyediakan tempat untuk berehat.

Tempat berehat yang disediakan oleh pihak hospital adalah seperti ‘ruang isolasi’ yang mengasingkan mereka daripada keluarga dan rakan sekerja.

Artikel berkaitan:

Amalan Jarak Sosial, Kuarantin & Isolasi BERBEZA Ikut Individu – Anda Yang Mana?

Selain itu, para doktor dan staf perubatan ini juga diberikan makanan dan barang keperluan harian untuk kegunaan mereka.

Bahkan, tugas mereka setiap hari di hospital juga akan direkodkan dan dikongsikan kepada ahli keluarga, bagi mengurangkan kerisauan orang tersayang.

#2. Mengadakan latihan prakerja

Selain daripada mengadakan latihan prakerja mengenai penyakit dan cara mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19, kakitangan perubatan turut diberikan latihan mengenai masalah psikologi pesakit.

Ini bermaksud, para doktor akan dibekalkan dengan pengetahuan asas berkenaan bagaimana untuk berhadapan dengan pesakit yang mungkin mengalami isu kesihatan mental akibat jangkitan wabak COVID-19.

Apabila mereka berhadapan dengan pesakit yang tidak mahu dikuarantin, staf perubatan ini akan dibantu oleh pihak polis supaya pesakit memberikan bekerjasama.

Dengan cara ini, tekanan yang dialami oleh doktor dan staf perubatan ketika mengendalikan pesakit seperti ini dapat dikurangkan.

#3. Mewujudkan peraturan mengenai alat pelindung diri bagi wabak COVID-19

wabak covid-19

Kumpulan perubatan juga berasa risau berkenaan kekurangan alat pelindung diri seperti baju pelindung dan jugak mask.

Akhirnya, mereka melakukan pelbagai cara untuk menutupi kekurangan tersebut dengan kaedah konvensional yang jelas tidak begitu selamat, seperti:

  • Menambahkan pemakaian mask pakai buang
  • Menggunakan goggle pakai buang secara berulang kali
  • Membungkus kasut dengan beg plastik kerana penutup khas kasut tidak mencukupi

Kekurangan stok alat pelindung diri seperti ini akan meningkatkan risiko penyebaran jangkitan kepada staf perubatan. Tambahan pula, mereka berada di hospital, iaitu lokasi yang tinggi dengan kehadiran kuman seperti virus SARS COV-2.

Kerajaan China pada akhirnya mengeluarkan peraturan pengggunaan mask yang dikuatkuasakan di seluruh Wuhan.

Perkara ini bertujuan sebagai salah satu usaha untuk ‘menyelamatkan’ atau memelihara kesihatan mental para doktor yang perlu berhadapan dengan wabak COVID-19.

#4. Penyediaan fasiliti untuk menenangkan diri

Kerajaan China sangat bimbang dengan tugas atau beban kerja doktor dan staf perubatan lain yang sibuk dalam menangani wabak COVID-19 sehingga mengabaikan kesihatan mental mereka

Oleh itu, beberapa buah hospital telah menyediakan fasiliti untuk mereka menenangkan diri dan melakukan pelbagai aktiviti relaksasi bagi mengendalikan stres yang dialami oleh mereka.

12 Hospital & 6 Makmal Kesihatan Malaysia SEDIA Untuk Ujian Pengesanan COVID-19, Penting Ini!

Pihak kerajaan China juga ada menghantar ahli psikologi dan kaunselor yang akan hadir ke tempat mereka beristirehat. Kaunselor dan juga ahli psikologi akan memberikan sokongan terhadap cerita dan luahan hati mereka.

Melalui cara ini, beratus-ratus staf perubatan di Wuhan dapat berehat di tempat yang telah disediakan oleh pihak hospital. 

Kesimpulan berkenaan kesan wabak COVID-19

kesihatan mental

Menjaga kesejahteraan dan kesihatan mental staf perubatan seperti doktor dan jururawat ketika menangani wabak COVID-19 ini sememangnya sangat penting.

Walau bagaimanapun, kaedah dan langkah terbaik bagi menyelesaikan isu tekanan psikologi selama mana wabak penyakit ini berlaku masih belum jelas. 

Namun, langkah-langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan China ini sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan beban stres yang mereka alami.

Mungkin kerajaan Malaysia juga perlu mencari langkah yang terbaik untuk mengurangkan isu dan tekanan berkaitan kesihatan mental yang dialami oleh barisan hadapan ini.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hari Toleransi Sedunia: Sejauh Manakah Anda Harus Bersabar Dengan Perilaku Toksik?

    Sepanjang wabak COVID-19 berlangsung, kesihatan emosi rakyat merudum dengan peningkatan angka kes penderaan dan gangguan mental. Klik artikel untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 13/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Pro Wanita, Tapi Ada Kajian Kata Perempuan Lebih Patuh Perangi COVID Berbanding Lelaki?

    Kajian terbaru mendedahkan lelaki lebih banyak terkena tempias virus corona berbanding wanita. Klik artikel untuk ketahui sebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Coronavirus, COVID-19 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Penghidap Trauma PTSD Terkesan Dengan Pandemik COVID-19! Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Wabak koronavirus masih membelenggu seluruh dunia. Malah kes-kes mental dilihat semakin mencanak naik, tidak terkecuali gangguan stres pasca trauma (PTSD).

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 05/11/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

    Kemunculan wabak pandemik timbulkan keebimbangan.Tapi benarkah pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kencing Manis 03/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pilihan raya umum

    Jika PRK Batu Sapi Terpaksa Dilaksanakan, Patuhi 10 SOP Ini Elak Jangkitan COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 19/11/2020 . 4 minit bacaan
    penutup mulut dan hidung

    Pelindung Muka Tanpa Mask, Belum Tentu Selamat! Masih Ada Risiko Terkena COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/11/2020 . 3 minit bacaan
    wabak penyakit dan pelajar

    Angkara COVID-19, Perubahan Proses Pembelajaran Dari Kelas Ke Online Beri Kesan Pada Prestasi Pelajar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
    keselamatan anak

    Parents, Usah Leka! Utamakan Keselamatan Anak Di Rumah Semasa PKPB, Awasi 5 Perkara Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan